Budak ini hilang! Hilang bersama-sama kolar hitamnya itu. Sakit rasa hati aku ini. Malam tadi seperti malam-malam sebelumnya dia mengamuk-amuk mahu keluar. Pukul 2.00 pagi dia mula buat perangai balik. Mengiau tanpa henti. Aku memang berkasar dengan dia malam tadi. Semasa mahu bubuh ubat luka dia cakar aku. Aku terus tarik kaki dan kepala dia dan terus titiskan ubat. Sempatlah dia hadiahkan aku cakaran 'harimau' dia. Eh! Cakaran kucing. Selepas itu aku terus tidur di luar dan kurung dia dalam bilik tidur.
( Sila semak entry sebelum untuk tahu mengapa dia sakit )
Subuh aku tengok dia sudah hilang keluar lalu tingkap yang sedikit terbuka.
Ekspedisi mencari bermula sejak pagi. Tidak bertemu. Sambung ke petang selepas balik kerja. Aku ke rumah jiran yang jauhnya kira-kira 200 meter dari rumah yang menjadi kawasan yang di syaki suspek berada.
Sibuk berbual-bual dengan Makcik yang bernama Kiah itu di beranda sambil mengambil beberapa keping gambar sebagai bukti.
Ini bukti kukuh mengapa suspek di syaki berada di kawasan ini.
Budak buntal 3 beradik.
Siapa yang tidak terpikat sila angkat tangan.
Tiba-tiba terdengar satu ngiauan . Aku kenal!!
'Eh! Dia camlah tuan dia. Pandai tegur'. Kata Makcih Kiah.
Malaun betul Dak Kimo. Selamba kodok sahaja dia mengiau panggil aku. Bateri telefon pun 'kong'! Aduhai! Kalau tidak mesti meriah gambar-gambar 'playboy' ini.
Dia sedang di kelilingi oleh empat ekor kucing betina jenis DLH yang gebu seperti gambar di atas. Eeeeeeeeeeeeee!! Sebab itulah dia tidak mahu balik. Geram aku di buatnya. Kolarnya sudah tidak ada. Pasti ada yang sudah membukakannya. Matanya bersih walau lukanya belum kering. Aku beri dia makan Whiskas paket yang aku bawa. Lahap!
Aku mahu ambil dia bawa balik, cepat-cepat dia nyorok belakang pokok bunga. Sabar sajalah!! Lantas aku tinggalkan sahaja dia di situ dan berpesan pada Makcik tuan rumah sekiranya dia bergaduh, simbah sahaja dengan air.
Mungkin itu yang lebih buat di selesa. Dia tidak suka di kurung. Mahu bebas. Tapi aku kena juga berhati-hati takut lukanya jadi lebih parah pula.
Nota kakitanganku : Oh Dak Kimo! Ada sahaja kamu!!
17 kUs-kUs:
sabar je lah tedi..
janji dh tau dak kimo kt mane...
=)
sian dia kan..tp takpa berkeyakinan tinggi tu..
tak kisah lah ape diorang buat, still comel! hehe!
wokk kucen itu sumel..
pandai dak kimo cr mangse..
iskkk..
b;aja dr saye ya dak kimo..
huahuahua
salam tedi~
hehehe... patut aje menghilang tnpa dpt di kesan eik?? ada awek2 gebu2 g2... :)
apa pun aku doakan moga luka nya cpet sembuh.. takut nnti melarat lak... :)
turun kan tangan...sebab aku terpikat dengan kucing ituh..yang gambo ituh..siapakah gerangan nye yang cute lemah gemalai?aiyayaya
hahaha...
patut laa dia sbuk nak keluar...
wat lawak sungguh laa dak kimo nih...
dah tibe musim mengawan dy kot...hehehe
yang pasti dia sangat terhutang budi dengan kamoo..
owh..kucing2 betina pasti rasa dak kimo seksi dengan mata tunggal nya itu kan hehehe..
xpe la..biar je la dia..nak amek angin jgk..
Dak Kimo Lanun .... hensem pulak tu ... hot stuff! :)
Glad he is better, proven with his "cakaran harimau" ! meow!
tedi..aku sampai skrg AMAT2 respect kat ko!kagum gila dengan ko!ko sanggup buat apa saja demi kucing2 comel ko 2....nasib aku skrg dah bleh menyukai kucing..=]
lagi susah dr menjaga seorang anak..:-p
alahai,nakalnye la dak kimo ni...tedi,nape nama dia dak kimo?
still macho walaupun sakit..dikelilingi awek tu ekeke
agaknya dia jemu la tu dok umah.. nak tuka angin.. macam kite la jugak..
=)) saba je la dak kimo ni b-( desyum..bega cam tuan ea gak :p patutla meronta kak.. ghupe2 nye dio dah windu amek mo kekasih ati deh.. lamo x detim..sbb kena kurung =))
p/s : dak utih.. kamoo x jeles ke skrg asyik entri dak kimo je :p dah kono ontok dok kek topi eh =))
Post a Comment