Saturday, March 20, 2010

JanGan MahU suKa-suKa CeTak skrIn, KamU mEnyekaT PeLuanG OranG LaIn Jika TiDak MahU BekerJasama......

cOrat cOret Oleh : myQza pada 4:21 PM
Photobucket

Tajuk adalah satu peringatan. Jangan sesekali kamu cetak skrin dan emelkan angka kepada aku tetapi bila kamu di pilih sebagai pemenang kamu tidak mahu bekerjasama memberi butiran-butiran untuk aku poskan hadiah.

Maaf kepada pemenang cetak skrin 46 800. Aku tidak kenal kamu. Sudah 2 emel aku hantar sejak 16 Mac 2010 tetapi kamu hanya diam membisu. Aku mahu lagi bersikap adil. Aku akan hantar emel ke tiga. Jika dalam tempoh 24 jam kamu masih membisu hadiah tersebut akan aku beri kepada peserta kedua yang berjaya mengemelkan angka 46 800 tersebut.

Jika kita mahu turut serta dalam sesuatu pertandingan, kita harus bersedia dari segi keterbukaan kita untuk memberi butiran yang di perlukan. Jika kamu rasa teragak-agak, tidak perlulah turut serta mana-mana pertandingan yang menyediakan hadiah atau cenderhati. Bagi aku segala butiran-butiran kamu adalah sulit dan rahsia tidak sesekali akan aku sebarkan.

Okey! Nampak anak patung beruang itu. Ianya comel sahaja. Kamu boleh ukur melalui skrin 'laptop' aku. Kecil. Ianya adalah untuk pengunjung yang ke 50 000. Ingat, peserta pertama yang mengemelkannya adalah di kira sebagai pemenang.

Terima kasih kerana berkunjung ke sini.

Nota kakitanganku : Masih menanti hadiah yang aku menang kerana berjaya cetak skrin untuk satu angka kira-kira 6 bulan yang lalu. Tuan dia terlupa agaknya. He he he he...





30 kUs-kUs:

Rowena Zainuddin on March 20, 2010 at 9:14 AM said...

ade contest ke??
hehee..
xtau pon...
laa..
nak patung comel 2..
hehee~

Aini on March 20, 2010 at 9:18 AM said...

comelnye... nak la... =)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ on March 20, 2010 at 9:26 AM said...

aku nak!!!

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ tinieƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ on March 20, 2010 at 9:54 AM said...

minta2 aku tak ketinggalan.. sgt cumel itu bear bear

Wanie-san on March 20, 2010 at 9:56 AM said...

tedi...jgn emo2...aku hadiah yg menang dari radio mase 2004 xboleh2 dari sekarang tau!!huhu bengang tau....

Nur Suaidah Bachok on March 20, 2010 at 10:36 AM said...

cik tedi bersabar ye.. jgn mrh2.. hehe ;D

ciktedi! sy nk menang jugak.. tungguuuuuuuU~

nuraarin-life on March 20, 2010 at 10:44 AM said...

Kali ini hadiah apa pula tedi...

saya tunggu pemenangnya..mungkin saya hehehe

Relevan on March 20, 2010 at 10:59 AM said...

Bagi kat kawan je hediah tu Tedi..habis cerita..

ape2 jer on March 20, 2010 at 10:59 AM said...

uh cute arr huhu

Nadiene on March 20, 2010 at 11:26 AM said...

derma kat aku je lah kak tedi, hehehe

Ibu Ammar on March 20, 2010 at 12:01 PM said...

wah, dah ada hadiah untuk yg ke 50 ribu. yea.yea! nak cuba.nak cuba. nak hadiah tuuuuuu!

Cahaya Yang Riang Gembira on March 20, 2010 at 12:12 PM said...

6 bulan dah? Mungkin lupa tu.. Huhu.. Nak coba nak coba juga.. Hik hik.. :)

Unknown on March 20, 2010 at 12:47 PM said...

salam tedi~

hehehe... mgkin dia jarang bukak email dia kot.. datz y dia msih blm reply email ko.. :p

have a nice weekend ted~

Papa meow on March 20, 2010 at 1:04 PM said...

btl jga tu, aku sendiri jarang sangat buka email, kadang sampai berbulan hehehe

sueanne on March 20, 2010 at 1:07 PM said...

salam beb...nak alamatttt...errrr...heeeeeeeee

Ayu on March 20, 2010 at 2:42 PM said...

dah org x nk ... bagik kat hassan je la... senang citer.. lgpun dah 3 bulan hassan tunggu pesent dari auntie tedi nih.. huhuhu..

Unknown on March 20, 2010 at 3:03 PM said...

tedi, harap2 aku kan dapat yg 50 000 tu, hehehe!! nak aku bagi siap2 detail ku? huhuhuhu!! take care :)

Anisa on March 20, 2010 at 3:08 PM said...

kiut miut la teddy atas lappy tuh
:)

Amieynna Amin on March 20, 2010 at 3:10 PM said...

saya nak teddy itu.. so kiut..
siapa lah yg da menang tapi xnak mengaku die menang.. huhu..
rugi2..

Nor atau Nad on March 20, 2010 at 3:12 PM said...

akak...err
cetak skrin tu hape??

Rara on March 20, 2010 at 3:45 PM said...

kalo org tu xnk,past kat sni jela.. :)

CITY® on March 20, 2010 at 3:51 PM said...

muahahhaha
dak tedi dah marah wooo
kuikuikui..
tedi,
i print scrin pandai tapi nak masuk dlm tenet tak reti, hahhaha..
paste kat word je la seme2..
hahahah..

oooooooo tahu marah ya?
hari tu ada dak tuh nak, tapi tak bagi add, camno nak bagi, camno nak pos?
huh..
lalalal
jom tido sama2..ekekekk

miowwwwwwwwww

Kak anie on March 20, 2010 at 4:54 PM said...

Comelnya tEDl..nakkkk!!

Anem Arnamee on March 20, 2010 at 4:55 PM said...

kak tedi, bz?
rjin updte blog..:)

oranglidi on March 20, 2010 at 4:59 PM said...

weh, wa ke 48078 ada hadiah sampingan x?

sharamli on March 20, 2010 at 5:18 PM said...

48o83

amie on March 20, 2010 at 7:06 PM said...

itu sumell:)

Nor Hayati B. on March 20, 2010 at 9:11 PM said...

eeee..comel sgt!!nak la..hr tu plak terlepas 3 org..huuhuh.. :(

jom kita bersaing ramai2 erk..wakakaka.. :p

Aida Lela on March 21, 2010 at 10:16 PM said...

nakkkkkkkkkkkkkkk.. ops! terjerit la pulak..hihihihi

Hazzy Ishak on March 26, 2010 at 4:20 PM said...

terlebih sudah

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting