Monday, March 29, 2010

akU InGin BercaKap JuJur DarI HaTi. MaaFkan akU GB!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 6:30 PM
Saya buat 'contest'. Klik di sini untuk turut serta. Hadiahnya di sini. Terima kasih.

Photobucket

Gambar yang tidak perlu di perkenalkan lagi. Kamu majoritinya sudah tahu tentang laman komuniti ini. GengBlogger!

Aku tertarik ingin menulis mengenai ini setelah membaca beberapa blog yang menulis tentang ini. Antara tajuk-tajuk yang aku ingat ialah 'GB telah kembali,' 'Trafik merundum tanpa GB', macam-maca lagilah. Bagi mereka GB telah berjaya meningkat trafik pengunjung ke blog mereka. Ini semua gara-gara GB terhenti seketika beroperasi bagi memindahkan 'server' tempoh hari.

Aku kagum dengan mereka yang menjadikan GB sebagai salah satu alternatif untuk meningkatkan trafik. Memang berkesan. Sebab itulah bila GB tergendala seketika ramai yang panas punggung melihat trafik yang jatuh merundum.

Tapi aku ingin jujur berkata di sini.

Trafik aku sentiasa 'maintain' dan sekata samada GB okey atau tidak? Kamu tahu apa maksudnya? Maksudnya aku tidak popular di GB dan tiada klik yang banyak aku dapat dari ahli GB untuk ke blog aku. Aduhai! Kenyataan yang pahit!

Serius. Jika berpandukan skor dalam satu-satu masa, dapat 10 pun sudah cukup baik! Ha ha ha ha.. Jika ada pun yang datang dari GB mereka yang telah sedia maklum aku kenal sebelum ini. He he he he..

Oh! Mungkin aku jarang berkomunikasi di ruangan forum. Atau aku jarang meng'expose'kan diri. Jarang berkunjung dari satu forum ke satu forum untuk bersama-sama memeriahkan satu-satu topik. Hakikatnya memang itulah. Aku jarang. Kalau ada pun satu, dua kali sahaja aku menyelit.

Kengkangan masa membuatkan aku hanya 'ping' paparan terbaru dan berlalu. Aku lebih utamakan 'blogwalking' blog yang sedia ada aku ikut dan yang mengikut. Aku takut tidak terkejar dan aku akan rasa bersalah jika orang berkunjung ke blog aku, klik iklan aku tetapi aku tidak dapat membalasnya.

GB memang komuniti yang bermanfaat dan salah satu alternatif untuk meningkatkan trafik ke blog. Tapi sayangnya, aku belum punya waktu yang cukup untuk menfaatkan sepenuhnya.

Namun Alhamdulillah, ada hikmah di sebaliknya. Trafik tetap bertambah dan tidak merundum kerana aku lebih mengutamakan pengikut dan yang di ikut terlebih dahulu dari bersantai-santai menjawab di forum atau di 'chatbox'.

Mungkin jika punya waktu banyak, aku juga ingin mengenali ahli-ahli komuniti yang aku turut serta ini. InsyaAllah.

Nota kakitanganku : En. Nuffnang, sila beri saya amaun yang sebegini setiap minggu okey? Nanti saya belanja ABC!!





22 kUs-kUs:

mama affan on March 29, 2010 at 2:09 PM said...

ada abc best di kg kamu eh..mau jugak..huhu..

nabilah_2908 on March 29, 2010 at 2:13 PM said...

hye..slm kenal dari nabilah..

hrumm...kita dlm situasi yg sama..tak berapa akitf di GB..hnya sekadar dtg ping blog n blogwalking.. :)

Hafiz Yusof on March 29, 2010 at 2:19 PM said...

samer la kita..i baru join 3 ari..u mesti dah lama kan..sebab i join benda ni..sbb i tahu komuniti ni bagus..

Zuwairi on March 29, 2010 at 2:20 PM said...

ada pengikot setia:)

Anonymous said...

belanja akak skali yer...

Anonymous said...

hehe. tak pernah lagi join geng blogger tu.

[z@ck] on March 29, 2010 at 2:24 PM said...

aku pun join GB tapi tak aktif sgt..sekadar jadi ahli je..

Anonymous said...

x join pn lagieyh geng blogger

Lucy S. on March 29, 2010 at 2:55 PM said...

gua pun tak slalu join forum. sbb tu tak femes. kahkahkah

Alimaz-Kembara Terasing on March 29, 2010 at 3:02 PM said...

sama la...saya lagi la tidak popular

JMR on March 29, 2010 at 3:05 PM said...

blog k.tedi mmg mantap..lama2 kompom glamer cam redmummy..

Maiyah on March 29, 2010 at 4:19 PM said...

nuff kita x gerak pun.. rasa nk buang je

zhrhtoodem on March 29, 2010 at 4:39 PM said...

hohohoh
ko mau blanje aku abc jugak ke tedi?

Relevan on March 29, 2010 at 4:54 PM said...

Semalam kawan ada jumpa en polis trafik..dia kata laluan trafik makin meningkat dengan pertambahan kenderaan di Malaysia ini..

eh? laa..korang cerita trafik blog aku pula trafik lalu lintas..ishk2 tak kena tak kena..

Nadiene on March 29, 2010 at 4:57 PM said...

yeah! kak tedi nak belanja abc!

sal ya on March 29, 2010 at 4:58 PM said...

sy pn x bergantung sgt dgn GB.sbb tu sy x buat follower box...

CITY® on March 29, 2010 at 5:14 PM said...

dak tedi,
i tak leh masuk GB
sebab i tak ada akaun fb
lallala..
so, i tak bergantung pada gb
huhu..
2 minggu belakang ni best
alhamdulillah, pakcik nuff bagi i
awwwwwwwwwwww... lepas bayo bil berokbend celcom kira okay la kan
hehhehe..
tapi tak tahu akan datang la plek
so far,
harap menjadi la
heee..
tq dak tedi
byk ilmu ko share
huhuhu..

mamai on March 29, 2010 at 5:44 PM said...

macam biasa la bro memang tak ambil port benda nie hehehe sorry la tak tahu nak komen apa

ckLah @xiiinam on March 29, 2010 at 6:13 PM said...

Best ni...

d0tbl0gsp0td0tk0m on March 29, 2010 at 6:54 PM said...

GB--> guru besar yang tak besar mana... huhuhuh

MyaFiza on March 30, 2010 at 12:36 AM said...

sama la. x mencari glamour di GB. huhuhu...
mau ABC jugakkk... =)

Watierman on March 30, 2010 at 7:55 AM said...

Salam Dik Akak ni tak ada join apa2 pun cuma follow blog adik2 yg sgt di kasihi...itupun tak sempat nak merempit dari blog ke blog saban hari...too many things to handle ...& too short a time to blog hop...but you are always on my mind!

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting