Thursday, July 22, 2010

UtusaN MaLaysiA aTas TaLiaN : TaJuk Berita anDa MenGeLirukaN PemBaca. HaraP LeBih PekA aGar TiaDa PihaK yanG Di saLah anGGap!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:43 AM
Photobucket

Maaf atas ketidakkemasan lampiran di atas.

Lampiran di atas di ambil dari Bahagian Mahkamah Utusan Malaysia atas talian.

Kesilapan seperti ini tidak sepatutnya berlaku. Tajuk tidak selari dengan isi kandungan berita. Jauh tersasar. Jika mereka yang membaca sekali imbas akan membuat kesimpulan bahawa Juliza Jamaludin yang sebenarnya meragut sedangkan dia umpama wirawati yang menumpaskan peragut jahanam itu.

Sebagai satu syarikat penerbitan utama yang menghebahkan berita melalui internet dan di baca oleh jutaan orang di seluruh dunia, kesilapan ini sesuatu yang memalukan.

Adakah mereka tidak perasan dan mengapa tidak di perbetulkan? Aku tidak jumpa di mana mahu buat aduan. Cuma tinggalkan mesej dalam ruangan komen di Facebook sahaja.

Nota kakitanganku : Pernah baca tajuk berita di akhbar atas talian " Mayat pemuda lemas di jumpai mati'. Ada ke mayat yang hidup?? Isk isk isk!






26 kUs-kUs:

Nur Suaidah Bachok on July 22, 2010 at 10:06 AM said...

adehhhhh! tak masal budak tuh kena.

nuraarin-life on July 22, 2010 at 10:06 AM said...

Rasanya ini bukan kali pertama mereka buat silap!!

KiFli MaLLy on July 22, 2010 at 10:08 AM said...

ooo agaknyer ni kesilapan yang keberapa la agaknyer...hurm klu masalah mcm ni berterusan bahayo oo...akan memberi informasi yang salah terhadap pembaca....

Entry terkini : Diantara Gosip Kris Dayanti jom terjah

NIA on July 22, 2010 at 10:10 AM said...

senget betul org yg tulis berita tuh

Hazzy Ishak on July 22, 2010 at 10:15 AM said...

editor tak nampak ke? macam mana boleh publish surat khabar ni kalau tajuk & isi tak sama. kesilapan besar macam ni boleh mengaibkan orang.

Entry terbaru dari Hazzy,
Video 'Flying Donkey' di Rusia menarik perhatian ramai.

RaafikJahat on July 22, 2010 at 10:26 AM said...

biasalah, benda benda camni selalu sangat jadi. kalo pasal silap eja tu, memang banyak la.

tapi, di sebabkan diorang media besar kat malaysia, kesilapan camni tak patut berlaku. kan ?

attyfir on July 22, 2010 at 10:28 AM said...

adoi..buat org salah sangka je..
tapi kalo akhbar melakukan kesilapan tatabahasa..akan mempengaruh banyak org..

MiaSaidin on July 22, 2010 at 10:28 AM said...

ish2.. teruk mcm ni.. ke nak bagi cerita panas..tu yg putar belit tajuk..

Along25 on July 22, 2010 at 10:30 AM said...

Ni mesti excited sgt tulis sampaikan tersilap tajuk hohohoh.. patutnya buat semakan b4 publish...

Nerzhul on July 22, 2010 at 10:32 AM said...

jangan percaya sangat surat khabar ni. hehe

sarah shafie on July 22, 2010 at 10:32 AM said...

org lain slah, org lain yg kena..

mama affan on July 22, 2010 at 10:32 AM said...

maknanya? huhu..

Queen on July 22, 2010 at 10:34 AM said...

mereka perlukan lebh ramai staff utk menampung keperluan pengguna....ambil ramai staff = memperbanyakkan peluang pekerjaan....

Ibu Ammar on July 22, 2010 at 10:38 AM said...

memang menkonpiuskan sungguh. ish.ish.ish

Dee on July 22, 2010 at 11:12 AM said...

cikgu sy selalu pesan..jgn percaya bulat2 ejaan nama org di akhbar terutamanya org besar2..pegi check betul2..

bila sy dh kerja..sy check dgn PA menteri2 tersebut..ada org sgt sensitif dgn nama2 mereka..

so, jgnlah ikut ejaan akhbar..byk yg salah sebenarnya..

Pinky Pixie on July 22, 2010 at 11:15 AM said...

akhbar yg famous buat kslhan cmni.. huhu

m.q on July 22, 2010 at 11:25 AM said...

depa ni takada pembaca pruf ke?
memalukan betol!!!

Anonymous said...

woooooo

sape yg malu?....mereka dan kuarga mereka

Siti on July 22, 2010 at 11:44 AM said...

heh heh heh.....

Amieynna Amin on July 22, 2010 at 11:58 AM said...

cian nama penuntut uitm dsalah ertikan..
silap2 boleh jd isu besar taw..

Yatre Hayati on July 22, 2010 at 12:22 PM said...

eksaited sangat nak nampak gah, jadi dia pown pilih tajuk ntah hape2..

azuan on July 22, 2010 at 12:24 PM said...

nama uitm jugak naik nanti huhuu

~aSHa~ on July 22, 2010 at 12:50 PM said...

ini la keje kalo nak cepat je siap..tapi tak semak betul2...tak refresh...refresh facebook rajin sekali..

aku tak kata kamu tedi..tapi org berkerja yg sambil lewa...

kalo gini dah boleh bawa imej yg buruk pada company kerana memilik pekerja yg tidak cekap...

Anonymous said...

mungkin ade org sengaja sabotaj si penulis berita tu..haha!!

think positif :)

starzieti on July 22, 2010 at 3:34 PM said...

mm, terox..

Kancilbiru on July 22, 2010 at 10:07 PM said...

buat malu student uitm jer...padahal....kena baca betul2 ni..

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting