Saturday, September 12, 2009

B|La 'KanaK-KanaK' BerPuasa!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:10 PM
Dalam pukul 11.30 pagi dengan gagahnya aku, emak dan adik ingin berhoye-hoye membeli beberapa barang dan keperluan Hari Raya.

Jika di Melaka tempat yang menjadi tumpuan di beri nama Kampung Jawa. Jangan di tanya mengapa namanya begitu. Aku tidak tahu. Mungkin orang Jawa yang mula-mula berniaga di situ.


Photobucket

Cuaca adalah amat panas terik. Meletakkan kereta di tempat yang jauh kerana kesesakan begitu ketara sekali. Apek yang menjaga tempat letak kereta di tanya dengan kuat 'Apek, berapa ringgit?' Jawabnya. 'Tiga' 'Mahal Oooo!!!' Dia tersengeh. 'Ada resit tidak?' Aku bertanya. 'Mahu?' 'Gurau saja'. Aku menjawab. Boleh pula aku bergurau senda dengan apek itu bawah terik matahari.

Photobucket

Pintu masuk.

Photobucket

Masuk ke kawasan deretan kedai adalah sesak dan panas. Berlaga-laga bahu dan sesekali punggung. Kurus pahala puasa sedikit. Mencari baju kegemaran abah memang payah. Tiada kedai yang menjualnya. Kalau ada tangan pula tiada bercekak. Kalau bercekak pula, kainnya bukan main glamour lagi. Macam-macam. Baju ala-ala Raihan kata peniaga itu memang susah mahu dapat. Maka berpeluh-peluhlah kami menempuh onak dan duri semata-mata untuk mencari baju raya abah sahaja. Ekekekek..

Photobucket

Akhirnya jumpa di kedai ini. Alhamdulillah. Walaupun warna sedikit lebih kurang sama sahaja. Tidak mengapa asalkan ada.

Balik singgah sebentar di Jakel untuk membeli langsir yang jarang. Alahai... kan ada langsir untuk siang dan malam. Aku beli yang siang punya menggantikan yang lama. Ekekekeke..

Selepas itu singgah lagi di Family Store Duyung membeli sedikit barang untuk membuat kuih. Tapi yang kelakarnya, madu di beli tetapi Cornflakesnya tidak, badamnya ada tepung pula lupa. Semua itu sebab penat punya pasal.

Sampai rumah pukul 3.00 petang.

'Emak! Hauslah. Penat!!'
'Kau jangan nak mengada-ngada. Tidur!!'

Selepas mandi dan sembahyang aku pengsan sehingga pukul 5.00 petang!!
Macam budak-budak da.....

Nota kakitanganku : Harap-haraplah puasa penuh tahun ini!! La la la....

35 kUs-kUs:

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) on September 12, 2009 at 9:04 PM said...

yeahhh....first bagi komenn

hikhik..
memang susah nak cari baju ala2 raihan.
nur cari kat anak buah pun agak2 penat meronda ke sana sini..
last2 beli kain buat..
mujur ada tailor yg sanggup amik saat akhir..
huhu.. kalo tak, mahu mencuka budak itu di pagi raya

Tengku Speki on September 12, 2009 at 9:10 PM said...

wah... dah mula soping raye ehh..
:) hati2 berbelanja...

leadleedeea on September 12, 2009 at 9:16 PM said...

kg jawa? tatau laaaa...kampung my hubby kat pernu..tau? dekat or jauh yek?

Amal on September 12, 2009 at 9:21 PM said...

bunyik mcm ko belum ponteng lagi jep..
mane aci!!
=p

myQza on September 12, 2009 at 9:24 PM said...

betullah nur.. baju yang berbutang sampai bawah dan tangan bercekak.. adeh... separuh nafas cari x jumpa..
abah aku suka pakai baju tu selain macam kurta yang labuh tu.. itu baju untuk hari-hari.

kalau sembahyang raya pakai jubah n serban :))

myQza on September 12, 2009 at 9:24 PM said...

prokusut... ekekekke.. mmg hati2....

myQza on September 12, 2009 at 9:26 PM said...

lead.. kg jawa dekat dengan jalan hang tuah atau depan cathay lama.

kalau tanya suami mesti dia tahu..


dari pernu ke sana dalam 10-13km jek...

myQza on September 12, 2009 at 9:26 PM said...

well miss siv.. ekekekkeke

ONE ZABA on September 12, 2009 at 9:28 PM said...

bebudak pong tak teruk gitu posenya...

myQza on September 12, 2009 at 9:34 PM said...

itulah onezaba.. lagi dekat nak penghujung lagi mengada2 pula...

imHepPie on September 12, 2009 at 9:43 PM said...

brlaga punggung???

huhh batal posa...

sharamli on September 12, 2009 at 9:50 PM said...

xaci....mintak2 xleh p0sa pen0h...ha3

Unknown on September 12, 2009 at 9:56 PM said...

oh lala ..sudah shopping raya..ambe tgk ah, 2 3 ari lagik..hehe

Solehah on September 12, 2009 at 10:00 PM said...

kenapakah aku tak sekuat cik tedi boleh bershopping..sejam saja di tempat orang ramai, mood negatif dah merasuk..huhu..

niesz on September 12, 2009 at 10:01 PM said...

huhu..dulu time bln pose darjah 1 slalu g kantin..li air..
akak pon join skali..
hihi..nakal sungguh!

myQza on September 12, 2009 at 10:54 PM said...

imheppie : tanpa di sengajakan..

myQza on September 12, 2009 at 10:54 PM said...

ekekekke sha : dengkilah tu :P

myQza on September 12, 2009 at 10:55 PM said...

ekekkeke dak ashie.. shopping kecil2an..

myQza on September 12, 2009 at 10:55 PM said...

ekekekke solehah.. aku pun kuatkan hati jek. ekekekkeke

myQza on September 12, 2009 at 10:55 PM said...

niesz : darjah 1 je ke? darjah 2..3..4.. dan seterusnya? ekkekekeke

KINAS on September 12, 2009 at 11:30 PM said...

Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin.

Pandu cermat, jiwa selamat, save minyak

azianierdawati on September 12, 2009 at 11:34 PM said...

selamat hari raya ted ....

anis x bl pepe bj, suma utk naily j....

DramaQueen on September 12, 2009 at 11:57 PM said...

ted, hari ni aku berkemas.. letih gila.. haus.. mr giggle kerja.. so aku sms beliaw.. "nak minum bleh? haus..letih ni" beliaw jawab... "minum la klu nak kene sembelih.." wakakakaka.. ujung2...ayat beliaw.."macam budak2..pdahal dah mak budak pun!" ekekeke

panas giler.. klu dapat air soya taruk ais..kan sedap..ekeke.. tapi skang aku minum neskepe panas.. slurrpp..

MyaFiza on September 13, 2009 at 12:12 AM said...

waaahhh...
dh shopping raya...
bila agknye nk pegi shopping ni...aduiii...bajet x de maaa...
hehehe...

Faarihin on September 13, 2009 at 12:29 AM said...

hahaha.. cam sy gak.. bile dah penat suka report kat mak,.. tapi bile mengenangkan pose ni.. rugilah dok ponteng2.. huhuhu.. (^__^)


p/s: errr.. camne yer cik tedi leh trus teka tentang makcik saya tu? ada apa2 instinct ke? hehehe..

Unknown on September 13, 2009 at 12:33 AM said...

well, aku pun tak tau kenapa baju aku tu mndapat sambutan yg luar biasa.. ahaks.. perasan sudah.. udahnya, nama sama kan...

ko buat bskut apa tu tedi?? boleh caya ke ni??

myQza on September 13, 2009 at 1:05 AM said...

Terima kasih JASA

myQza on September 13, 2009 at 1:06 AM said...

anis : anak2 lagi seronok beraya.. semua mahu yg baru... ekekkeekke

myQza on September 13, 2009 at 1:06 AM said...

ekekkekeke mrs giggle : bila mlam rasa nak minum banyak2 simpan sampai siang esok. ha ha ha

myQza on September 13, 2009 at 1:07 AM said...

ekekekekekkeke..budget x de.. alahai.. tak berbaju baru lah nampaknya gadis terbang ni. ekkkekke

myQza on September 13, 2009 at 1:09 AM said...

faarihin : kebetulan sahaja . lagi pun nama cik nora tu singkat. then kebetulan hari yg sama aku baru tahu dia pergi umrah masa berurusan kat PPD tu.
then buka web PPD nampak pula tarikh die pergi dan balik.
ekekekekekek...

aku kenal dia.. tapi dia x kenal aku lah.. aku org biasa2 jek...ekekekek

myQza on September 13, 2009 at 1:09 AM said...

ekekkekke chayachenta : lain kali buat lebih skit lah baju tu.. puas aku cari.. berpeluuh2 ketiak. ekekekeke

aku buat kacau jek. ekekekeke

nj on September 13, 2009 at 4:36 AM said...

sitedi...
Berabad dah lamanya tak menjejak kaki ke KG Jawa tu...masa kecik2 dulu pernah jugak cari baju raya kat situ bila kami balik Tangga Batu beraya...fuhhh lama betul masa akak darjah 2 atau 3 cam tu...

myQza on September 13, 2009 at 9:38 PM said...

ekekekeke.. lama tue kakNJ.. sekarang kampung Jawa masih jadi tumpuan!

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ tinieƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ on September 15, 2009 at 2:08 PM said...

full?? kui kui
kalau preggy boleh la

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting