Tuesday, September 08, 2009

Eh Eh!! Anak C|kgu PatuT DapaT 5A!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 9:21 AM
Ini kisah semasa aku di sekolah lama. Ini cerita saja suka-suka sempena UPSR hari ini. Tidak berniat untuk menyinggung hati sesiapa.
Di sekolah lama dahulu ada seorang cikgu perempuan yang aku tidak berapa berkenan untuk berurusan. Tahap 'keloratannya' berada di paras maksimum. Cuma mahu sempurna dan cepat. Sempurna itu aku boleh terima lagi tapi semua kerja nak cepat. Dia ingat aku tiada kerja lain agaknya asyik mahu layan dia sahaja.
Ceritanya begini. Hari tersebut merupakan hari keputusan UPSR keluar. Maka kami yang tahu ada kalangan anak-anak cikgu yang dapat 5A kami ucapkan tahniah. Ramai jugalah masa itu.
Tersenyum lebar masing-masing. Ada juga yang anak mereka merupakan Pelajar Terbaik Negeri.
Cikgu yang lorat ini pun anak dia ambil UPSR juga. Dan aku terima perkhabaran anak beliau juga mendapat 5A!! Wow!!
Tetapi masa aku ucapkan tahniah. Muka dia masam mencuka dan semacam bengang sahaja. AKu jadi keliru. Aku silap cakapkah? Cikgu itu terus berlalu tanpa senyuman.
Tiba-tiba seorang staf lain yang dengar aku ucap tahniah menepuk bahu aku sambil berkata.
'Gila ke kau cakap tahniah'
'Kenapa?'
'Anak dia 5E bukan 5A!!!'
Ya Allah aku salah dengar. Patutlah reaksi dia begitu!!
Ha ha ha...
Nota kakitanganku : Lain kali dengar betul-betul sebelum buat apa-apa.

48 kUs-kUs:

KiFli MaLLy on September 8, 2009 at 10:20 AM said...

isk2....takpe la kak mmg certain2 orang mahukan yang terbaik dalam hidup masing2....kesian kat cikgu tu....

Solehah on September 8, 2009 at 10:40 AM said...

isk..gerunnya situasi tu..tapi tu la kan, mana ada benda yang 100 percent sempurna..suruh cikgu tu muhasabah balik..

asilahmuhajer on September 8, 2009 at 11:09 AM said...

nak salahkan emak pun takleh. nak salahkan anak pun tak boleh.

takdir Allah..

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ on September 8, 2009 at 11:11 AM said...

aiyork~

nasib baik tak kena pang~

huhuhu~

azianierdawati on September 8, 2009 at 11:15 AM said...

hahaha pe ni ted..

lawak btl

hai ted, sorry lm x comment..

bz sokmo

leadleedeea on September 8, 2009 at 11:31 AM said...

nak sempurna tapi anak dia? hurmmm.....manusia ni mcm2..

sueanne on September 8, 2009 at 11:35 AM said...

hahah..kamu ni ted..
lain kali dengar betul2x..hihihih.

sharamli on September 8, 2009 at 11:45 AM said...

sian cekgu tu...kecik ati dy..hu3

Liliyuli on September 8, 2009 at 11:54 AM said...

hahaha!
tu la dia..nak sempurna n cepat pasal org lain..
anak sendiri entah ke mana..hahaha

F.Aminurrashidd on September 8, 2009 at 11:57 AM said...

huhuhu.. anak cikgu dapat 5E? memang tak mustahil.. hehehe bagi aku, anak cikgu x semestinya dapat 5A.. cukuplah sekadar mendapat result setimpal dengan usaha sendiri.. sapa yang usaha lebeh, maka dapat lebeh.. Tuhan kan Maha Adil =)

Watierman on September 8, 2009 at 12:20 PM said...

Salam Tedi...memang normal saying lah tu.."Anak Cikgu....patutlah dapat 5A!"..negri mana pun cam tu...but 5E from anak seorang guru...jarang dengar ni...biarlah cikgu tu...dgn peel dia...tapi dia tahu tak Tedi salah dengar tentang result tu...moral of the story...look before you leap!

zhrhtoodem on September 8, 2009 at 12:25 PM said...

pergh.mmg makan dalam lah dia ko ckp tahniah weh

Nakamura Kazuki on September 8, 2009 at 12:33 PM said...

hari ni adik ambe amik UPSR Tedi..ambe faham akan tahap pencapaian adik ambe...dia pun agak keterbelakang...tapi takpe kalau dia mampu dapat result yang lebih baik drpd trial..alhamdulillah...

Unknown on September 8, 2009 at 12:48 PM said...

seb bek ko tak kene pang!hhehe..

...5E?walaaaa..mesti anak dier ngan mak berlagak kat skolah nih..pahtu xde org nak layan...(nauzubillah...jahat ye mulut aku)

Softtouch [Hanim] on September 8, 2009 at 1:21 PM said...

mesti sentap cikgu tu tedi...ala tyedi bkn sengaja kan..cume tersalah info jer...

hysman on September 8, 2009 at 1:27 PM said...

hahaha..kamu nih naseb baek tangan beliau tak menjengah ke muka kamu..
klu tidak maunya berbirat raut wajahmu..
tp itulah masalahnya,klu manusia nk kn yg sempurna suma pd org tak kena yg die je yg betul tp las2 tak terduduk pon masih nk hidung tinggi gak..
apa salahnya ckp bebaik..itukan dugaan dan suratan..trima saje laa..
haiyaa...
hehe..

*gwe suka situasi kamu wish luck kat beliau..klu ade kamera mau rekod..hahaa

Beruwang on September 8, 2009 at 1:37 PM said...

he he he my twin ,nasib tak kena fire masa tu....

Ms.Lilies on September 8, 2009 at 1:51 PM said...

huhu....sib baik dia x bg sedas dua kat ko...

aku pernah gak kena..masa jd gstt aku pi ucap congrats kat sorg cikgu yg anak dia spm...rupanya result anak dia hujung2 je..padanla masam je pandang aku...aku salah dgr rupanya ehehehehe

mamai on September 8, 2009 at 2:04 PM said...

mesti ker anak cikgu smuaya pandai-pandai

[z@ck] on September 8, 2009 at 3:45 PM said...

adik UPSR hari ni..
tp terlupa nak wish gud luck..
uhuhuhu

a.z.r.i.n.a.03.07 on September 8, 2009 at 4:00 PM said...

nasib baik tak kena laser ngan cikgu tuh....

pelik gak kann...besanya anak2 cikgu niy manjang score jerr...

Amal on September 8, 2009 at 6:51 PM said...

gile kentang!
kalo aku menangis melutut mintak mahap weh..
=D

cik bunga on September 8, 2009 at 6:54 PM said...

aku ank ckgu tp x pandai pon..

myQza on September 8, 2009 at 7:36 PM said...

qief : cikgu tu selalu kondemkan kerja orang lain...

myQza on September 8, 2009 at 7:36 PM said...

solehah : ini cikgu jenis dia saja yg betul..

myQza on September 8, 2009 at 7:36 PM said...

asilah : sudah takdirnya begitu..

myQza on September 8, 2009 at 7:37 PM said...

dak zara : sebesar2 aku kalau kena lempang dgn dia sure tercampak. sebab dia lebih besar.. ekekekeke

myQza on September 8, 2009 at 7:37 PM said...

anis . samalah kita anis. maap yek..

myQza on September 8, 2009 at 7:37 PM said...

macam2 ada lead... eekekekkeke

myQza on September 8, 2009 at 7:38 PM said...

sueanne : aku sure anak cikgu tu dapat 5A.. terlalu kondipen aku ni...

myQza on September 8, 2009 at 7:38 PM said...

sha : xde maknenye.. ekekekek

myQza on September 8, 2009 at 7:38 PM said...

ekekkee liliyuli... sudah suratan...

myQza on September 8, 2009 at 7:39 PM said...

aminurrashidd. : pada mind aku anak cikgu mesti sepandai mak ayah mereka :)

myQza on September 8, 2009 at 7:40 PM said...

ekekekek kakwatie.. masa tu baru masuk keje... konon sopanlah nak wish..s ekali silap da...

myQza on September 8, 2009 at 7:40 PM said...

zaradgreat.. dalam bebenor makannya tu..

myQza on September 8, 2009 at 7:41 PM said...

hencek nakamura : bab2 ini kita x boleh push sangat derang. nanti tekanan. setelah berusaha terimalah apa adanya result itu

myQza on September 8, 2009 at 7:41 PM said...

dak ashie : astagfirullah al azim..

myQza on September 8, 2009 at 7:41 PM said...

ekekekkek hanim.. sentap lah tu sampai tarik muka 14 .. ekekekekke

myQza on September 8, 2009 at 7:42 PM said...

hysman : manyaklah kamu... kalau ada video lg best.. ada dengo suara...

myQza on September 8, 2009 at 7:43 PM said...

ber_uwang.. kalau kena fire.. aku fire die balik. ekekekekke

myQza on September 8, 2009 at 7:43 PM said...

ms lilies.. kita ni sebenarnya nak amek bahasa je kan.. tapi silap target. ekekekekkeek

myQza on September 8, 2009 at 7:43 PM said...

mamai.. tidak semestinya.. tapi kebiasaan..

myQza on September 8, 2009 at 7:44 PM said...

ekekekek zack!! harap jgn lupa. cepat atau lambat :)

myQza on September 8, 2009 at 7:44 PM said...

tul tu kakrina..

myQza on September 8, 2009 at 7:44 PM said...

ekekekke emiss siv.. x de maknenye.. buat sakit lutut aku jek.. ekekekekek

myQza on September 8, 2009 at 7:45 PM said...

ye ke x pandai niena... ekekekek

white rose on September 9, 2009 at 7:30 AM said...

suma ni adalah Kehendak Allah...redha n sabar...truskan usaha lgi...jgn mgalah...

myQza on September 9, 2009 at 12:35 PM said...

dylla.. ibu bapa seharusnya memberi kata2 dorongan...

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting