Friday, March 05, 2010

BiRoTaTaNeGaRa : MenGaPa MeruMiTkan....??

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:11 PM
Photobucket

1. Kain ela untuk Baju Kurung 2 pasang : RM 60.00 + RM 70.00 kos tempah menjahit.
2. Seluar 'tack- bottom' warna biru gelap 2 pasang RM 32.00
3. T-Shirt Putih lengan panjang 2 helai RM 45.00
4. Stokin 2 pasang RM 10.00
5. Kasut Sukan sepasang RM 50.00
6. Kasut hitam. (Aku guna kasut biasa sahaja. Jimat! )

Ini adalah kiraan kasar keperluan yang perlu di bawa. RM 267.00 yang aku peruntukkan untuknya!!

RM 267.00 untuk menghadiri Kursus Birotatanegara yang aku daftar pada bulan Oktober 2007 dan baru di panggil pada bulan ini. Lama kan?

Perkara nombor 2 itu aku tiada warna gelap, sebab itu aku beli. Perkara nombor 3 kata kawan-kawan wajib warna putih, aku tiada. Sebab itu aku beli. Perkara nombor 4 aku memang tiada yang elok. Perkara nombor 5 aku ada, tapi sudah lunyai. Terpaksa beli baru. Perkara nombor 6 aku tidak mahu beli, aku guna mana yang ada.

Aku paling tidak puas hati perkara nombor 1!!

BTN,
kami bukan murid sekolah yang ada pakaian seragam sekolah. Kamu minta kami pakai baju putih dan kain hitam. Mengapa? Supaya kami nampak seragam? Nampak cantik sama 'sepesen'! Kamu tahu berapa yang peruntukan yang perlu kami keluarkan untuk buat baju seperti yang kamu kehendaki? Amaunnya seperti di atas. Mungkin pada kamu nampak sedikit. Tapi bagi kami kakitangan sokongan ini ianya adalah amaun yang banyak.

Aku hanya punya masa 7 hari sahaja untuk membuat tempahan baju. Entahkan siap. Entahkan tidak. Perlu buat 2 pasang sebab selama hari perlu pakai. Baju kurung biasa tiada dalam senarai keperluan.

Mengapa kami tidak boleh pakai baju kurung biasa yang kami ada? Bukankah itu juga sopan dan menutup aurat? Mengapa kami perlu keluarkan kos untuk membeli kain ela dan membuat baju yang di kehendaki yang hanya untuk di pakai selama 5 hari?

Oh! Mungkin baju putih itu aku boleh memanfaatkan bila menziarahi kematian!!

Nota kakitanganku : Gaji sudah habis beli semua. Perlu cari 'SugarDaddy!!' La la la la...






23 kUs-kUs:

MyaFiza on March 5, 2010 at 7:37 PM said...

mmg menyusahkan...
masih simpan kain hitam dan baju putih. tedi nak pinjam?

pu3 balqis on March 5, 2010 at 7:54 PM said...

tringat masa nak g btn sebelom datang mesir dulu..

hurm.. mmg banyak preparation.. tapi alhamdulillah lulus... insyAllah..
moga dipermudahkan ya..

Bardboo on March 5, 2010 at 8:08 PM said...

x sangka plak smpai begini undang2 nya..memang menyusahkan..huhu

jAck ALvin buKAn suPErpoRnstAR on March 5, 2010 at 8:23 PM said...

best la kau...g bergembira kat birotatanegara..

Unknown on March 5, 2010 at 8:26 PM said...

salam tedi~

agak membebankan ngan syrat2 mcm 2 kan?

mukasurat17 on March 5, 2010 at 8:33 PM said...

carikan papagula utk aku 1 gak!!!

Nur Suaidah Bachok on March 5, 2010 at 8:48 PM said...

hahahhaha...harap cik tedi bersabar ok! ;D

sharamli on March 5, 2010 at 8:55 PM said...

beli la baju sek0lah canggih

white rose on March 5, 2010 at 8:58 PM said...

akak...masa sy g BTN dlu tahun 2007, sy xikut sangat syarat2 dia nih...baju kurung sy xtempah pun...sy pakai blaus wane putih...pastu ade baju kurung moden seakan2 putih, pastu sy pakai 1 skirt hitam...2je...watpe membazir...akak xyah tempah pun xpe...tshirt putih 2 syarat je...sy BTN xdenye pakai tshirt putih, sume tshirt color2, siap seluar wane maroon lagi tuh...hahaha...
ala, janji kat sana jangan melawan ckp dorng je...banyakkan bergaul & bermesra, 2je syarat yg penting...
pastu hafal lagu "WAWASAN 2020" dan NEGARAKU...tiap2 kali masuk dewan, nyanyi lagu tu jugak...hahahaha...
ade exam tau, cuma xsusah sngt, jawapan dh bagi masa dorng bagi ceramah...salin je...

semoga berjaya berkerusus BTN...

F.Aminurrashidd on March 5, 2010 at 9:01 PM said...

xper.. enche nuffnang kan banyak.. hehehe ;)

Azuan on March 5, 2010 at 9:10 PM said...

huhu begitu ke..byk habiskan duit je

Unknown on March 5, 2010 at 9:58 PM said...

huhu..
btn mmg memeningkan...bergumbira di btn...

amie on March 5, 2010 at 11:03 PM said...

hahahhaha..
ok suda..
kekkeek

Dak Wan® on March 6, 2010 at 12:59 AM said...

Syarat jewr tu.... bukan enforce sgt pon. Bagi je alasan takde duit mahu beli.... Hehehe

Maiyah on March 6, 2010 at 2:43 AM said...

lalala :P

Nadiene on March 6, 2010 at 5:05 AM said...

BTN, agenda tue!

Che' Pit on March 6, 2010 at 9:25 AM said...

selamat ber BTN. CP dah lepas dah tahun lepas, ngeh ngeh ngeh

a.z.r.i.n.a.03.07 on March 6, 2010 at 10:01 AM said...

adehh.. lecey betul.

wanita mutalib on March 6, 2010 at 10:13 AM said...

pun belum gi lagi..

aaapit on March 6, 2010 at 10:21 AM said...

Layankan jaa..Selamat ber 'btn'..

anak kecil main api..terbakar hatinya sepi..air mata darah bercampur keringat..bumi dipijak milik org...nenek moyang kaya raya..tergadai seluruh harta benda..akibat sengketa sesama laa kita..

nnti sambung nyanyi kat sane lah ek..

[z@ck] on March 6, 2010 at 11:22 AM said...

hahaha..
aku terpaksa pinjam baju akak senior..besaq gedabak!!!

asilahmuhajer on March 8, 2010 at 1:46 PM said...

tedi, saya dahj daftar since 2006. sampai sekarang tak dipanggil lagi.

Tuah on March 9, 2010 at 11:11 AM said...

Cik Ted,
Baju kurung putih = baju sahaja putih, pakai kain hitam

Tudung = biasaya ramai yg guna tudung putih @ hitam (xkisah plain @ bercorak)

T-shirt = xsemestinya kaler putih. mcm2 kaler pun xpe. kalau t-shirt lengan pendek, sarung la dengan sarung tangan utk tutup aurat tu pun boleh.

BTN xde la strict sgt spt yg selalu digembar gemburkan.

Yang penting, TEPATI MASA untuk setiap sesi yg diperuntukkan.

Kalau senaman pagi lewat habis, kena la berkejar sikit time bfst tu. Sbb sesi Latihan Dalam Kumpulan (LDK) akan mula seawal 8:30 pagi. Time ni mandi pun mandi koboi je sbb berkejar nak ke LDK. Berhati2 dgn Tuan Fasilitator, sbb dorg xsuka menunggu perserta yg lambat. Kat sini markah komitmen akan berkurangan kalau dtg lambat.

Amalkan... kita yg menunggu tn. fasi.

Semasa dlm LDK, pastikan kita aktif memberi pandangan/idea/persoalan.

Catat isi2 penting yg fasi cakap. Sebab itulah jugak yg akan keluar dlm exam (selepas habis semua sesi LDK, akan ada exam). Exam tu kacang je la. alert je pd apa yg penceramah/fasi cakap, Insya'Allah itulah jugak soalannya.

Jgn risaulah Cik Ted, kalau ikut semua peraturan tu, Insya'Allah akan lulus.

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting