Tuesday, July 13, 2010

sayA MenaNG saTu JuTA. NaMa Dan MukA sayA TerPamPanG Di DaDa akhBar uTama NeGara. JiKa kamU JaDi saYa....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:07 PM
Silalah percaya aku menang satu juta. Ringgit Malaysia Satu Juta!!

Wow!!

Tapi bila aku sedar dari tidur, duit pun hilang dari mimpi.

Okeylah,
aku mahu cerita pasal satu sifat manusia ini. Si A tiba-tiba menjadi berada dan kaya apabila tanah miliknya di beli kerajaan dengan harga 3 kali ganda dari harga asal kerana tanah itu mempunyai nilai komersial. Sebelum ini dia tinggal sebatang kara, kais pagi makan pagi. Kais petang makan petang. Saudara mara tiada yang menghulurkan bantuan dengan alasan dia masih punya kudrat untuk bekerja.

Bila dia mempunyai wang ratusan ribu ringgit secara tiba-tiba tidak termasuk sewa tapak tanah kerana di pasang pencawang elektrik RM 1500 sebulan, tiba-tiba ramai yang datang menghimpit.

Dia menderma sebahagian duit yang di terima kepada rumah-rumah kebajikan, surau dan masjid juga kepada pertubuhan-pertubuhan amal. Dia masih mengekalkan cara hidup sama tetapi semakin baik dari sebelumnya.

Saudara mara yang datang bertandang macam muka tapak selipar mahu meminjam duit dia tidak layan. Maka dia di maki hamun. 'Kau derma sana sini boleh, adik beradik sendiri kau tak nak tolong.'

Gelak pula aku dengar ayat itu. Masa dia miskin tiada pula yang mengaku saudara.

Aku ingin tanya kamu, jika kamu di tempat dia, mahukah kamu kongsikan itu dengan mereka yang dulu menghina dan mencaci kamu?

Maaf cakaplah, aku lebih rela duit itu habis kepada rumah-rumah kebajikan dari membantu saudara sendiri yang tiba-tiba jadi sedar diri yang dia masih ada adik. Itupun selepas adiknya jadi kaya.

Ini cerita yang biasa berlaku. Tipikal sangat. Inikah manusia akhir zaman. Gelap dengan duit walaupun bukan duit sendiri?

Nota kakitanganku : Rasa mahu karate!!









16 kUs-kUs:

Unknown on July 13, 2010 at 4:03 PM said...

salam tedi~

bukan nak ckp aku baik.. tapi andai aku di tempat si miskin tu, aku akan tolong sedara mara yg sebelumnya xngaku sedara pun...

biar ar Allah aje yg bls apa yg dah dorg buat pada kita.. jgn kita yg bls... :)

d0tbl0gsp0td0tk0m on July 13, 2010 at 4:09 PM said...

biasa la tu tedi...

macam pakcik nih... dolu tak hensem.. seme awek tak layan....

la nih.... bila dah hensem banyak.. ramai plak nak ngorat pakcik....

muwakakaka.... statement tak menahan.....

Relevan on July 13, 2010 at 4:10 PM said...

* A'ah..macam Pakcik ni juge..

cheqna on July 13, 2010 at 4:11 PM said...

biasa r tu tedi..
kalu cheqna pun..mesti akan terasa
nak pinjam???boleh....tapi kalau cheqna tak tergamak nak g pinjam setelah kita buat cam gitu pada adik or abang or kakak dolu2..memang tak malu r tu..huh!!!!!!mencik pada orang sebegini

Kak Anie on July 13, 2010 at 4:16 PM said...

tEDl...kalau kita jadi kaya...sedar bau2 bacang tu pun dah jadi sedara bau durian...sedara kuat...hahahha..

Tak malu ke nak meminjam dgn orang yang pernah kita caci & keji dulu...

ejaMaria on July 13, 2010 at 4:19 PM said...

biasa la tuh... bila dah kaya baru la rasa setaraf nak bertegur sape... bukan sedara mare je... kawan-kawan pun ade yg macam tu...
malas layan la org mcm tuh...

bylindakitchen on July 13, 2010 at 4:20 PM said...

bila pasal duit.
buta segala.
itula orang tua-tua selalu pesan.
jgn mudah lupa dirie.
bila kita nak dapat duit 1juta yer tedi.
nak masuk jgn lupa lirik..suara aku bukan sedap..katak dengar pon lariii.
hehhehe

Hazzy Ishak on July 13, 2010 at 4:30 PM said...

pernah dengar pasal jutawan yang tak mahu wariskan duit kat anak2 dia sebab dia suruh anak2 dia cari duit sendiri. habis semua duit tu dia bagi utk kebajikan.

Softtouch [Hanim] on July 13, 2010 at 4:34 PM said...

sy pun mcm tedi akan mendermakan pd bdn2 kebajikan atau wakafkan tanah ker rumah ke pd bdn2 kebajikan uh halal sebab itu sbg bonus kita semasa kita tiada nnti..

kalu sedara tu tlg sikit2 udahlah..he he he

wanita mutalib on July 13, 2010 at 4:44 PM said...

masalahnyer, apsal muka tak malu sangat tuh wakakakaka..

tak paham tak paham heee..

Asfan Ash on July 13, 2010 at 5:08 PM said...

always do good weh. simple cmtu je
kalau org buat taik ngan kite, biar Allah yang balas...siapalah kita nak menghukum org

katakan kalau org pukul kita, pastu kita pukul dia balik, pastu adik die lak pukol kite balik

and the cycle continues...bile nak abis kan?

hans on July 13, 2010 at 6:39 PM said...

benda yang sentiasa berlaku dari dlu hingga sekarang

Artzlizan on July 13, 2010 at 7:15 PM said...

isk...kalau la ada duit sebanyak itu....agak2 boleh tak tempah kubur ek...

TANYA PADA HATI

faiz on July 13, 2010 at 7:31 PM said...

kalau aku, sesen pun aku xbagi! haha..da senang baru nak cari..pastu leyh plak marah..$%#$3

Post-post baru faiz!
Template header Percuma!
Newbie pun boleh dapat trafik
Tutorial untuk download tegar

PN[asam]pedas on July 13, 2010 at 10:27 PM said...

Alamak! kesian Si A..
memang patut sedara mara dier buat cenggitu sebab wat u give,u get back!

tak malu tak malu tak malu!

lagi baik sedekah dari bagi kepada manusia yang takde hati perut dan ade hidung tak mancung pipi tersorong-sorong...

meowwmania on July 14, 2010 at 5:46 AM said...

nak karate juge hehe

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting