Friday, December 04, 2009

RenUngaN D| Pag| JumaaT!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 12:36 AM
NIKMAT KASIH SAYANG..........

Assalamualaikum,

Salam Sejahtera Selamanya Allah Anugerahkan...!!

Anak ketiga saya cukup suka membawa pelbagai isu. Dia akan datang
kepada saya atau ayahnya untuk mengenal pasti banyak perkara.
Ada-ada saja aduan atau kritikan yang dilemparkan - selalunya mengenai
tanggungjawab kamilah.Dia akan menyalahkan saya jika sesuatu tidak
memuaskan hatinya.

Namun saya bangga memiliki anak yang kritis mindanya walaupun sesekali
ada juga rasa tersinggung dengan keceluparannya.

Dia anak yang pandai mencari ruang. Kalau perlu merayu dia akan
merayu. Kalau perlu menangis dia akan meraung. Kalau perlu
'mengugut' dia tak segan-segan melakukannya. Kadangkala ketawa besar
saya dan suami dibuatnya.Saya dan suami perlu bersedia dan sepakat
menghadapinya. Kami perlu menggunakan idea logik untuk mematahkan
hujahnya yang kadangkala menggelikan hati - hujah seorang anak kecil yang
jujur dan bersih.

Suatu yang saya kagum dengannya ialah sikapnya yang akan meminta
maaf apabila hatinya puas berhujah dengan saya. Jika dia kalah dia akan
minta maaf sambil ketawa dan akan meminta maaf dengan lebih sempurna
beberapa ketika kemudian.

Suatu malam dia masuk ke bilik saya. Saya dan suami baru selesai
solat Maghrib. Dia terus menghempaskan punggungnya di katil. Suami
saya menggenyitkan mata, isyarat akan ada perbahasan baru yang akan
dibawa.

Saya cepat-cepat melipat sejadah dan telekung.

"Dah sembahyang?" suami saya bertanya.>

"Dah..." jawabnya sambil mencapai sebiji bantal, terus menekup mukanya.

"Adik tak lulus ujian matematik!" katanya pantas penuh kejujuran.

Suami saya senyum dan duduk di sebelahnya dan berkata "Tak apalah..h..h...
Adik boleh usaha lagi."

"Cakap je tak apa..! Nanti kat orang cakap Adik bodoh. Nanti abah
dan mak bagi tahu kawan-kawan abah dan saudara-mara mak, Adik belajar
tak pandai."

"Kalau dah usaha masih gagal nak buat macam mana?" suami saya cuba
memujuk dengan suara lembut.

"Nanti lepas ni, abah dan mak kena beli buku latih tubi," kata Adik
masih menyembunyikan mukanya.

"Apa asyik nak beli buku aja. Buku latih tubi kan banyak dah, ulang
ajalah!" saya menyampuk.

"Mak cakap senang, UPSR tak dapat lima A nanti, marah...!"

"UPSR kan dua tahun lagi. Banyak masa utk berusaha."

" Kan beli buku tu tanggungjawab abah dan mak, beli ajalah!"

"Betul tu....." balas suami saya. "Nanti abah beli hujung bulan ni."

"Asyik-asyik tunggu hujung bulan..... bosan!... Cuba jadi kaya macam
bapa Emma tu, tak payah tunggu-tunggu hujung bulan."

Saya berpinar mendengar hujahnya. Sudah melampau, bisik hati saya.
Namun saya sabarkan diri. Senang sangat anak sekecil ini mengeluarkan
kata-kata begitu. Kalau besar nanti macam mana, hati saya terus berbisik.

"Adik..... tak baik cakap macam tu dengan abah!" saya berkata perlahan.

"Kalau susah sangat, biar Adik masuk perut mak lain. Adik masuk perut
mak yang kaya. Tak payah tunggu hujung bulan," dia terus bersuara
sambil menangis teresak-esak.

Hujahnya itu memeranjatkan saya dan suami. Kami kelu seketika.
Alangkah senangnya anak sekarang menyelesaikan masalah. Begitu mudah
seperti mencampurkan 2 dengan 2.

Saya usap kepalanya. "Apakah mak dan abah tak cukup baik buat Adik?"
saya bertanya.

Tiba-tiba tangisannya terhenti. - Memberitahunya tentang takdir dan
nasib dan ketentuan Allah agak sukar. Bercakap tentang qada dan qadar
lagi tak sesuai. Dalam hal ini saya fikir hujah mesti logik. Saya mesti
menang dalam perbahasan ini. Menang bererti Adik akan tenteram.

"Tak baik Adik berkata gitu, macam menyesal jadi anak mak..." saya
mulakan, lembut. Dia membaling bantal terus menerkam saya. Disembam
mukanya ke ribaan, menyesal agaknya.

"Cerita kelahiran seseorang berbeza. Ada yang lahir daripada perut
mak yang kaya, ada yang miskin. Tapi semuanya terjadi atas dasar
Kasih- Sayang ," kata saya.

Adik memandang wajah saya, nyata sekali dia tak faham dan takkan
dapat memahaminya, saya tahu. Saya katakan begitu sekadar bersuara.

"Setiap anak adalah hadiah daripada Tuhan. Adik adalah anugerah
Tuhan epada abah dan mak. Mak dan abah tak ada kuasa memilih.
Adik juga begitu..." saya terus berkata-kata biarpun saya tahu, dia takkan
memahaminya.

"Kerana Kasih- Sayang lah Adik lahir dan kerana Kasih- Sayang juga
kami menjaga Adik dengan baik. Maka besarlah Adik dengan Kasih-
Sayang.. Adik tak besar dengan duit!"

Tiba-tiba Adik bangun, merangkul dan terus mencium pipi saya. Air
mata saya mengalir..... Kami berpelukan agak lama. Saya nampak suami
tersenyum.

"Nanti bila abah dapat gaji, abah beli buku Adik banyak-banyak tau.
Adik nak dapat A semua dalam UPSR." katanya.

Dia kemudian melompat turun dari katil, menarik tangan saya dan
ayahnya menuju ruang tamu. Saya ke dapur menyediakan makan malam.
Saya nampak ada keriangan di wajahnya. Di dapur, air mata saya
meleleh lagi. Agak sukar saya hentikan tangisan dan rasa sebak
itu...
terharu sungguh.......!!

Begitulah indahnya dan hebatnya Kasih- Sayang sehinggakan dalam
hadis Qudsi,

Allah sendiri menyatakan kpd. Rasulullah s.a.w. "Wahai Muhammad,>
kalau tidak kerana Kasih- Sayang Ku pada Mu, takkan ku jadikan Dunia
ini......."

Manusia yang hidup tanpa Kasih- Sayang ibarat makan nasi tanpa kuah
dan lauk ....

"wahai tuhan ku, aku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku
sanggup keNerakamu........., kami lah hamba yang mengharap belas
darimu ......., Ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang
bertaqwa......, ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua
umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia "

Nota kakitanganku : Kiriman ke emel pada 13 September 2007





15 kUs-kUs:

jAck ALvin buKAn suPErpoRnstAR on December 4, 2009 at 1:38 AM said...

aku nak cerita hal ni kat anak aku nanti...sila add blog sabariah jika sudi..
http://dastoryofme.blogspot.com/

amie on December 4, 2009 at 2:12 AM said...

lebyu mama n papa..
sobss

Amal on December 4, 2009 at 3:05 AM said...

erkk.
sebak.

Maiyah on December 4, 2009 at 3:30 AM said...

ank skrg.. mmg pandai keletah kan, samalah cam ank sy

amal on December 4, 2009 at 6:31 AM said...

aduhh..kalo aku jadi mak budak ni mesti aku dah hilang sbr..susahnye nak menjaga dan mendidik anak ni.....

ASYIQ on December 4, 2009 at 7:15 AM said...

Isy...budak sebaya tu mmg....kdg2 apa yg dia org fikir tak terjangkau dek akal kita.


Kalau akak berlebih2 sgt tu alamat nk kena marah laaa.....hihi.

umi_e on December 4, 2009 at 8:08 AM said...

salam... mungkin anak zaman sekarang seprti itu - pandai berhujah...

anak bungsu kak e seperti itu jugalah... kadang2 kak e hilang sabar sebab dia 'dah besar' (nampak lain kalau terus berhujah) masa kecik lain...

* anak kak e pun camtu - bila dah puas2 berhujah akan minta maaf kalau dia rasa menyinggung perasaan

Nadiene on December 4, 2009 at 8:55 AM said...

fakta menyatekan bahwe minum susu lembu adelah punce perangai macam lembu, oleh itu susu ibu adelah terbaek k

ikan emas on December 4, 2009 at 9:20 AM said...

pendebat hebat pun belum tentu mampu berhujah dgn anak kecil yg ' jujur dan bersih'...

Anonymous said...

sedey plak bc...
meleleh air mata kt opis ni haaa...
dh lor ujan xbenti2 dr mlm td...
hm,bdk2 skrg dh pndai bkata2...kite yg besar ni kne pndai bckp dgn bdk2 zmn skrg...

[s][u][e][h][a][n][n] on December 4, 2009 at 9:36 AM said...

aduhai..sib baik la hati ibu tu kuat..nnt bila aku ade anak camne la pulak gayanya erk???? sebak tol.. sob sob

Anonymous said...

sedih2

tp aku x sebijak budak tu... hehe

Watierman on December 4, 2009 at 10:26 AM said...

TQ berkongsi...Akak akan e-mailkan ke e-mail anak2 Akak baru dapat tengok reaksi dia orang nanti!!!Especially yg 2nd...& 3rd lah....sebab selalu nak lebih jer!!!

DramaQueen on December 4, 2009 at 10:42 AM said...

ted,
aku terharu. emailkan aku kisah ni. almaklumlah nnt aku nak right click.. ko letak "ehem-ehem" kan.. ekekek..

email kat aku eh.. email address ada kan? klu tak de, mintak kat dak utih..beliaw tahu email address aku..aku nak emailkan kisah ni kpd sesorang yg tak tahu menghargai kasih sayang.

Faarihin on December 4, 2009 at 11:47 AM said...

Salam.. sedihnya.. kasih sayang itu sangat mendalam nilainya.. tapi bebudak zaman skang memang bijak berkata-kata.. hmmm..

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting