Monday, March 22, 2010

sEBuah KisaH KLasik. TaPi akU MasiH IngaT. Aku BeLum cuKup Tua unTuk LuPa KamU Dan KenaNGan. TaPi KamU PasTi sUDah cUkUP Tua UnTuK LuPa paDaku....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 6:42 AM
Photobucket

Aku berfikir. Apa yang ada dalam kepala kamu. Apa yang sedang bermain-main di fikiran. Apa dan apa? Setiap waktu terluang aku berfikir. Mengapa kita begini dan begini.

Aku juga berfikir. Mengapa aku terlalu berfikir tentang ini? Mengapa dan mengapa? Mungkin, bila kita ada soalan, kita mahu ianya di jawab dengan jawapan. Bukan soalan di balas soalan. Arghhh!

Aku memerhati kamu. Memandang dan melihat. Tingkah kamu aku pantau dari kejauhan. Aku tidak tahu mengapa? Mengapa dan mengapa. Kamu jadi bebanan perasaan bagi aku.

Mengapa 5 patah di tanya kamu hanya beri sepatah? Mengapa bila 10 patah di tanya kamu menjawab 5 patah? Mengapa bukan 20 patah? Mengapa dan mengapa?

Mengapa kita tidak boleh bersahabat setelah sekian lama kita 'bersahabat?' Mengapa lain benar jadinya? Mengapa dan mengapa?

Ingat lagi entry ini? Dia menerima. Tetapi tingkahnya dingin. Dingin. Sejuk. Beku.

Aku fikirkan yang baik sahaja. Kamu sudah cukup tua untuk ingat padaku.

Namun, aku belum sampai tahap itu untuk lupa kamu yang hampir seabad mencipta kenangan denganku!!

Nota kakitanganku : Kamu kekal dalam kenangan. Itu kenyataan!






4 kUs-kUs:

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ tinieƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ on March 22, 2010 at 9:14 AM said...

knp ni tedi?

mamai on March 22, 2010 at 9:23 AM said...

itu pasti ada yang terasa sehingga rasa sejuk beku tu....

Liliyuli on March 22, 2010 at 10:26 AM said...

manusia selalu berubah-ubah..
kamu harus pandang ke depan..
mungkin ada hikmah disebalik semua ini..

ape2 jer on March 22, 2010 at 12:48 PM said...

hmm kite x dpt nk agak apa yg org lain pk..tp kita tau apa yg kita rasa..alahai ntahlah..

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting