Monday, December 07, 2009

CePaT! S|apa Mahu Kaya? PeLuanG HanYa sEkaL|!!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 6:53 PM
Photobucket

Ya. Di sini ada cara untuk kamu kaya cepat! Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Tawaran hanya sekali. Jika kamu menolak, kami tidak akan menawarkan lagi peluang menjadi kaya dalam sekelip mata ini. Mari! Mari! Lagi ramai! Lagi meriah!!

Peluang hanya sekali?? 2-3 jam selepas itu orang lain pula menawarkan peluang yang sama!! Ha ha ha...Setiap hari aku akan menerima puluhan emel sebegini. Setiap hari juga aku akan memadam puluhan emel sebegini.

Bagaimana ya caranya untuk aku menghalang atau menyekat emel sebegini dari menceroboh kotak emel aku?

Emel ini masuk melalui 'SPAM'.

Tiada jalan mudah untuk menjadi kaya. Aku pernah mencuba sekali dulu untuk melihat adakah promo yang kita dapat sehebat hasilnya. Tapi sayangnya aku bukan macam mereka yang bersungguh-sungguh menjana pendapatan melalui iklan sebegini. Kita perlu promosikan pada orang lain. Hari-hari perlu war-warkan. Pergi ke satu blog ke satu blog berkempen untuk turut serta porgram kita.

Aduhai. Aku tahu tahap aku sampai mana. Muka aku tidak setebal orang lain. Tiada cara mudah untuk dapatkan wang! Biarlah aku bekerja atau berniaga. Asalkan tidak duduk goyang kaki dan menunggu wang masuk tanpa henti! Jika adalahkan!!

Okey!

Bagaimana caranya aku mahu sekat emel 'Sampah' ini?

Nota kakitanganku : Duit banyak sangat pun takut juga!!




31 kUs-kUs:

jAck ALvin buKAn suPErpoRnstAR on December 7, 2009 at 7:19 PM said...

kaya la kau sebelum kau dikayapkan...

cheryna zamrinor on December 7, 2009 at 7:19 PM said...

kalau kau dapat caranya, bagitau aku. aku pon tgh tunggu camne nak buang.sampai aku dah jarang sangat guna email tuh.

sueanne on December 7, 2009 at 7:23 PM said...

hahaha..nak join gak bertanyakan soalan sebegitu..

tgk tajuk pun terus delete..tak interested nak baca..i'm corry...

Yuki Yusuf on December 7, 2009 at 7:25 PM said...

kaya yeay
tatau cara macamana
yuki terus delete

hihi

Tengku Speki on December 7, 2009 at 7:34 PM said...

aku dpt juga!!

bosan sudah..!

aku delete saja.. itu la rutin harian.. kerja mendelete email2 sampah...

Anonymous said...

duit bnyk..t perampok dok aim lak hahha

Cik Cookie on December 7, 2009 at 7:45 PM said...

kalau layan email tuh blh kaya ke?
hohohoho

PuanPepel on December 7, 2009 at 7:45 PM said...

maleh aku layan itu...haha

Rara on December 7, 2009 at 7:50 PM said...

bkn leh pcye sgt bnda2 cmtu kn.. :D

a.z.r.i.n.a.03.07 on December 7, 2009 at 7:52 PM said...

betul2..melambak-lambak email tu...
xbuat pape pun..kRina delete jer.. tu yang selalu guna email ofisjer..

lel on December 7, 2009 at 8:18 PM said...

aku dapat version omputeh
cakap dapat loteri apa entah
belambak tetiap hari

Watierman on December 7, 2009 at 8:20 PM said...

Betol!...betol betol!!!Akak nak hidup sederhana jer!!

Maiyah on December 7, 2009 at 8:36 PM said...

penat le tu dok delete ek

hans on December 7, 2009 at 8:50 PM said...

BETUL2
aku SPAM jer email2 tu

Papa meow on December 7, 2009 at 9:03 PM said...

sama lah
aku pn hari2 dpt email cmtu... hehe

Anonymous said...

haah , mmg berlambak kat email benda cam ni .
kdg2 kalo dah geram sangat , reply mail tuh tulis 'what the hell ya?' .
menyemak je .

mukasurat17 on December 7, 2009 at 9:14 PM said...

cara paling efektif-delete emel.
hahaha.. juz kidding;)

Amal on December 7, 2009 at 9:24 PM said...

betul!
dlm spam aku byk sgt.



eh takut duit byk?
bagi aku la.

cintaleaixora on December 7, 2009 at 9:42 PM said...

emel mcm ni mmg byk skg.. tah pape je kan...nyemak je

Faarihin on December 7, 2009 at 10:17 PM said...

Salam cik tedi..

caranya.. delete lah satu persatu dengan penuh kesabaran.. huhuhu.. (^__^)

saya pun tak tahu camna caranya.. tapi memang bengang juga bila dpt email cam ni selalu..

eeeda on December 7, 2009 at 10:21 PM said...

Aku tak nak kaya.... tapi aku nak mudah berbelanja....
Nak balik kg tak berkira...
Nak belanja tak berkira....
Nak melawat kawan tak berkira...
Nak memenuhi jemputan tak berkira...
Boleh bersedekah jika berlebihan....
Pendek kata apa yg melibatkan duit tak berkira...

Unknown on December 7, 2009 at 10:32 PM said...

mm..ada jugaklah mende2 nih lam email aku..camne nak padam nih???

Nakamura Kazuki on December 7, 2009 at 10:46 PM said...

hahaha..ambe pun same tapi nasib bek ambe daftar gmail yang bukan email rasmi kalau tak confirm tak bleh buka dekat opis...

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ on December 7, 2009 at 11:05 PM said...

kamu tick as spam aja~
hehe~

ckLah @xiiinam on December 7, 2009 at 11:11 PM said...

Tiada jalan mudah untuk kaya...kan?
kalau betul jadi kaya dengan cara begitu pun...keberkatan belum tentu!




pssst: 'edit section' ckLah yang sakit tu dah sembuh sepenuhnya.......

[z@ck] on December 8, 2009 at 12:29 AM said...

skang semua kejar wang..
=P

DramaQueen on December 8, 2009 at 10:02 AM said...

benci la aku email cam ni.. ingat nak kaya tu senang ke? hishh.. angin panas la aku pepagi ni..~tetiba emo..

motif?

bak la alamat...

Dina Zakaria on December 8, 2009 at 10:03 AM said...

bestnyer la kalo dok goyang kaki tapi duit masuk..huhuhu..
dlm mimpi lom tentu dapat!!!=P

Softtouch [Hanim] on December 8, 2009 at 10:29 AM said...

sy pun dapat..itu spam je pun..terus delete..xkoser nak layan tau...i benci...he he he

Qib on December 8, 2009 at 11:10 AM said...

x pnah dapat,.
adakah memang ditakdirkan miskin untuk selAmanya.??

Anonymous said...

meriah email ko
haha

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting