Kalau hipertensi kau sudah tidak boleh di baca, Diabetes kau pun bacaannya melambung sedangkan kau sudah di tahan di wad berhari-hari, mendapatkan rawatan yang terbaik di hospital terbaik, berehat tanpa sebarang kerja, di beri rawatan kelas pertama, kau fikirlah sendiri apa sebabnya.
Baring atas katil itu kau fikirlah sendiri sejarah-sejarah kau terhadap keluarga. Kebiadapan kau terhadap mereka.
Setinggi mana pun jawatan kau, puluhan ribu pun gaji kau sebulan, semewah manapun kehidupan kau, ianya tidak akan bermakna jika kau tidak memohon keampunan atas kederhakaan kau pada mereka.
Kau terpekik terlolong menasihati anak orang lain, sedangkan diri kau sendiri tidak betul. Kadang-kadang aku rasa mahu tergelak berguling-guling bila dengar ceramah motivasi kau semasa di sekolah menengah dahulu. Aku mahu sangat angkat tangan dan bertanya 'Tuan mengamalkan apa yang tuan katakan?' Aku mahu sekali memperlihatkan diri aku pada kau agar kau tahu ada keturunan yang sama dengan kau waktu itu. Biar kau malu seumur hidup untuk padang muka aku!
Aku tahu saat ini aku begitu pengecut untuk mempertikaikan sikap-sikap kau di hadapan kau sendiri. Bagaimana aku mahu menasihati seseorang yang usianya sudah melebihi separuh abad ini? Yang punya jawatan besar di salah satu IPT di negeri ini? Bagaimana kau mahu terima kata-kata 'budak kecil' seperti aku?
Arghhh! Aku akan lawat kau petang ini. Andai aku punya kekuatan, aku ingin berkata begini ' Insafi apa yang terjadi ini. Taubat nasuha. Mohon keampunan ibumu. Kau anak derhaka. Anak yang banyak menitiskan airmata ibumu. Mohon redha ibumu semoga beban kesakitan itu akan berkurangan,'
Namun terdayakah aku?
Nota kakitanganku : Saudaraku, kau begitu angkuh satu ketika dulu.....

14 kUs-kUs:
biarlah yang maha kuasa menentukannya...
kita hanya hamba yang kerdil.
ramai lagi orang begitu..
te pun kenal seseorang yang perangai gini..
Tuhan itu adil pada semua hambanya
kadang2 manusia tak sedar sendiri perbuatannya.
:)
Semoga beliau insaf..
dah agak Tedi kerja di mana,hhee
tahun depan masuk U yerr.. belanja tinggi semasa muda..
ambil ijazah ke3 hhee
biarlah Tedi..kita doakan dia yg terbaik ~
tedi, ina pun ada tau kenal org macam tu..tapi takde la dia terlantar sakit ke apa ke cuma nampak anak2 dia mcm tak menjadi je..yg bongsu dah kena buang sekolah.taktau la kalau balasan allah melalui anak2nya yang menyusahkan dia..cuma mengharapkan dia insaf..
huhu..ramai..sangat ramai..
masih ada kesempatan..
tolonglah cakap depan2 dia Tedi
biar dia sedar sekarang
biar dia menangis sekarang
perrghh...
ayat akak sungguh beranik...
silakan akak lakukannya...
saya sokong dari jauh...
uh uh
dak tedi, sila sila jangan cakap kaso weh...
berlembut lah moga dia berubah
gegegeggeg..
biar org buat kita jgn kita buat org
lalalala
insaflah selagi sempat masanya...bertaubatlah wahai saudara kak tedi..hikhik
Post a Comment