05 Mac 2010. 07.30 pagi
Pagi itu kali terakhir aku nampak dia. Dia di luar rumah di belakang bilik aku bersama Dak Itam sedang bertentang mata. Aku keluar mengambil Dak Itam masuk ke rumah bimbang mereka bergaduh dan dia terus diam di situ. Itu kali terakhir aku nampak dia bernyawa.
05 Mac 2010 01.00 tengah hari.
Dia tiada di tempat biasa. Dalam bilik aku tidur. Selalunya bila aku balik makan tengah hari, buka sahaja pintu dia tergolek di atas katil atau lantai sedang tidur. Tiada siapa yang nampak dia setakat tengah hari.
05 Mac 2010 8.00 malam
Dia masih belum balik. Aku dan adik dengan menaiki motor ke rumah jiran yang agak jauh untuk mencarinya. Tetapi hampa. Meninjau-ninjau di tiga buah rumah, masih tidak nampak. Aku balik dengan hampa. Sebelum tidur aku membuka tingkap bilik dan menjerit namanya 2-3 kali. Membuka pintu dapur belakang melakukan perkara yang sama. Selalunya jika dia ada berhampiran, dia pasti akan dengar dan balik. Tapi hampa juga.
06 Mac 2010 9.30 pagi.
Hati tergerak untuk membasuh baju awal iaitu pada malam hari Jumaat. Kebiasaannya aku membasuh pada pagi Sabtu. Namun pagi ini pukul 9.30 pagi aku sudah mula menyidai pakaian di rumah sebelah. Dua baris ampai selesai aku sidai baju. Aku beralih ke baris yang ke tiga untuk menyidai tudung pula.
*Di sinilah tempat Dak Utih di temui kaku tidak bergerak!
Ya Tuhan,
Dia mungkin melihat aku dan ingin bersuara 'Bos!! Aku di sini Bos! Di sini!! Pandanglah aku. Aku sudah tidak boleh bergerak!!'
Aku tertoleh dan dia betul-betul hanya dua tapak di hadapan aku. Mengiring mengadap ke bahagian yang bertentangan. Tidak bergerak.
'Mengapa Dak Utih? Aku di sini. Mengapa dia lena tidur sehingga kehadiran aku dia tidak sedar. Mengapa dia tida bergerak? Nyenyakkah dia tidur?'
Aku sudah mula menggigil dan menjerit kuat 'Emak!!! Tengok Dak Utih ni mak!! Dia tidak bergerak!!' Aku jerit berulang-ulang kali. Aku tidak menghampiri Dak Utih. Malah menjauh. Aku terduduk di tepi tebing dan mula menangis. Kuat! Emak datang terus ke tempat Dak Utih.
'Dak Utih tidur ke emak? Dia sudah mati ke? Dia tidak bergerak.'
'Dia sudah mati ni.'
'Dia sudah mati ke? Kenapa? Ada luka? Ada yang patah? Darah ada?' Aku bertanya bertalu-talu tanpa sempat emak jawab satu-satu. Tangisku mula meninggi. Aku sudah tidak hirau jiran yang melihat. Andai mereka dapat lihat hati aku yang hancur ini, mereka pasti faham!
Emak mengambil kertas besar dan mengangkat tubuh kaku Dak Utih.
'Sudah keras. Sudah kaku. Berat! Sudah lama ni!'
* Aku mahu sidai tudung pertama, dan ternampak tubuh dia di situ.
Aku berharap yang aku bermimpi. Aku ingin tepuk pipi ini sekuat hati. Namun bila sahaja emak meletak tubuh kaku Dak Utih yang berbalut kertas di sebelah, aku seperti hilang pertimbangan!
Masya-Allah. Dak Utih sudah tiada! Malam tadi aku bermimpi dia balik. Duduk memerhati di beranda rumah! Sumpah! Aku mimpi dia. Aku tidak ceritakan kepada sesiapa. Sebab hati aku sudah remuk. Mimpi hanya mempersendakan aku.
'Kenapa dia mati. Siapa yang bunuh dia?'
Aku sudah hilang akal bertanya.
'Sudah sampai ajal dia. Tiada luka. Tiada yang patah. Tiada apa-apa. Elok sahaja.' Kata emak!
Hanya aku dengan emak. Yang lain tiada di rumah. Aku perlu kuat untuk uruskan Dak Utih yang sudah tidak bernyawa. Aku masuk ke dalam mengambil kain batik tempat alas tidur Dak Utih. Aku gagahkan diri melihat sendiri Dak Utih.
Ya Allah. Mulutnya sudah keluar ulat. Lalat sudah datang. Semut api sudah menghurungi. Aku kibas-kibas semuat. Tubuh Dak Utih sudah mengeras! Tetapi tidak berbau. Airmata laju turun tanpa henti.
'Maafkan aku Dak Utih sebab lambat jumpa kamu. Kamu mesti sedang menanti aku kerana tempat kamu di jumpai boleh nampak dari bilikku. Sayangnya rumah itu tidak berpenghuni. Gelap. Tiada lampu. Sebab itu aku tidak nampak waktu malam.
'Tunggulah tengah hari, abang balik nanti boleh gali lubang!'
'Tidak boleh emak. Dak Utih sudah lama mati. Semalam lagi ni. Mulut dia sudah keluar ulat. Tidak boleh tunggu.'
Demi kasih sayangku, aku akan lakukan semua. Membalut tubuh Dak Utih dengan kain batik, memasukkannya di dalam plastik hitam dan di letakkan di dalam kotak. Mengangkatnya menuju ke belakang rumah untuk di semadikan.
*Pandangan dari bilik aku. Dekat sangat!
Tanah ini memang keras kerana berbatu. Oh Tanah! Lembutlah kamu. Permudahkan kerja aku. Aku mencangkul dan terus mencangkul. Biar peluh menitik tidak aku hirau. Asalkan semuanya selesai dengan cepat.
Perlahan-lahan aku meletakkan tubuh kaku Dak Utih di dalam lubang. Sekali lagi airmata deras mengalir.
'Selamat berangkat Dak Utih. Aku belum puas jaga kamu. Tapi aku sudah lakukan yang terbaik. Aku pungut kamu dari sebesar tapak tangan, aku jaga kamu yang sedang nazak. Aku buat yang termampu sehingga kamu membesar sihat dan cantik. Aku akui aku hilang pertimbangan bila jumpa kamu dalam keadaan yang tidak bernyawa. Aku sukar untuk terima.'
' Namun, demi Allah yang menghidup dan mematikan setiap makhluk yang bernyawa, aku perlu redha seikhlasnya. Tinggallah kamu di sini Dak Utih. Bersebelahan dengan perkuburan Dak Kimi. Berjiranlah kamu sehingga kamu di hidup untuk di himpunkan di Padang Masyar nanti. Aku berdoa agar dapat berjumpa kamu di sana buat kali terakhir sebelum kamu terus menjadi debu dan berterbangan bebas.'
'Maafkan andai aku ada berbuat silap padamu. Maafkan aku! Aku pasti akan rindu padamu.'
Allah itu Maha Berkuasa. Seandanya Dak Utih mati pada hari Isnin atau hari bekerja, aku pasti tidak akan nampak tubuh dia kerana aku hanya akan pergi ke tempat sidai baju itu seminggu sekali sahaja untuk menyidai baju. Mungkin jika tubuhnya sudah berbau baru aku dapat jumpa dia. Allah memang maha mengetahu setiap apa yang telah di tentukan.
MasyaAllah. Hebat sungguh dugaan ini.
Andai ada yang bertanya padaku 'Mengapa Dak Utih mati?'
Aku hanya mahu menjawab.
'Sudah masanya dia kembali kepada pencipta-Nya. Tiada sebab utama melainkan sudah sampai waktunya dia kembali.'
Nota kakitanganku : Di takdirkan aku sendiri yang jumpa tubuh kakunya. Masih terbayang-bayang di mata....

45 kUs-kUs:
hmmmmmmmmm...
sedihnya baca n3 ini tedi
semoga dak utih berbahagia disana
dak tedi kena sabar
dan teruskan menyayangi kucing2 yg lain
tedi..dugaan2 yang menimpa bermasud Allah sayang padamu dan kedua2 sahabat itu..yang hidup akan ttp pergi kan..sabar dan redha okeh..dapat rase kesedihan dalam hati tedi..tabahkan hati..
tedi...
aku sedih tatkala membaca entri ini... aku tahu kamu terlalu sayangkan dak utih. dia pergi bkn salah kamu..dia pergi bkn lari dari kamu. tapi dia pergi mengadap Tuhan yg satu. dia pasti berdoa utk kamu kerana kamu menjaganya dgn baik selama ini..
aku bangga mengenali kamu si pencinta kucing..
ted..
tabahkan hatimu
Cik Ted, bersabarlah. Menangis saya di ofis pada pagi2 hari ni bila baca entry tentang Dak Utih. Saya dapat rasakan bagaimana sedihnya bila kita kehilangan 'anak' yang sentiasa bersama dengan kita, yang kita jaga dan belai sejak dari kecil.
Yakinlah, Dak Utih bahagia selama bersama dengan kamu.
Hmm..sedihY dgr brita nie..
Tedi..ko tabahkan hati ye..
sy pun turut sdih bca entry nih...menitis gak air mata nih...bersabar ye...
sedihnya tedi...sedih sgt2...sabar n tabah yer tedi..adelah hikmah disebaliknya yg kita xtau..sy pun belum puas tgk dak utih di blog tedi nie...

cik tedi...
aku paham perasaan cik tedi...sabar yea...
tabahkan hati...dak utih tahu yang sik tedi sayang dia
dah dah..jangan nangis...
biar aku yang nangis..:(
dak tedi
be strong
moga dak utih tenang disana
be strong k...
touching btl ted.. anis hampir nak jatuhkna air mata je ni.. tp control nanti pe kata budak2 opis ni lak..
sabarlah tedi.. ajal dia dah sampai...
be strong ok DEAR
Salam Tedi...
sabar yer dik...kak jg pernah melalui situasi sedih begini...
aku tahu macam mana rasanya sebab aku juga pernah kehilangan bob
R.I.P dak utih.. budak yg baik..
tedi
sabar & tabah lah
Tuhan lebih menyayangi dak utih
farewell dak utih
*nangis*
Salam... cara perginya dak utih lebih menyayat hati kerana tiada sebab yang diketahui... alhamdulillah dak utih ditemui juga dan dapat disemadikan dengan sempurna...
* Rindu pada yang telah pergi pasti akan bertangdang...
sedihnya baca....
semua yg berlaku ada hikmahnya...
be strong tedi...
sedih
sabarlah wahai tedi
semoga dak utih tenang di sana
kamu sangat kuat
kalau aku,
tak boleh bayangkan
speechless
tedi...mungkin aku yang paling lmbat tau ni...aku tau ko tabah untuk terima semua ujian tuhan.
dak utih mesti bangga ada tuan macam ko..ko dah buat yang terbaik untuk dia.
sabar tau.
papepun, harap bersabar ye...
aku sangat kosong ketika berada di blog ini.
aku kehilangan.
sabar ye ted. kalau aku sebegini, apatah lagi kau.
bertabah lah hati. La Tahzan.
sedih baca kisah pemergian dak utih..moga ada pengganti nanti..
begitu kisahnya hmm
Saya benar-benar x dapat mengawal perasaan.Air mata berjujuran tatkala baca entry kali nie....Sabar ye Tedi,saya juga pernah nmenghadapi situasi sebegini.Memang sukar nak lupakan dan mengambil masa yg agak lama untuk mengembalikan semangat kita....
Dak utih dalam kenangan..kenangan yang bersemi antara kite semua..
kumerindui mu sampai biler-biler..
RIP dak utih..
Sabar la Tedi. Tuhan lebih menyayangi nya..
Betul tuhan lebih menyayanginya, sedihnya...rindunya...sabarlah
ak bace setiap words ko tlis!
sedeyh...
sabar la ek
ted aku sedey sgt byk kisah neh...
tedi neh aku ruff tau...aku da tukar semua...panggey aku pensel pas neh
xleh bc smpi habis.
YaAllah,beratnye dugaan tedi terima..tedi,sbr ye..Allah lebih sygkan dak utih..rest in peace dak utih sayang..:(
tedi...
aku sedey bace entri ni...
sabar k...
sabar ya tedi...setiap yang terjadi ada hikmah tersembunyi.....
aduuhhh sedey plak aku membacanye.. macam bukan kucen plak mati huhuhuu
Sedihnya..rasa baru berkenalan dengan dak utih semalam.
saya baru buka blog hari ni. rasa macam tak caya dak utih dah takde..
So sorry to hear it !!!
Hugs from us for all of you ...
Kareltje =^.^=
Anya
sepanjang aku baca entry ni...aku terbayang coobee..Aku jadi sedih...
Coobee mati dalam bilik aku....waktu aku tertidur...Hanya sekejap aku tertlelap...sepanjang berjaga...tak mahu pula dia pergi...
Ted...Dak utih...malam tu mesti dia perhatikan kau...dari jauh....
Aduhh aku sedih...aku mahu nangis...
begitu citernya... sedih la tedi... takda dah telatah nakal dak utih...
betul tu tedi.. mungkin dh ajal dia...
sabar tedi...
ha?? terkejut baca,dak utih da takde...
tedi,sabar la ye...salam takziah..
kronologi yg sungguh lengkap. Xpe, yg penting kak tedi dah jaga dier lek lok. Pahala tuhh... Nanti kat akhirat insyaAllah beroleh balasan yg setimpal. Jgn sedey2~ :)
Salam Ted.
maaf ye kRina lambat sampai di sini.
Sungguh Ted, kRina menangis ketika menaip ni. Rasa sebak menusuk ke jiwa.
harap Ted tabah.
sabar ted..
sabar ye. tak boleh baca sampai habis, terbayang kalau jd kt dak mell saya pulak.
salam...sedihnye baca entry ini sehingga air mata sy mengalir..sbb sy pun ada kucing...sedih sgt...
Post a Comment