Wednesday, March 24, 2010

SeLamaT BersaRa TuaN!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 10:10 AM
Saya buat 'contest'. Sila klik di sini untuk turut serta. Terima kasih.
Pembetulan : Bekas Ketua Jabatan aku. Sebab tahun 2009 aku sudah berpindah ke tempat lain! :)

Oh! Agak lewat untuk aku ucapkan selamat bersara untuk Tuan Pengetua SMK Selandar Tuan Haji Sa'adon Bin Baharum. Tarikh bersaranya ialah pada 21 Mac 2010 sepatutnya. Di raikan pada 22 Mac 2010 sempena hari lahir beliau yang ke 56 juga kerana hari tersebut merupakan hari pertama selepas bercuti sekolah.

Selama 2 tahun 5 bulan di bawah seliaan beliau selaku Tuan Pengetua, beliau amat berwibawa sekali. Beliau adalah seorang yang tegas dan agak serius di mata aku. Tetapi di sebalik keseriusan beliau, beliau agak kelakar dan setiap bait katanya kadang-kadang ada kata-kata yang menyindir tetapi jenis pengajaran. Kalau jenis yang 'slow' sedikit itu mesti tidak dapat 'tangkap' maksud kata-katanya. Tiba-tiba dengar orang ketawa. 'Lembaplah kau ni Tedi.' Orang sudah habis ketawa aku baru mahu ketawa sebab lambat 'tangkap'! Ha ha ha....

Yang paling aku teruja bekerja di bawah seliaannya, dia banyak ilmu tentang Akaun dan Kewangan walaupun di sebenarnya seorang guru Geografi. Jika ada masalah tentang kewangan, beliaulah tempat aku membuat rujukan. Beliau amat teliti sehingga jika aku tertinggal 1 sen pun dia akan perasan. He he he... Beliau tidak akan menandatangani cek atau apa-apa borang jika ianya tidak lengkap.

Di bawah beliau aku banyak belajar. Beliau banyak memberi kata-kata semangat bila aku mula di tugaskan membuat kerja-kerja kewangan. 'Awak masih muda. Cepat belajar. Ini peluang awak mempelajari banyak perkara dalam tugas-tugas yang di amanahkan.'

Selamat Bersara Tuan Haji. Selamat Hari Lahir juga. Semoga kehidupan selepas bersara sama indahnya dengan kehidupan semasa masih lagi seorang kakitangan kerajaan yang berdedikasi dalam menjalankan tugas.

InsyaAllah, bertemu kita di hari Jumaat nanti.

Nota kakitanganku : Ketua Jabatan yang baik dan adil akan sentiasa di kenang segala jasa dan pengorbanannya....



10 kUs-kUs:

Hafiz Yusof on March 24, 2010 at 10:17 AM said...

wah bagus la u

Watierman on March 24, 2010 at 10:28 AM said...

Salam Dik...beliau pasti seorang guru yang baik....pada semua ...& kamu pastinya seorang yg sgt mengenang budi & jasa beliau....Moga apa yg kamu pelajari dari beliau terus di manafaatkan....

Hazzy Ishak on March 24, 2010 at 10:37 AM said...

hari hari p sekolah ya tedi
dah lama haz tak jumpa cikgu
huhu

Murni Alfathunnisa on March 24, 2010 at 10:47 AM said...

u bakal dapat bos baru..bos lama dilupa jangan..:-)

mama affan on March 24, 2010 at 10:59 AM said...

ayat last sgt betul..tp yg hampeh..ramai2 doakan en.bos cpt blah..huhu..

Unknown on March 24, 2010 at 11:21 AM said...

salam tedi~

hehehee...ko akan dpt bos baru eik ted?? :)

Unknown on March 24, 2010 at 11:32 AM said...

Itula best dan untung jadi guru,sampai bila2 pun orang akan kenang.Bila dah mati,pahala pun still akan dapat kerana ilmu yg bermanfaat yg diberikan kpd murid2

e.t.t.y on March 24, 2010 at 11:46 AM said...

smk harian atau sek. integrasi selandar tu? my sis there. my aunt also there. but yg intergrasi tu lah.

Anonymous said...

siteDi cikgu rup2nye...slmt pg cikgu.. :)

zan xray on March 24, 2010 at 7:47 PM said...

Moga saya juga akan jadi ketua jabatan yang berdedikasi dan menjadi tempat rujukan :-)

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting