Monday, September 07, 2009

Akukah MakhLuk As|ng aTau MerekA?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 2:15 PM
Photobucket

Aku ke Klinik Kesihatan Ayer Molek untuk mendapatkan rawatan sakit perut. Ya. Aku akui ini pertama kali aku memakai penutup hidung dan mulut.

Jika sebelum ini aku akan memandang dua kali jika ada yang memakai. Kali ini, di klinik ini aku umpama makhluk asing yang menjadi tontonan orang.

Hari Isnin. Klinik memang penuh gila. Majoritinya ada dalam 50 orang. Cuba teka selain kakitangan klinik berapa orang yang memakai penutup mulut?

Ya!! Betul! Aku seorang!! Atuk-atuk, nenek-nenek, pakcik-pakcik, makcik-makcik, abang-abang, kakak-kakak dan adik-adik tiada seorang pun yang memakai!!

Jadi, jika kamu ke klinik yang sama pagi tadi, perempuan yang memakai penutup hidung itu adalah aku. Tiada duanya!!

Mereka bebas batuk dan bersin sesuka-hati tanpa memikirkan orang lain. Berkahak dan berdehem tanpa gusar sensitiviti orang lain. AKu fikirkan aku yang paling selamat kerana bertopeng. Tetapi silap. 1 orang bertopeng lawan dengan 50 orang yang tidak, siapa yang kamu rasakan akan menang?

Yup! Kita memang masih belum sedar. Aku juga. Hanya ke klinik menggunakannya. Jika ke pejabat atau tempat lain tidak. Penutup mulut dan hidung ini memang bersusun di dalam laci tetapi aku tidak memanfaatkannya.

Eh!! Eh! MA itu juga tidak memakainya. Bolehkah?

Berapa orang daripada kamu yang memakainya tidak kira tempat dan waktu? Sila angkat tangan.

Nota kakitanganku : MA yang memeriksa dari aku masuk sampai keluar hanya menulis sahaja di atas kertas tanpa memandang tepat dan bertanya serius kepada aku. Soalan hanya 4. Umur? Sakit apa? Kerja di mana? Muntah? Mungkin aku tidak cukup kacak bagi dia untuk bertanya dengan ramah. Terima kasih MA yang berkaca mata!!

43 kUs-kUs:

Beruwang on September 7, 2009 at 2:28 PM said...

yang pasti awak tak akan terkena virus H1N1.. yang lain tu dah lali dengan virus H1N1

Beruwang on September 7, 2009 at 2:33 PM said...

harap my twin cepat sembuh sakit erk
eh komen lagi

myQza on September 7, 2009 at 2:38 PM said...

ekekekkeke ber_uwang ... maceh!!

Karbon Kopie on September 7, 2009 at 2:44 PM said...

aku blom lg penah lg memakai topeng itu...teringin rasanya ingin memakai...tapi disini tiada seorang pon yg memakainya...semua tiada kesedaran...(xceli kat sini blom ade lg kes h1n1..tu skang aku gigih menternak si pink dikebun..huhuhuhu)

Ms.Lilies on September 7, 2009 at 2:52 PM said...

takpe...yg pasti ko amik langkah berjaga2 ok dah tu

wanita mutalib on September 7, 2009 at 2:55 PM said...

sama la..

gi klinik or hospital pun tadak sapa2 yang pakai..

camno orang lain nak sodar kalu pegawai kesihatan sendiri tak pakai..

halahai..

Solehah on September 7, 2009 at 3:01 PM said...

isk..insaf gak ni..tah napa segan sangat nak pakai mask..x suka org tgk2..hehehe..

Anonymous said...

err..sy xmo angkat tgn, tp sy mau angkat kaki..cabottt..(kalo nmpk org pkai mask, takott gilers.hoho..)

nj on September 7, 2009 at 3:36 PM said...

sitedi...
semoga cepat sembuh dan confirm tak ada penyakit lain sbb kamu sorang jer yg bertutup ye...

d0tbl0gsp0td0tk0m on September 7, 2009 at 3:56 PM said...

pakcik teringat cite lawak la...

seorang pesakit lelaki klr dari bilik doktor tanpa berbaju.. merunggut² kerana dia sakit perut kenapa kene tanggal baju..... lalu dia bertanya kepada seorang lagi pesakit lelaki yg juga tidak berbaju....

"kamu sakit apa?..

lelaki seorang lagi tu menjawab...

"aku datang nak cek meter letrik je.. tp doktor suruh buka baju....".....

kadang² doktor nih dah ada soklan prototype.. ntah le...

lagi satunye memang org kita nih kesedaran pakai mask tu kurang.. agaknye kalau le masa bersin tu nampak kuman.. mau nye deme nih menyorok.... huuhuhuh

sori la pjg sikit komen nye...

Amal on September 7, 2009 at 4:15 PM said...

ubat yg dia bg?
ubat demam, selsema, ubt batuk dan vitamin serta antibiotik..
=p

A C E on September 7, 2009 at 4:41 PM said...

hahaa,,,dasyhat gak,,, ari tu aku pergi hospital pantai,, nk masuk pun nk kena check tlinga,, ,risau lar cm2,, 1 vs 50,,,, 1 boleh menng,, kalau pkai 50 topeng,, hehe

a.z.r.i.n.a.03.07 on September 7, 2009 at 4:44 PM said...

stok dah abih...tak gi beli lagilar...

lupie on September 7, 2009 at 5:02 PM said...

Takpe, biar jadi alien tapi selamat!

Hope you feel better soon!

zhrhtoodem on September 7, 2009 at 5:36 PM said...

tape2. nnanti orang asyik tengok ko je. orang tengok ko bukan sebab ko pakai mask. sebab ko cantik .sila berpk begitu. hoohhoo

Unknown on September 7, 2009 at 6:21 PM said...

aku dah order mask khas bentuk doraemon kat depan..nanti kalu aku pakai, mesti org lagi pandang aku..glamer nye..hehehhehe

sharamli on September 7, 2009 at 7:43 PM said...

xbleh nak angkat tgn..

myQza on September 7, 2009 at 8:35 PM said...

mrsjugokyu : ko ternak si pink dalam kebun fesbuk ko ke..?
onk onk !!

myQza on September 7, 2009 at 8:35 PM said...

ms lilies : konon je lah aku ni.. g tempat lain x pakai lak..

myQza on September 7, 2009 at 8:40 PM said...

te : MA tu selamba jek.. ekekekeke

myQza on September 7, 2009 at 8:40 PM said...

betul tu solehah... walhal kita buat benda baik pun kita rasa serba salah..

myQza on September 7, 2009 at 8:41 PM said...

eh eh.. nape takutlak itafukada> ekekekekeke

myQza on September 7, 2009 at 8:41 PM said...

terima kasih ka NJ.. hari ini baru berjinak2 pakai. ekekekke

myQza on September 7, 2009 at 8:42 PM said...

ha ha ha,, pakcik dot. lawaklah cite tu. ekekekke

myQza on September 7, 2009 at 8:42 PM said...

ekekekkeke.. pandailah miss siv ni...

myQza on September 7, 2009 at 8:42 PM said...

ekekek ace ;; hospital pantai dia akan cop tgn kita...

myQza on September 7, 2009 at 8:43 PM said...

kakrina : baru sekarang dah senang sket dapat topeng ni... dulu punyalah payah

myQza on September 7, 2009 at 8:43 PM said...

TQ sis lupie...

myQza on September 7, 2009 at 8:44 PM said...

ceh zaradgreat... aku tak ensem.. aku sedau.. ekekekeke

myQza on September 7, 2009 at 8:44 PM said...

huh dak ashie... a'akan... betuk kartun2 lagi glam... ekkekekek

myQza on September 7, 2009 at 8:44 PM said...

angkat kaki sha... cabut!!! ekekekekke

[z@ck] on September 7, 2009 at 9:03 PM said...

aku jrang pakai..
huhuh..tapi bila aku rs cm berbahaya je duk dkt one place, cepat2 aku cover hidung dgn tudung..
dengn harapan dpt elak jugak..
even skit..
uhuhuhu

white rose on September 7, 2009 at 10:53 PM said...

aha...sy xpakey jugak...hehe...xpe, kak...kta dh usaha...jgn peduli ckp orglain...

myQza on September 7, 2009 at 11:09 PM said...

ekekke dylla.. org x ckp. cuma terasa..

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ on September 7, 2009 at 11:41 PM said...

aku tumpang terajang MA tu boleh?

imam on September 8, 2009 at 1:24 AM said...

bukan di klinik ayer molek jer ted..kat sepital pon sama..staff hospital plak tu yang tak pakai...

Unknown on September 8, 2009 at 6:37 AM said...

biarla mereka terjun bersama labu2 mereka... mungkin MA itu memerlukan seorang yg cun dan bukannya kacak untuk bertanya lebih2.. nape ko buat gaya kacak... lain kali buat gaya cun skit...dah tu kalo dia tnya lbih2 ko kata dia byk bertanya pulak..

Watierman on September 8, 2009 at 8:54 AM said...

Salam tedi...macam mana sakit perut tu...dah sihat ker???

myQza on September 8, 2009 at 1:33 PM said...

ekekekek zack.. pastikan tudung kau kalis kuman.. ekekeekke

myQza on September 8, 2009 at 1:34 PM said...

dak zara : sila.. alamatkan aku dah bagi. ekekekeke

myQza on September 8, 2009 at 1:34 PM said...

imam : sepatutnya derang lah kena tunjuk contoh yg baik..

myQza on September 8, 2009 at 1:34 PM said...

cahayachenta : ekekekkeke.. kurang2 tanyalah bebetul.. org lain puasa juga. ekekekeke

myQza on September 8, 2009 at 1:35 PM said...

ALhamdulillah kakwatie.. makan ubat kurang. hari ini ok..

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting