Bilik tidur aku adalah tempat yang begitu menghibakan hati. Aku boleh tersenyum di ruang tamu, masuk sahaja ke bilik yang padat ini aku rasa kosong. Ada yang hilang. Ada ruang yang tidak terisi. Aku hamparkan karpet tidurnya seperti biasa.
Lampu tidak di tutup. Satu tingkap yang lazimnya terbuka aku teruskan buka tanpa menutupnya. Aku pejam mata. Mata yang basah. Aku bisik perlahan 'Jika kamu balik, jangan lupa kejutkan aku!!'
Aku bangun lewat pagi ini. Dia tidak pulang. Tidak balik. 'Jam locengku' sudah tiada. Sudah tidak berbunyi. Tidak akan berbunyi. Tidak sama dengan yang lain. Langkah terasa laju sahaja ke mana-mana. Jika tidak langkahku akan di halang oleh langkah-langkah kecil yang sama sibuk mengikut ke bilik mana sahaja.
Sunyi. Tiada bunyi apa-apa. Tiada bunyi aku membebel juga. Jika tidak 'Kau boleh tak duduk diam kat situ jangan ikut je'. Boleh tak tunggu sekejap jangan nak jerit-jerit. Bingit tau tak?' 'Boleh tak jangan gesel-gesel nanti aku terpijak kau marah!' Boleh tidak bila dah kenyang jangan tergolek depan pintu, orang nak lalu.' Dan bla..bla...bla...
Tapi pagi ini, pagi yang bisu.
Membuka pintu belakang dan menjengah. Oh! Kamu di situ. Kamu di dalam itu. Sudah tidak ada di depan mata. Kamu di dalam tanah tidur lena. Oh hati! Jangan sebak lagi. Kuat!
Tiba-tiba, sehelaipun bulu putihmu tidak aku jumpa. Ke mana perginya?
Nota kakitanganku : ......................

26 kUs-kUs:
tedi.... sedih la anis bc n3 tedi sejak last week.. adussss... napa ye? dah mulai rindui n3 psl dak utih yg hensem
salam tedi~
udah ar tedi... usah menagisi pemergian dia..
walu sedey mcm mna sekali pun, atie kena tabah.. msih ada lg yg perlukan perhatian dr ko ted..
tedi..kan bagus semua manusia di dunia punya hati mcm tedi..yg penuh kasih sayang..moga Allah gantikan yg pergi dgn ahli baru yg bakal hiburkan hati ted..
*senyum*
ini buat aku takut tuk menyayangi lagi..
Cik Ted, kesayuan tu akan tetap datang dalam diri kita kerana dia sentiasa dalam diri kita walau ke mana pun kita pergi.
Simpanlah rantai dia, atau apa2 yg menjadi kesukaan dia sebagai kenangan. Bila rindu, ciumlah ia. Mudah2an sayu rindu itu akan berkurangan.
alamak, sedeynye menghadapi saat2 itu...sy pun penah alaminya...bertahun jugak merajuk...huhuhu...sabar ye kak...
ted,
sabar ye..
aku dulu worst case, aku hari2 terdengar bunyi loceng kolar dia.. T_T sedihnyer... berat rasanya menanggun pemergian kucing ni..
dah la tedi
aku juga bersama kamu
sama2 merasakan kehilangannya
banyakkan bersabar
jgn sedey2...nanti ade kucenk baru ganti... hehe
chill k
jgn la sedih sgt tedi
jom beli kucing baru
jom
be strong ye, cik tedi..
aku pun rasa sgt2 sedih baca entry nii...aku paham perasaan camne kehilangan kucing tersayg..
jgn sedey2 nye..mgkin, ada penggantinye nnti....
......
:'(
memang sedih ditinggalkan tersayang..:-( tapi sudah2 la ya tedi...yg pergi tetap pergi...
patah tumbuh hilang berganti..
Usahakan penganti Tedi..jgn dilayan perasaan nanti menyasau..meski pun itu seekor kucin..heh!
Usahakan penganti Tedi..jgn dilayan perasaan nanti menyasau..meski pun itu seekor kucin..heh!
be strong gurl!!!
biar tinggal dlm kenangan...
pape pun kamu mesti tabahkan ati ok?
salam tedi...
banyakkan bersabar....
kita sama..masih menangisi kehilangan maxy hari ini.perit sgt rasanya,hanya org yang sayang kucing je tau perasaannya
hidup mesti diteruskan
hidup mesti diteruskan
tedi,sama la mcm org yg da komen2 kt atas ni...harap2 kamu tabah.kehilangan tu mmg sangat menykitkan.tapi kita harus kuat...
Sy bc N3 nie pun meleleh2 airmata..
Apatah lg kamu..Sabar lh..Dia pasti tenang di sana..Drp Tuhan dia datang kepada Tuhan juga dia kembali..
kalau boleh nareiQa memang dah tak mahu baca entry2 pasal Dak Utih . sangat sakit . sangat sebak . sangat pilu . sangat tak tahan . hati sakit amat ! tapi x boleh . tak tau kenapa tangan tetap click kat link2 entry mengenai Dak Utih . Its really hurt me so much !!!!
air mata nareiQa tidak akan kering untuk Dak Utih . walaupun nareiQa tak pernah dapat rasa membelai badan Dak Utih . tapi sayang nareiQa pada Dak Utih tidak dapat di soalkan lagi . i love u even u're not know it . R.I.P Dak Utih !!!
Dak Tedi .kuatkan semangat . i know u misses him . so do i !!!
Post a Comment