Sebenarnya agak lewat mengetahui tentang ini. Baru dapat emel semalam dan tidak sempat untuk menaip panjang!
Namun aku berusaha untuk turut serta juga.
Mengikut tajuk... Tempat yang paling menjadi kegemaran aku melayari internet ialah di dalam bilik tidur di atas katil. Ha ha ha ha.. Serius.
Selalunya memang sampai tertidur kalau mengadapat 'laptop' di tengah malam. Kalau emak perasan, emak akan mengetuk pintu bilik sambil berkata ' Tedi, tutup lampu nak tidur. Komputer tu tutup semua.' He he he ..
Tetapi selalunya aku akan hanyut ke 'laut'. Sampai ke Subuh lampu bilik dan komputer riba masih terbuka. Aduhai! Memang satu pembaziran. Tapi apakandaya. Sedaya aku ingin ubah juga perangai buruk ini.
Paginya emak akan cakap 'Kan sudah pesan, nak tidur semua tutup. Memang membazir elektrik, tapi yang utamanya buatnya komputer tu terlalu panas, meletup. Wayar tu nanti berselirat, pintasan elektrik ke?'
Wah! Betul kata emak sebenarnya. InsyaAllah. Sedaya upaya aku akan cuba tutup semua suiz sebelum tidur. Tapi selalu gagal. Tempat melayari internet, di atas katil memang nampak selesa, sebab bila mengantuk boleh terus tidur sahaja. Ha ha ha ha..
Oh! Aku menggunakan Stremyx. Agak terhad untuk aku melayari internet di luar rumah. Pasti P1W1Mx yang bernama Wiggy ini dapat membantu jika aku mahu berubah angin. Kamu boleh melihat pakej yang ditawarkan di laman webnya di sini. Jika kamu yang menggunakan 'berukbeng' yang selalu bermasalah, apakata kamu membuat tinjauan awal tentang kelebihan yang ada pada Wiggy.
Project Alpha Musim Pertama sudah berlalu. Kini Projek Alpha musim kedua yang sudah pun mempunyai peserta-peserta yang hebat. Kamu boleh mengetahuinya dengan melayari laman ini.
Projek Alpha Musim Ke-2 di bawakan oleh Adidas Action 3, PI dan MAS!!
9 kUs-kUs:
wahwah sibyk promrote sis
=))
hai katil mmg best tuk berehat juga hehe
online kt katil laa best kn
boleh layan citer smpai tertidor
bed time story alaf baru owg kater
hik hik hik
kommentla new entri shayer
heee~
(^______^)
huhu kat katil best.lagi seronok dapat baring2.
heee
mm masyuk kalau on9 atas katil
pastu tertidur
ZZzzZZz
Laptop meletop?Nauzubillah...mohon dijauhkan.tedi!tido tutup lampu la.hehehe
klo sy,mmg susah nk tdo terang2 ni.sebab tu jarang tdo dalam kelas.haha(mungkin la)
rajin promote
kalau on-line dikatil tu, konfem tido!!!empuk!!
ehh, kt melaka dah ada P1 tu ke?
Post a Comment