Bingka Roti Resepi Dari Kakwatierman. Kali ini aku guna cawan kertas. Sebabnya aku hanya buat 5 keping roti sahaja.
Masukkan ke dalam acuan dan bakar.
Bingka roti ini sedap di makan panas-panas. Aku suka yang berkerak jadi bakar sehingga kekuning-kuningan. Kalau kamu ingin membuat sedikit sahaja bahan-bahan boleh di guna setengah sukatan dari yang asal.
Kakwatie, izin salin resepi di sini ya...?
Bahan-bahan :
* 12 keping Roti Gardenia di potong kecil-kecil
* 4 biji telur
*1/2 cawan tepung gandum
*1/2 cawan gula pasir
*2 cawan susu segar/susu cair/ air
*1/4 cawan coklat chips/ kismis (ikut suka)
Cara-caranya :
*Panaskan oven pada suhu 180 darjah
( aku panas ikut suka sebab oven jarum suhu rosak)
* Kisar semua bahan kecuali roti dan coklat chips/kismis
*Tuang adunan ke dalam roti dan coklat chips /kismis . Kacau rata.
* Sapukan butter pada loyang dan tuangkan adunan tadi.
* Bakar selama 30-45 minit ikut suka kadar kerak yang di ingini.
Okey! Selamat mencuba.
Terima kasih kakwatie.
Nota kakitanganku : Suka buat sebab bahan ringkas, mudah dan cepat!!
26 kUs-kUs:
esok gak aku terai..ekeke...
gila aku tertinggal banyak kat blog ko nih.. baru smlm je aku cuti memblogging..
aku kejar...
nasib aku bukak entri ni lepas buka..klu tak aku warning kasi flag lg.. ekekek..
aku baru nk pegi beli gula.. tapi dah abih.. tunggu gaji khamis ni la plak.. heheh.. kalu bakar mcm kek pun boleh kan??? aku mmg teruja nk try nih..
ekekekek mrs giggle : bukan salah aku. bab makan2 mmg waktu malam. ekekekeke
trylah ek.. wat dalam kol 6 ke.. dekat2 nak berbuka, makan pana2. :)
a;a dah ayus. memang bakar macam kek. aku buat sikit jek. 4 keping roti. cari loyang kecik payah bebenor. macam paper cup je lah.. ekekeke
sedap x?
sodaplah sha. Sebab tu buat sampai 2 kali. ekekekekeke
tapi lagi panas hati kalu cuba buat berkali-kali tetap tak menjadi
wah sedapnyer..
nanti nur cuba..
erk..kat umah tak oven..
huh...
ha ha ha.. mamai. x cuba x tahu :)
ekekkekeke nur.. camne ek? boleh kukus ke? nanti rasa dah lain. ekekkekeke
hooo....hoooo....hooo..nice mesti sedap ini!!nak try gak laa
cuba jangan tak cuba ibu_umairah :)
waa, nampak sedap.
rajin sungguh cik ted ye
:)
ekekekke farah : kalau tekak nak makan tu.. kenalah buat sendiri.. x jumpa kat kedai ni.. ekekeke
xpnh jumpa lg..bleh cuba ni... he3...nyum3..
anak_singa rajinkan diri tu membuatnya ye?
bak ar sbijik...huhu
suka sungguh dengan puding roti sitedi ni...bila buat dalam cawan tu memang menarik ... innovatif!!
huwaa~
best!!
imhepie : meh lah.. amek ni...
kak NJ... ekekekekke.. a'alah. macam muffin :)
tapi bila sejuk dia menurun..
dak zara : sila try..
pandai ko memasak..aku kalo masak asik xjadi jer...haih!dengki ni...
utk bufday aku ke?
=D
nk suh akak wat...sy tau nk makan je
Wah dah beberapa hari tak buka blog...siap buat lagi bingka roti bercoklat chips ni yer...kalau Reena tengok mesti dia jelous ni!!!Good...sebab Tedi suka dgn resepi ni...Tq for trying & promosi...not bad!!
Post a Comment