Kami pernah bersahabat. Pernah sama-sama mengharungi suka dan duka. Dari hanya sekadar kawan biasa, sahabat seterusnya ia jadi benih-benih kasih yang tidak terlafaz.
Kami tetap terus bersama. Hanya hati yang mampu bicara. Tentang rasa kasih, sayang dan cinta yang tumbuh mekar bagai kelopak mawar yang tidak mahu layu.
Bukan sehari dua namun hampir sedekad bersama menyulam rasa cinta di hati. Perbezaaan jarak jauh yang begitu ketara bukan penghalang malah jadi azimat penguat semangat. Segalanya berjaya di tempuh. Syukur.
Namun seperti ada sesuatu yang tidak kena. Jika sebelum ini jarak bukan pemisah kali ini jarak pula di jadikan alasan. Sunyi dan sepi bukan bermakna kita lupa. Sering teringat. Namun apakan daya alasan tipis menjadi penyebab terlerai kasih sayang yang kononnya ikhlas bersemi.
Sampainya hati. Luluh rendam jiwa bila dua hati sudah menjadi terasing. Jika dahulu sama-sama menongkah arus kini sudah berpisah memilih hala muara yang berbeza.
Kami sudah tidak sama. Sudah jauh terpesong dari rasa cinta.
Katanya 'Cukup sampai di sini. Hatiku selalu rasa sepi dan sunyi kerana kamu jauh di sana'.
Aku terkesima lantas bertanya.' Mengapa bukan 10 tahun yang dulu kamu melafazkan ini?'
Dia menjawab 'Baru kini aku rasa seperti itu'.
Alasan! Bisik aku dalam hati.
Dia. 'Kita nokhtah setakat ini. Jangan ada apa-apa lagi. Cukup di sini sahaja.'
Okey!!
Soalan aku. Mengapa kami tidak boleh bersahabat setelah berpisah? Mengapa perlu terus hilang tanpa mahu berkawan?
Kamu dengan dunia kamu mengapa tidak mahu aku walau hanya sebagai seorang kawan?
Nota kakitanganku : 'Kami' hanya rekaan. Tiada kena mengena dengan sesiapa!! Serius!! Tidak tipu! Ha ha ha ha...