Tidak terdesak. Tidak mengapalah. Tidak perlu luah apa-apa. Biar simpan sahaja. Tidak perlu beritahu. Tidak perlu hebah.Tidak perlu risau. Tidak perlu juga kuatir.
Aku ada simpan sedikit ruang kekuatan di hati jika aku gagal berdiri. Ruang yang aku simpan jika aku rasa ingin mengalah dan jatuh. Ruang yang aku simpan jika aku rasa aku tidak mampu senyum dan ketawa. Tidak mengapa. Aku tahu. Aku sudah berjaga-jaga dan bersedia.
Kita tidak dapat jaga hati semua orang seperti mana orang tidak dapat jaga hati kita. Begitu juga aku. Aku hanya mampu menjaga hati sendiri. Benar! Aku tidak mampu menjaga hati selain hati aku yang punya. Aku sudah banyak menyimpan rasa. Segala rasa yang menjauh.
Hari ini kamu hanya tahu tentang kamu. Kamu tidak tahu tentang aku. Tentang apa yang aku simpan di dalam hati. Kamu tidak tahu! Kamu tidak mahu tahu! Sebabnya aku simpan semua dengan kemas dan rapi. Walau sesekali ingin terlerai aku tutupi semula dengan senyum dan tawa. Kamu tidak tahu itu.
Kamu tidak tahu tiap apa yang aku rasa. Kerana kamu hanya nampak yang indah-indah sahaja. Kamu hanya nampak aku ketawa dan senyum sahaja. Kamu tidak dapat rasa apa yang aku rasa. Kamu hanya mahu aku rasa apa yang kamu rasa.
Kita perlu ruang. Biar luas dan tidak sempit. Biar terbuka dan tidak tertutup. Bernafaslah masing-masing tanpa gangguan di ruang yang berlainan dan terasing. Kamu dengan ruang kamu. Dan aku dengan ruang sendiri. Berfikir tentang apa yang terjadi.
Kita ambil masa yang singkat ini untuk memikirkan perkara ini. Sejenak. Biar hanya sejenak tetapi kita temu jawapannya.
Biar aku sendiri merenung diri.
Nota kakitanganku : Hidup aku hanya senyum. Aku cuba. Hanya senyum. Berdoalah agar aku hanya senyum dan senyum sahaja.

26 kUs-kUs:
aku lebih ske happy dari menunjukkan kesedihan..sebab aku xnak org susah hati bile tgk aku sedih..so walaupong aku sedih, aku tetap nak rasa happy..tp camtulah kan,kalu simpan lama2 rasa cam nak meletup...hahahha..aigoo..
jiwa kacau ke tedi???
betullah dak ashie. selagi termampu tunjukkan senyuman sahaja.. :)
dak zaradgreat..
tolong tunggu aku kat simpang 4 depan umah ko sekarang!! Jiwa kacau dodollah!!
ok!
aku tunggu nih
jangan wat aku tunggu smpi subuh!
hohoho
ha ha ha ha... zaradgreat. kita berkelah jelah dekat bus stop yg ada tu... jgn lupa bawak kuih raya!
dan duit raya juga!! ekekkekeke
salam perkenalan
jaga hati sendiri yg ptg kita hepi kan
TQ FCC..
betul.. jaga hati sendiri.. sebab x semua org sanggup jaga hati org lain yg tiada kena mengena..
salam...ukhwah..
nape ni..?
sedihnya saya baca...
si Tedi,
sebenarnya, amat sukar untuk menjaga hati.sedangkan hatilah tempat pandangan allah swt. ia merupakan wadah rebutan di antara malaikat dan syaitan. Masing-masing ingin mengisi. Malaikat dengan hidayah, syaitan dengan kekufuran.
susahnya menjaga hati. Bila dipuji, ia berbungga. terasa luar biasa, bila dicaci, aduh..skit sekali
begitulah hati manusia, namun selalunya, hanya kita saja yang mengerti hati kita, moga anda dirahmati allah swt selalu.
al
Salam Si Tedi...
Mcm berjauh hati jer nie..begitu mendalam sekali N3..apapun kak zai harap bersabarlah banyak2 yer..mmg hidup tak selalunya indah dan kita tak mampu memuaskan hati semua orang angkara sekeping hati yang sukar dimengerti..terimalah kekurangan insan lain dengan seadanya k..pasti ia dapat meredakan sedikit rasa berjauh hati itu..krn kita mmg tiada yg sempurna..
salam awat ni tedi pa yg tak kena....makan hati ka...sapa buat..alaaaaa...sabaq la no...dugaan tu..
salam tedi...
bila tulisan itu lahir dari hati yang ikhlas pastinya akan berkesan dalam hati setiap org yg membacanya...
ape yang ko tulis tadi memang benar2 menusuk kalbu aku..aku dapat rasakan diri aku pon macam tu jugak..malas nak tunjuk jiwa kacau..bia sume orang anggap aku sentiasa hepi...hahaha...tgk la..aku sekarang tgh hepi..hahaha...gelak lagi...hahaha...hepi..hepi...
ahh.. malas nk komen..
patikan yang kita adalah orang yang cukup kuat untuk simpan semuanya dalam hati
sabar ye ted.
mungkin ada hikmah yg berlaku di sebalik ni..alwiz think '+'..
selagi kite boleh elak dengan orang sebegitu, baik kite mengasingkan diri dari bertemu dia..
itu bukan bermaksud kite melarikan diri..tapi yg sebenarnya kite nak mengelakkan dari kebencian yg lebih besar dlm diri kite..
n d most important, hati kite takkan tercalar, tercalar n tercalar lagi..
biarkan masa menentukan segalanya n berdoalah semoga die akan berubah di masa akan datang..
juz take it easy dear ted..klu dah xtahan, luahkan je dlm blog ni n kami akan sentiasa membantu..:p
betui2 twin ngn ber-uwang..
dia pun tgh sedih juga..
so bg soklan yang sama ngn twin ko ~ ni nape nih..?
AnakLaut : terima kasih. aku setuju. memang susah sbb hatilah punca segala perbuatan!!
kak zai : terima kasih. diri kita juga kekurangan. tetapi kenapa sukar sangat nak terima kekurangan orang lain juga?
alimaz : terima kasih
aceh : kalau nak tunjuk sedih bila2 pun boleh sbb hati sudah selalu sangat terasa. tetapi bila kita tunjuk gembira walau hati sedang duka. itu juga bg aku salah satu dr menjaga hati orang
a'alah dak ayus... x yah komen.
mamai : kadang2 aku ni berlagak saja kuat. tapi tak sebenarnya. sesekali kalah juga
sueanne : terima kasih ...
aku juga serba kekurangan. mmg tidak layak juga ingin kesempurnaan dr org lain. tetapi kalau hati selalu juga terasa dan banyak beralah kadang2 hati juga jadi sakit.
te : hidup ada pasang surutnya.
terima kasih!! :)
salam..sI tEDI,
tq singgah anaklaut..:))
terima kasih juga AL
Post a Comment