Dari Hari Jumaat sudah perasan. Aku cuci. Bernanah. Baunya MasyaAllah.
Hari ini bawa dia ke Jabatan Haiwan. Sudah puasakan awal-awal. Manalah tahu mahu jahit ke apa.
Tapi pegawai veterinar itu kata tidak perlu. Hanya cuci. Dia ada bekalkan entah apa nama cecair itu. He he he..
'Kucing jumpa lagi ke kak?'
'Eh! Inikan yang awak suntikkan ubat kurap hari tu.'
'Lah.. Ye ke? Tak perasan. Lain dah.'
He he he he.. Dia pun tidak kenal Si Kurap sebab masa bawa hari itu, kurap penuh sangat.
Dapatlah Si Kurap satu suntikan antibiotik. Balik dalam kereta dia muntah. Aduhai! Kurap!! Mual agaknya.
Okey Dak Itam! Kau pergi cuci kereta aku sekarang!!
Nota kakitangan Dak Itam : Apa hal aku pula yang basuh????? Adilkah??