Monday, March 29, 2010

MaaFLah Bos, akU TerLaLu TeruJa BiLa Kau TiaDa. SiLap Baca 'PuLeeek!!!'

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:30 AM
Hari Jumaat yang lepas lagi, sudah dapat satu surat taklimat untuk Bos. Oleh kerana beliau sedang bercuti sakit, orang kanannya telah menelefonnya untuk memaklumkan perkara tersebut.

Staff juga menjadi riuh rendah 'Wah! Berturut-turut Bos tiada. Dari Khamis sampai Isnin depan. Selesa sedikit.' Majoritinya bertepuk tangan. Ha ha ha ha!!

Pagi ini dalam pukul 8.30 pagi Bos menelefon pejabat . 'Tedi, taklimat saya betul ke di Dewan Bestari?'

'Betul Bos. Pukul 8.45 pagi.'
'Eh! Tiada seorang pun lagi yang datang ni?'

Aku pantas mendapatkan surat panggilan taklimat tersebut! Erk!!

'Maaf Bos, 5 April. Bukan hari ini. Tersilap pandang!'

'Patutlah. Pagi tadi saya sudah pastikan dengan Cikgu C. Dia juga kata hari ini. Tidak mengapa, saya balik ke pejabat sekarang!'

Aduhai! Silap tengok tarikh. Maaflah Bos. Nasib baiklah Dewan bestari memang laluan dia hari-hari ke pejabat. Buatnya tempat taklimat itu jauh, masak aku kena belasah dengan Bos! Ha ha ha ..

Moralnya, jangan tergopoh gapah membaca surat dan terus menepuk tangan! Ha ha ha ha.. 'Slow and steady!!'

Nota kakitanganku : 'Tedi, kenapa Bos datang? Bukankah dia ada taklimat hari ini?' Aku jawab. 'Bos sudah rindukan cikgu!!' Ha ha ha ha...





13 kUs-kUs:

Hafiz Yusof on March 29, 2010 at 11:41 AM said...

kesian bos..heheheh

Syazni Rahim on March 29, 2010 at 11:47 AM said...

haha! nasib baik bos cool!

Eye_nee on March 29, 2010 at 11:49 AM said...

Sesekali bos terkena tak per la...yg kita ni selalu jer terkena dgn bos..boss buat blur jer...huhu..

Relevan on March 29, 2010 at 12:02 PM said...

Ko sengaja nak bagi naya bos ko ni Tedi?

hanie on March 29, 2010 at 12:51 PM said...

hahahaha....
btullah...kdg2 over excited bila boss xde...
tp kl xde..boring jgk..

Unknown on March 29, 2010 at 1:06 PM said...

salam tedi~

hehehe... aku pun selalu gak tersilap baca... :p
seb baik bkan nak kena ambik stocks kat pelabuhan... :)
kalo x, laie naya aku... :))

ape2 jer on March 29, 2010 at 1:13 PM said...

ekeke naseb bek bos kool je arinih hehe

Solehah on March 29, 2010 at 1:18 PM said...

kesian dia..

mama affan on March 29, 2010 at 1:35 PM said...

haha..mcm2 cik ted..nasib x di anto ke pahang atau sabah bos nya..kalau x..mmg kes naye..hik2..

mamai on March 29, 2010 at 1:46 PM said...

rindu kau or rindu cikgu tu tedi hehehehe

ddy the writer! on March 29, 2010 at 1:49 PM said...

cian nye bos.

Lucy S. on March 29, 2010 at 3:13 PM said...

hancur ek harapan pekerja sume :))

Watierman on March 30, 2010 at 7:57 AM said...

Kamu sgt nakal Dik!

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting