Ini rumah pusaka. Oleh kerana emak anak bongsu perempuan jadi rumah ini di wasiatkan kepada emak. Mungkin juga kerana hanya emak yang asyik merantau kerana bersuamikan seorang tentera. Rumah ini jadi milik emak. Kekal.
Arwah nenek sebelah emak meninggal dunia pada 2 hari sebelum Syawal di rumah ini.
Di semadikan di sini.
Semasa arwah Atuk sebelah emak meninggal di rumah Pak Lang di Lubuk China. Jenazah di bawa ke rumah ini. Di semadikan di sini.
Semasa Arwah Pak Lang juga meninggal dunia secara mengejut di Lubuk China. Jenazah juga di bawa ke sini. Di semadikan di sini.
Ketika Mak Long nazak juga di bawa ke sini. Meninggal dunia di sini. Di semadikan di sini.
Semasa anak Along yang berusia 6 bulan meninggal dunia dalam kandungan juga jenazahnya di uruskan di rumah ini. Di semadikan di sini.
Kami menjaga Atuk di sebelah ayah juga di rumah ini. Masih tidak dapat di lupa. Kami melepaskan Arwah Atuk untuk di jaga anak-anaknya di Kuala Lumpur dalam keadaan yang sihat. Yang boleh bercakap dan ketawa.
Tetapi 2 bulan kemudian di pulangkan kepada kami dalam keadaan yang kami tidak terfikir. Kurus. Semakin cengkung kerana hanya duduk di hospital. Merengek-rengek minta di bawa pulang ke rumah 'Abang Ngah'. Abah aku!
Pulang pada hari Rabu. Hari Jumaat malam terus kembali ke sisi-Nya. Aku tersenyum tanda redha sebabnya hajat terakhir dapat di tunaikan. Untuk kembali ke rumah ini. Walau ini bukan rumahnya. Bukan kampungnya. Dia tetap mahu ke sini. Nafas terakhir juga di sini.
Namun tidak di semadikan di sini. Aku kecewa tetapi akur. Di bawa pulang ke kampung halaman di Tanjung Bidara.
Rumah ini banyak suka dan duka. Rumah ini umpama syurga dunia.
Kamu juga pasti ada yang tidak di lupa tentang rumah yang di diami!
Nota kakitanganku : Rumah bukan sekadar tempat berlindung dari panas dan hujan!

36 kUs-kUs:
salam...al-fatihah buat semua yg pergi dalam rumah itu....
Salam & Alfatihah buat semua yang telah kembali ke sisinya...ya...rumah kuarters...Kelinik Desa Padang Ibu, Bukit Mertajam....rumah yg pernah Akak huni sampai berusia 13 tahun kemudian masuk asrama dan terus merantau sampai sekarang...rumah tu memori tersendiri..walaupun cuma kuarters..& sekarang dah dirobohkan..huhuhu!
Al-Fatihah~
rumah tempat kasih sayang dan cinta mula bercambah~
Bannyak kenangan bersemadi di rumah itu..nowonder la awak akan suka rumah awk itu kan..
al-fatihah bagi mereka yg telah pergi..
sebuah rumah yang banyak kenangan...
wajarla sitedi menyayangi umah itu.
err..wa nak melawat rumah lu bulih?
huhuhu
al-fatihah.
rumah itu syurgaku.
:)
banyak betul rumah tu berbakti...menumpangkan sebentar org2 yg menuju ke alam lain...
al fatihah buat semua yg dah pergi
rumah ku syurga ku.. biar le rumah kecil... tapi gumbiera....
kecil2 rumah pun..sendiri punya...
bersyukur la dengan tmpt tinggal kita..huhuhu
asalkan rumah sendiri, kecil atau besar, baru atau lama, buruk atau cantik, tetap tersimpan memori yang tersendiri.. x gitu cik tedi? hehe..
banyak kenangan..
lepas ko kawin nanti, ko ddk la kat rumah tu.. :)
banyak nostalgia rumah ko tukan...
kenapa aku suka rumah aku???
aku suka sebab rumah aku ada hantu...
hihihiiii...
nak pindah rumah sendiri..
dihalau2 asyik balik semula..
geram tau...
kenapa saya suka rumah saya?
sebab dia best..
hehe, cam iklan merdeka plak.
1001 kenangan yang ada kat rumah tu kan?
semoga roh saudara2 mu yg telah pergi dicucuri rahmat. Amin..
rumah menyimpan 1oo1 kenangan...
wal0pun xbesar mcm rumah 0rg laen...
rumah menyimpan 1oo1 kenangan...
wal0pun xbesar mcm rumah 0rg laen...
Alfatihah buat yang dah tiada...
bersyukur dengan apa yang kita ada..
TQ alimaz... mmg penuh bermakna rumah aku ni
kakwatie : quarters lama yang tinggi sikit tu ek? banyak nostalgianya kan?
betul dak zara: bila sudah bercambah untuk layu tidak mungkin rasanya!
terima kasih solehah..
betul tu asilah. rumah pusaka memang banyak ceritanya
liliyuli : sekarang rumah aku sudah jadi rumah biasa. Buka lagi rumah Tradidional Melaka macam dulu. :(
yup farah! sturga atau neraka. itu tetap rumah kita!
betul ms lilies. Besar jasanya sebagai rumah pusaka!!
betul tu pakcik. aku setuju. ebsar atau kecil perkara kedua. asalkan kita seronok dan bahagia mendiaminya
betul tu F. AMinurrashidd
alahai tinie.. aku bukan anak perempuan bongsu :)
erk! seriuske hasni.. bia betik!!
terima kasih nurul izzah.. :) itu sebahagian dr sumbangan rumah ini
betul tu sha. lebih elok rumah sendiri
betul tu kakrina : bersyukur dengan apa yg kita ada
salam & al-fatihah..
sesungguhnya, setiap rumah yg didiami itu ade memori suka duka yg tersendiri..
benar2.. berpusaka..
al-fatihah buat yang telah tiada..
betul tu cik sue!!
farihin. banyak jasanya rumah ini!
kawan aku duk lubuk chine duh..
hahaha
kalau aku beraya umah die, aku singgah umah ko sekali tau nty!
=)
Post a Comment