Yup! Menyampah dan meluat!! Sungguh keji aku ini. Tetapi perasaan aku. Aku jujur dengan perasaan sendiri. Walau suatu ketika dulu mereka pernah baik dan rapat dengan aku tetapi sekarang sudah berubah mengikut peredaran masa dan status. Aku tidak kata aku baik. Tetapi aku cuba yang terbaik. Sayangnya percubaan itu hanya tinggal percubaan.
Usaha aku bertanya khabar melalui telefon dan SMS sia-sia sahaja. Sekali dua mungkin tidak mengapa. Tetapi kalau hanya kita yang bersungguh-sungguh macam hidung tak mancung pipi tersorong-sorong pun tidak guna juga.
Kalau ingin minta tolong cepat sahaja sudah terpacul di pintu pejabat atau rumah. Selepas itu lesap!! Alahai manusia yang pernah aku gelar SAHABAT!
Tetapi bila Hari Raya mulalah semula. SMS dan telefon berkali-kali ingin datang ke rumah.
Okey! Aku tidaklah sekeji mana untuk menghalang.
Apa motifnya pula menjatuhkan airmuka aku di hadapan tetamu yang lain ?
'Akak bolehlah cuti lama, kerja kerani je. Kita ni tak boleh lama-lama. Nanti tak de orang nak pantau orang bawahan kerja.' Kakitangan kerajaan yang bergred tinggi dan baru kerja 2 bulan.
'Akak nak duduk situ je ke? Kalau sambung belajar dari dulu dah jadi macam kitorang ni hah.'
Okey!! Kamu hanya ada diploma!!
Dan soalan wajib....
'Bila nak kahwin kak? Tengok kitorang anak dah berderet. Nak tunggu nasi minyak akak tak dapat-dapat lagi! Lambat sangat!'
Okey juga! Baik!! Kamu berkahwin ketika masih belajar dan di awal pertunangan asyik menelefon kerana tunang kamu ada perempuan lain.
Aku jawab beberapa soalan pedas beliau dengan gelengan kepala dan senyuman sinis. Aku kalau jawab takut beliau tidak sanggup mendengar.
Sebab itu aku sudah malas untuk mengambil tahu perihal kawan-kawan yang jenis muncul setahun sekali dan terpacul ketika susah.
Nota kakitanganku : Masing-masing ada rezeki masing-masing. Usah pertikaikan.
67 kUs-kUs:
ted| ~
kiter pun cukup menyampah kengkawan yang macam tuh..
pun juga ada kengkawan camtuh..
jenis suka merendah2kan orang lain..
tak paham..
apa la yang diorang dapat bila sakitkan hati orang gituh..
Betul tu tedi..bab kawan macam tu, aku rasa majoriti kita selalu jumpa..terpulanglah pada mereka nak bersikap begitu sampai brapa lama pun..aku juga mudah tawar hati, tapi mudah pula dipujuk..
kalu aien mmg dh tensyen dh.. lbih baik xjmpe dowg je..senang..huhu
berlagakya 'sahabat2' mcm tu
aku 1st!!! ahaks.. cewah2.. nak mai raya ke nak mai tnjuk riak tu.. biasa la tedi dah sebulan dok tahan nak buat dosa kering, dah lepas bulan posa, erderu2 idea datang nak cari dosa.. ahaks...
baru diploma dah nak gebang 1 dunia.. hekeleh.. berlambak lagi yg ada phd nun, takda nak gebang2 pon... apa daaa manusia spesis begini...
cittt.. aku ingatkn aku yg 1st komen.. ahaks.. sekali hntr rupannya dh dok tangga ke 5 pon..
biasala tedi...member lama2 nak jumpa...tapi time tanya soklan macam tu memang patut pun kalau nak lesing kepla lutut diorang...hahaha
lps spm...jiran tanya... x sambung belajar?...
dah grad... jiran tanya... x keje lagi....?
dah keje...jiran tanya..tak beli kete?>
dah beli kete...jiran tanya... tak beli rumah....
dah beli rumah... jiran tanya.... bila nak kawen...
dah kawen...jiran tanya....bila nak ada anak?..
ada anak sorang....jiran tanya...bila nak tambah anak....
bila anak plak dah besar..jiran tanya..bila nak bermenantu...
bila bermenantu..jiran tanya...bila nak berucu...
ada cucu sorang..jiran tanya... bila nak tambah cucu....
gitu la kalau ada org yang "TERLALU PERIHATIN".....
kita tak ganggu org pun... ada gak yang dengki kat kita.... sungguh tak paham....
amboi komen pokcik.. jelas & kelas...
ehh dun worry dear.. kat sini ramai kawan yg akn menyapa & bertandang setiap kali ada en3 baru...
hehehe..
alah tedi, ara pon sokmo dapat kawan mcm tu...apa yg Ara buat???
lantak ko lah, nak kerja bagus ke, nak berlaki ker, nak beli kete baru ker, nak beli rumah banglo ker, ada aku kesah???!
orang mcm ni biarkan ajer....baik kita berkawan dgn blogger yang sentiasa datang bertamu, wpun tak kenal, at least ikhlas....
bukannya datang bila nak perlukan apa2 atau bila dah tak de tempat nak pegi. Tedi, bo layan lah org mcm tu...mcm ara kan, rela tak berkawan....
tak usah di layan buat lagi menyampah ada la
knapela ada org camtue..
yang tak gheti nak jaga perasaan orang lain..
yang xtau hukum karma manusia..
yang mane dikenakan ke atas orang lain, kemungkinan besar akan terkena kat diri die balik..
setinggi mane pun gred die, kalau xtau jaga hati budi orang lain..xde kemananya die tue..
omak aiii...kemain soklan...
sok2 Tuhan tarik semua sekali nikmat tu baru tau...
sahabat camni aku juga baru terkena...sob sob
ted|::
i felt da same too~
huhuh
takpe!
sabor je dgn orang berperangai seperti kuman h1n1 ini..
aku pun menyampah jugak!
sumpah diorg annoying!
Salam Tedi..
selamat hari raya maaf zahir & batin..
spesis kwn mcm ni mmg tak leh pakai punya..mmg sbg manusia biasa kita akan tetap tersinggung & terasa hati & sbg hamba Allah, kita doakan sahaja mereka berubah...
Salam tedi...sabar banyak2 Dik...banyakkan beristigfar....jangan cacatkan keindahan syawal dengan kunjungan species manusia sebegitu...doakan aje moga Allah beri petunjuk buat mereka...insyaallah yang terbaik dari Allah menjadi ganjaran buat kita dikemudian hari...yang tak eloknya pastinya dari diri kita sendiri....Moga Syawal ini lebih indah kalau akak yg jadi pengunjung ke banglo Dak Utih & dak Itam...huhuhu..Tedi tak jemput pun!!!
sabor jela...
org akan selalu berkata...
cuma mampu sabar dan jgn endahkan diorang...
alah kak tedi>>>
lompang je mulut2 kijam dorg tuh..
bajet bagos sgt kerh dpt diploma n keje hebat dari orang???
lain kali toksah layan..!
tutp pintu umah n stapler jerk mulut dorg kalo dorg datang umah akak...
erggghhhhhhhhhh
ah..satu lagik..kalu kwn setahun sekali baru nampak muke, datang beraya umah kite pahtu nak buat bisnes suh daftar jadik ahli...ah, org cengini memang kene ngan aku..x kire ah member pong..aku akan sound..dahlah setahun sekali nak jupe pong payah, kalu nepon je, mesti nak tanya 'bile ko nak masuk ahli?'..camginilah yg jadik putus sahabat..dan kurang kunjung mengunjung(sebab takut kene pujuk lagi...dah kata xnak tuh, xnaklah..ahah)
member aku yg dtg..kalu yg rapat sgt ngan aku..xpelah kalu nak tanya pasal kawen ke, pasal ape2 ke..aku jawab ikhlas...tp kalu yg x penah nak muncul, pahtu baru muncul..aku memang hangin...wachaaaa...
hah..satu lagik...datang nak tunjuk riak tuh, hengat dier tuh dah besar sgt dah tuh..hengatlah, walau sehebat mana pong kite, ader lagi org yang paling hebat..
huh..manyak plak aku komen ari nih..ahahhaa..
bagus bg hidangan masak lemak cili api paling bnyk cili..mau berasap telinga die org tu..
klu sara pun menympah gak..
te : a'a kan. masa dia cakap tu dia x fikir ke perasaan org lain. mmg dah dasar mulut becok kot!!
solehah : aku pula akan ingat sampai mati :)
aien : hari rayakan.. org nak dtg umah takkan nak halang lak!!
FCC : mungkin mereka rasa mereka yg terbaik!!
ha ha ha CC : sabau je lah.. cuba di lain kali. ekekekeke..
betul tu.. anak sedara aku doktor di luar negara suami isteri. Tapi datang rumah aku si isteri x kekok basuh pinggan mangkuk dan duduk bersila ramai2.
hencek nakamura : dah balik ke? ekekekeke.. alahai.. kadang2 rasa mmg nak lesing.. pk2 balik. bulan2 baik ni kan.. wat tak tau je lah..
huh pakcik.. komen yg terkena pd batang hidung org yg suka jaga tepi kain org lain... mmg x paham manusia macam ni.
kuina : terima kasih. InsyaAllah. kawan2 yg x nampak muka di sini lebih menyenangkan hati.
betul tu arapink. aku mmg dah tak de kawan baik di dunia luar. sbb kita nak berkawan org dah menyombong.
kat sini lagi rasa happy. walau tak kenal wajah dan fizikal segala. tapi ttp boleh berkongsi apa2.
mamai : kalau dah bertenggek dtg rumah. nak x nak layanlah jugak!!
sueanne : dia baru dapat kerja tu. sebelum tu nak g interview siap tanya soalan2 yg di tanya. ekekekeke.. pastu dah dapat keje senyap jek. Kuasa Allah bertembung kat opis dia..
takut sangat kita nak minta belanja
ms lilies : mungkin hari ini Allah bag sedikti kesenangan pd dia. dia terus lupa macam mana disa susah dulu sampai sanggup jual kereta segala.
miss siv : mmg nak iggy je org macam ni. tapi bila teringat balik.. masyaAllah. sakitnya hati!!
kak ita : selamat hari raya kak.
Betul tu. Kita hanya manusia. Biar Allah yg beri dia kesedaran.
ekekekeke kakwatie : x jemput ek? segan nak jemput kawan2 kak.. rumah i tecik jek. ekekekeke...
InsyaAllah kak. Kadang2 terasa gak tp fikir2 bali, Rezeki jodoh pertemuan ajal dan maut. Allah yang berkuasa. :)
Quenn : kalau org lain mungkin x terasa sgt. Ini kawan yg pernah tdo sebilik dan sebantal. makan berkongsi segala..
ekekeek RQ : lo kejam sampai nak tutuppintu.. ekekekeke.. org nak datangkan.. x sangka lak dia datang bawa bala.. ha ha ha ha
ekekekeke dak ashie.. betul tu dak ashie.. kawan yg jenis setahun sekali muncul mmg ada.. macam jiran sebelah umah aku. buat bisnes zhulian. hari biasa mmg susah nak nampak.
hari raya dtg sekeluarga suruh masuk jd ahli. ekekekeke
ekekekeke sara ; baguslah idea tu. adeh.. len kali leh cuba... ha ha ha..
ekekek cik epal.. eppy cam cik epal. putus cinat pun cool jek. ekekekeke
ted, ko ni kira baik la ted..klu aku, dah lama aku halau dia balik. serius.. ..ape guna dia datang raya tapi menyakitkan ati.. elok balik je..jgn jumpa lagi.. geram plak aku..
ted, ko ni kira baik la ted..klu aku, dah lama aku halau dia balik. serius.. ..ape guna dia datang raya tapi menyakitkan ati.. elok balik je..jgn jumpa lagi.. geram plak aku..
ha ha ha. Mrs giggle : nampak ko marah ni. sampai 2 kali ko posting. ekekekekeke..
aku kenangkan aku dgn dia mmg ngam ho lah sebelum ni x sampai hati nak halau.
aku harap2 bila aku buat muka kelat dan senyum sinis dia kaan faham. ekekekekek
Eloklah mana2 syarikat insuran dtg jumpa dak itu....jual insuran mulut..hihi.
Itulah kesannya bila ego menguasai diri. Kdg2 lebih sudu dari kuah!
berlagaknya kwn tedi tu..xelok ckp mc tu..nk gurau pun agak2lah kan....nk kata rapat, dah xrapatkan gurau pun kenelah matang sikitkan..sabarlah tedi..tedi ni jenis penyabar lah..dah jgn kwn nagn dia lag yer...sy kan ada..:)
1001 macam ragam manusia
jgn layan kawan mcm tu...
cilaka la mulut pompuan2 tu...
klu aku kat tempat ko tedi...
dah lame aku hidang air bancuh ngan garam....
ekekekeke cikgu asyiq.. betul gak tu. he he he..
Manusia mudah lupa :)
ekekek hanim. betul tu. kawan2 maya ni lebih seronok . buka lupa kawan tp kalau kawan2 macam tu mmg menyakitkan hati jek..
amalhaj : yup! lain orang lain ragamnya.. :)
liliyuli : kawan baik .. sahabat baik. tapi oelh kerana sudah ada kedudukan sedikit.. hilang semua.
aceh : dia kawan baik aku. yg jumpa setahun sekali. tak terfikir pun manusia ni akan cepat berubah sehingga lupa masa sama2 bergelak ketawa!
salam sabaq jer la cik tedi oi..dasar org mulut busuk...kalau saya mmg dah tak layan buang masa....saya dulu tak kerja jugak selalu sepupu sepapat ni dok mai umah buat belagak...tanya macam2...eh hg bila nak kerja...hg kerja pa ...eeee.geram tul ..dia tak inagt masa dia nak belajaq dulu sapa yg amik borang bg kat dia....bg free lagi tu....benci tul manusia mcm tu mudah lupa...
serius aku menyamfah ngan orang macam nih..lead penah kena ayat2 pedas dan kejammmm mcm nih...
one word...SABAR..
wow.. have to scroll down so many komen laa.. 55.. aku jugak yg terlambat.. huwaa..
ok tu je nk komen.. hehehe...
kekawang raya ni memang mcm tu.. lain kali kalau tahu mereka nak datang air sirap tu letak julap . bagi mereka balik cepat sebab sakit perut...ahaaks
jahat kan candangan aku
setiap orang..Allah SWT dah tentukan jodoh dan rezeki masing2....
diorang tu....tak usah lah nak pertikai kan kehidupan orang lain.....
'Bila nak kahwin kak? ----- soalan yg paling kurang enak nak di dengar.......
alimaz : manusia mudah lupa.
lead: memang sabar lead. kalau tidak mmg dah aku halaukan anak beranak tu balik!
terima kasihlah dak ayus.. atas komen mu itu. ekekekekekke
Ya Allah my twin... semoga kamu insaf.. ha ha ha
sobbs
aku pon ada kawan cam tu tediii
hukkk sabo je la kan..
kadang2 nak gak sound..
tp kita still nak jaga ati dowang...
ati kite lak sapa nak jaga kan kan kan???????????
huhh..harus besabor je dgn orang gitu..
kang nangeh lak kalo dijawab kamoo haha...
ekekekekekek imheppie.. aku kalau cakap boleh tahan pedasnya. ekekekeke
ngok ngek nye kawan...hahaha...besa laa kak...konon le 2 dorg perfect dlm kehidupan...
entahlah dylla. memang terasa betul..
Post a Comment