Saturday, December 19, 2009

MaaF ATas KeTerLanJuraN SeMaLam!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 10:44 AM
Bumi Melaka mendung hari ini. Matahari malu-malu untuk menunjukkan diri. Burung-burung pula bersiul-siul dalam kedinginan hembusan bayu pagi yang segar. Nyaman. Walau awan hitam sudah berarak datang. Aku tabahkan hati!! Moga bumi tidak basah!

Perghhh!! Mukadimah yang ala-ala sopan dan tidak mencarut walaupun aku terpaksa menunggu beberapa jam untuk 'publish' 'entry' ini!! Aku tidak mahu mencarut lagi dengan Streamyx hari ini. Esok tidak tahulah. Tidak janji. Maaf atas keterlanjuran yang sengaja di lanjurkan semalam!

Hari ini perlu menghadiri 2 undangan perkahwinan. Satu di kampung dan satu lagi di Kesang, Jasin. InsyaAllah. Walau hujan gerimis aku gagahi juga diri ini.

Jangan harapkan 'entry' yang menarik dari aku sehari dua ini. Kelembaban Steamyx buat aku tidak bernafsu untuk menaip. Maafkan aku. Aku perlu ransangan dari segi kelancaran internet untuk menaip. Kalau aku baru menaip sepatah dua lampu ADSL sudah tidak menyala. APAKEJADAHNYA!!!

Okey!
Aku mahu gosok baju kurung! Ekekkkeke..

Nota kakitanganku : Diet?




19 kUs-kUs:

[z@ck] on December 19, 2009 at 10:53 AM said...

ahahah..
sabaq2..
p makan kenduri..bg cool down balik

mamai on December 19, 2009 at 11:00 AM said...

selamat bersuka ria di hujung minggu ini

chentaMAYA on December 19, 2009 at 11:00 AM said...

uit
hee~

pahang ujan dr mlm semalam!~

imam on December 19, 2009 at 11:15 AM said...

ko pegi sebagai jemputan atau pi rewang? xkan makan je kot..pi la tolong cuci pinggan..hahaha

Anisa on December 19, 2009 at 11:27 AM said...

wa
bestnye g keje kawen
dapat makan2
hehehe

Si budak Aboi on December 19, 2009 at 11:39 AM said...

org melake ea !

Azuan on December 19, 2009 at 11:42 AM said...

biasa r tyue huhu..
tgh duk syok menaip tiba3 tenet putus..rase cam nak campak je BB tu haha..

Nor atau Nad on December 19, 2009 at 11:58 AM said...

ukh seronok hadiri kenduri dlm keadaan sejuk2 gini..
pas kenyang bley trus tido..
muahaha

aNIe on December 19, 2009 at 12:22 PM said...

Minggu ni akak tak balik Melaka...Minggu lepas tu tak balik...biar pun ada undangan perkahwinan...penat...cuma cik abang je yang pergi sebab dia kat Melaka...

tEDl ...kat Shah alam pun hujan ni...sejukkkk!!

Unknown on December 19, 2009 at 12:24 PM said...

mukadimah tuh..aduyai...sastera yang amat...x menahan..ahhahaa

mm...stemix x best..nak bloggin pong rasa malas...

Yuki Yusuf on December 19, 2009 at 1:00 PM said...

sejuk dan nyaman
mau tido
hehe

Tengku Speki on December 19, 2009 at 1:05 PM said...

bye tedii :)

Zuwairi on December 19, 2009 at 1:16 PM said...

ha.. elok la tuh.. g makan bg hilang stress.. ;)

hisham on December 19, 2009 at 1:39 PM said...

gosok baju tu slow skit panas tu...nnti terbakar baju...hahhaaha

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr on December 19, 2009 at 2:30 PM said...

sabaq2....

hee...

=)

ckLah @xiiinam on December 19, 2009 at 3:03 PM said...

Bumi Perak pun hujan sejak semalam...
Tadi tengok kasut tumit tinggi pengantin terbenam dalam tanah becak...

:)

kawie2020 on December 19, 2009 at 3:37 PM said...

hehehehehehe.. bagus tu dah rileks2..

besh gak gi kenduri kawen nih.. hehehehehe

Relevan on December 19, 2009 at 4:12 PM said...

Jangan makan banyak2..Nanti baju kurung cepat sendat..

Murni Alfathunnisa on December 19, 2009 at 4:59 PM said...

gi kenduri & lupakan diet sekejap..

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting