Friday, July 23, 2010

Allah BayAr `casH`: TeriMa kasIh keraNa samaN akU. waLau kaU pakaI `uniForm` PenGuaTkuasA MPJ, TaPi LaGak kaU macaM Pakai `UniForM PDRM!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 10:45 PM
Photobucket

3.30 petang keluar pejabat.Pergi bank dululah. Selepas itu baru beli barang balik baru singgah PPD.

Gores!! Gores kupon! Nanti kena sama. Kupon MPJ minima satu jam! Letak cantik atas `dashboard`. Siap.

Masuk bank. Siap. Pergi mesin ATM. Siap. Masuk kereta. Ambil kupon letak `seat` sebelah sebab ganggu pandangan hadapan.

Okey! Singgah Family Store sekejap mahu beli Serbuk Koko *an Hauten.

Wey! Apa `parking` macam ini? WTHlah!! 2 petak 1 kereta. Senget. Kereta Wira sebelah kanan pun sama. Sudah `makan` petak yang aku mahu masuk. Tidak tahu `parking` ke? Lesen terbang ke? Menyusahkan orang! Sudahlah cuaca panas! Hati pun panas!!

Merungut! Merungut! Mengeluh! Mengeluh! Membebel! Sedikit perencah makian sebagai perisa tambahan!

Keluar kereta. Pergi beli barang! Siap.

Oh My God!!

Dia sedang menyaman keretaku dengan berlagaknya. Dia pakai uniform penguatkuasa MPJ bajet macam dia pakai uniform PDRM. Dia nampak aku tetapi tetap tulis saman. Okey! baik! Kau jalankan tugas walaupun aku tinggalkan kereta tidak sampai 5 minit. Kau jalan mendada tinggalkan bil saman dekat cermin kereta tanpa tunggu aku sampai dan tanpa senyum.

Aku turunkan kertas kupon letak atas `seat` dan lupa letak alik atas `dashboard` untuk pamerkan. Aku cuai.

Aku fikir positif. Allah bayar `cash` atas segala rungutan, keluhan dan makian aku bila di uji sedikit dengan cuaca panas dan perangai manusia yang `parking` kereta sesuka hati.

Insaf!

Nota kakitanganku : Tapi, kamu boleh bertimang rasakan sebab aku rasa masa aku keluar kereta kamu ada di situ tunggu masa untuk saman aku. Jahatnya fikiran aku!





13 kUs-kUs:

meowwmania on July 23, 2010 at 8:48 PM said...

mmg bengang klau kena situasi camtu!

utk pengetahuan am, sy tdk pernah mmbayar saman majlis muahahahah...

tapi saman pakcik dan makcik polis sy bayar thehehe....

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr on July 23, 2010 at 8:55 PM said...

napa xp jumpa gtau ada je kupon tu?

geram juga kalo kena situasi mcm tu..

Syazni Rahim on July 23, 2010 at 9:00 PM said...

adoi.. pasni jgn lupa lagi tau!
=)

redNing on July 23, 2010 at 10:07 PM said...

sabar je la

KiFli MaLLy on July 23, 2010 at 10:10 PM said...

hehehe kak tedi berfikiran jahat...hurm tapi masalahnyer yang dorang ni parking mcm tu asal...2 petak 1 kereta...apa ingt kereta dia tu limosin sampi nak amik 2 petak huhuu emosi kejap...:p

Entry terkini : Edisi : Terjah beg bersama Qiefly Si Dolce

Unknown on July 23, 2010 at 10:48 PM said...

Pengalaman yg sgt berharga...
Menarik!: Kembara seorang budak

JMR on July 23, 2010 at 10:59 PM said...

mcm bangang gk PBT tu..

Kie-yu on July 23, 2010 at 11:22 PM said...

sabaq..sabaq..
hee :D

~asha~ on July 24, 2010 at 12:38 AM said...

pernah kena saman parking..sob sob...bape tahun yg sudah...tmpt parking buat tmpt jualan..so takde tmpt parking..aku parking jugak kat sipi sipi gedai macik2 tu..

pelik...mesti dirasuah macik2 gerai2 tu...tu pun kedekut....nak disaman...dah takde parking..mana mau letak lagi..tmpt parking buat tmpt jualan..

arhhh aku merungut berulang2 rupanye..cis...

eh tedi kalo dah sampai turn MDM bgtau ye..aku mau order MDM7781....hehehhee ok tak?

IntanBerlian on July 24, 2010 at 12:39 AM said...

wah family store mane??? klo duyong tu dekat sgt ngn umah aku.

My MiRa on July 24, 2010 at 1:24 AM said...

manusia mmg selalu merungut kan kalau di uji...tapi nak wat macam mana kita manusia biasa...hehe

Fazleyatul Aini on July 24, 2010 at 8:40 AM said...

saya pon kene saman 2 bulan lepas kat malim, kat hong leong bank
sampai skrg x bayar2
ahahahahaha

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ tinieƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ on July 24, 2010 at 11:22 AM said...

huhu, berlagaknya org itu. asal ko tak maki jer? huhuhu

jahat betul mulut aku

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting