Sumber gambar dari sini .
MasyaAllah, baca pasal 4 remaja yang di hempap konkrit batu betul-betul menghibakan hati. Lama menanti bantuan dan mereka menghembuskan nafas terakhir ketika mahu mendapatkan rawatan. Seorang selamat tetapi parah.
Aku selalu mengingatkan diri supaya memberitahu mak atau abah kalau aku keluar. Jika lewat pulang pun telefon beritahu. Adik beradik juga begitu. Pukul 7.00 malam semua mesti ada rumah. Jika tiada pun, sudah di beritahu ke mana mereka pergi.
Jika perlu berkursus berhari-hari, aku akan meninggalkan salinan surat kursus yang tertera nama hotel dan nombornya sekali. Manalah tahu jika ada kecemasan dan telefon bimbit tidak berfungsi.
Biasakan anak-anak memberitahu ke mana mereka pergi. Dengan siapa. Tetapkan waktu balik jika perlu. Pastikan tempat yang mereka pergi kita tahu.
Walaupun kadangkala kita terlepas pandang, namun jika kita sudah buat yang terbaik untuk pastikan mereka sentiasa selamat mungkin itu dapat mengurangkan rasa kesal jika terjadi apa-apa.
Oh! Maaf para ibu dan ayah. Aku mungkin tidak layak menulis perihal anak-anak. Tapi anggaplah ini sesuatu yang baik untuk kita kongsi bersama.
Al-Fatihah buat mereka yang terkorban. Takziah untuk keluarga.
Nota kakitanganku : Takdir Allah tiada siapa berdaya menolaknya.
12 kUs-kUs:
abah saya selalu pesan, apa2pun, keselamatan dan maruah paling utama. pi mana2. hati2 selalu
innalillah buat kuarga yang terlibat.
innalillah... takziah kpd keluarga mangsa
keselmatan no satu
alfatihah utk arwah..
kan..kena beringat..
sb malang tak berbau..
ape2 pn blh jd..
al fatihah..
betul tu...kuar asar...sblm maghrib dah siap mandi dh..
al fatihah~~
al fatihah
al-fatihah untuk arwah..
salam takziah untuk keluarga arwah..
sebak..
al fatihah.. bahayanya..
Aiz latest entry
Original waka waka bukan shakira laaa
Negara millionaire yang miskin
Trik iklan mangga Ad yang aiz guna
Kenapa blogger nak bersaing? haishh
ingin buat link seperti ini juga? Klik disini
innalillah..
kesiannya....
Post a Comment