'Kamu tidak perlu minta maaf. Saya yang bersalah. Saya minta maaf.'
Anak siapa ini sila angkat tangan. Amat berbudi bahasa dan skema sekali. Yup! Aku hampir menjadi pembunuh hari ini. Membunuh tanpa pisau atau parang. Tetapi Alhamdulillah. Semuanya tidak menjadi kenyataan. Yang membunuh dan terbunuh tiada. Sujud syukur kepada Yang Maha Esa. Terima kasih Allah Yang Maha Besar.
Keluar dari pagar sekolah dan membelok masuk ke kanan untuk pulang ke rumah habis sahaja waktu kerja pada pukul 5.00 petang tadi. Di kiri kanan adalah ramai orang kerana si tukang mesin rumput bekerja begitu juga dengan 2-3 orang mandornya.
Seorang kanak-kanak lelaki berbasikal tiba-tiba masuk ke tengah jalan. Aku sempat membunyikan hon dan mengelak. Nasib adalah amat baik sekali kerana tiada kenderaan yang berselisih di jalan bertentangan.
Budak lelaki itu dan basikalnya telah melanggar sisi kiri sebelah belakang kereta aku dan jatuh tergolek. Aku memberhentikan kereta dan bergegas mendapatkan beliau. Begitu juga dengan beberapa lelaki yang ada di sekitarnya.
Aku segera memohon maaf dan menerangkan akan kesilapannya menukar haluan basikal tanpa memandang kiri dan kanan. Lelaki-lelaki yang melihat juga sependapat dengan aku.
Tiba -tiba budak lelaki itu berkata 'Awak tidak perlu minta maaf. Saya yang bersalah. Saya minta maaf'. Aduhaiii!! Tersentuh hati nurani aku. Budak lelaki cina itu amat berbudi bahasa. Walau lututnya cedera berdarah beliau mampu menuturkan kata-kata dengan sopan.
'Awak sekolah sini ya? Darjah berapa?' Aku bertanya.
'Enam'. Beliau menjawab.
'Esok saya jumpa awak okey. Rumah awak dekat sini? Jalan elok-elok. Pandang kiri dan kanan.'
'Terima kasih. Saya minta maaf'. Baik betul budi bahasa budak cina itu.
Alhamdulillah. Beliau hanya cedera ringan. Esok aku akan jumpa guru kelas dia. Syukur kami tidak apa-apa dan kereta aku hanya calar sedikit sahaja.
Nota kakitanganku : Aku akui kalau budak melayu yang terlibat peratus aku untuk di maki hamun adalah tinggi.