Friday, July 02, 2010

aPek!! waLauPun kasuT akU PutUs DePan keDai kaU, SumPah akU TiDak akaN SinGGah !! ReLa Berkaki ayaM!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 7:39 AM
Photobucket

Bawa budak ini ke Jabatan Veterinar petang tadi. Kes telinga mengelembung belum selesai. Beri suntikan separuh mamai untuk buang darah di cuping telinga. Belajar dari pengalaman lalu, alas sangkar dengan surat khabar sebab budak ini mabuk dan muntah-muntah bila naik kereta.

Mahu singgah di PC World untuk membaiki masalah teknikal 'lappy'. Tidak tahu macam mana mahu letak budak ini dalam kereta dengan cuaca yang panas sebab aku pergi seorang diri.

Photobucket

Nampak tidak apek tua yang baca suratkhabar itu. Aku meletak kereta betul-betul di depan kedai kasut dan beg dia. Kedai dia selang 2-3 buah kedai dari PC World Jasin. Aku mendapatkan dia dan terjadilah dialog di bawah.

'Uncle, boleh saya tumpang kucing saya di sini sekejap. Kucing saya sakit tapi dia dalam sangkar.'

Dia nampak 'blur'. Dia tunduk membaca suratkhabar. Aku menunggu jawapan.

'Di tepi ini sahaja Uncle. Dalam kereta panas. Saya mahu ke kedai komputer depan itu dalam 5 minit sahaja.'

Dia masih tidak mengangkat muka. Dia hanya mengangguk kepala sedang mata masih tertacap di akhbar.

Ya Tuhan! Aku puasa hari ini. Jika tidak aku mahu sahaja jerit.

'Shitlah!!'

Aku ke kereta semula membuka suku ke empat-empat cermin tingkap kereta dan meninggalkan Si Kuning pasrah dalam sangkar. Tiada pilihan. Apek itu tidak ikhlas bersetuju, malas mahu teruskan niat menumpang!! Pergi ke kedai komputer berurusan dalam 5 minit. Selesai. Syukur.

Punyalah gabra dan terkocoh-kocoh sampai aku salah kereta!! Hah!! Mana Si Kuning dengan sangkar???? Aku tercari-cari. Kosong! Nasib baik aku tidak cuba buka kereta itu. Eh! Mana katak hijau yang aku sangkut dekat cermin kereta??

Aduhai! Aku salah kereta. Malu gila!! Terperanjat juga macam mana Si Kuning boleh hilang dengan sangkar-sangkarnya!! Ha ha ha... Kereta itu sebelah kereta aku, warna dan model sama. Isk isk isk!!

Moralnya, bantulah orang yang dalam kesusahan tidak kira bangsa dan agama. Hari ini kita susah, hadapi kesulitan, esok lusa giliran orang lain pula. Dunia inikan bulat! :))

Nota kakitanganku : Patut tiada pelanggan di kedai kau. Muka macam asam keping!





38 kUs-kUs:

zsmy on July 1, 2010 at 8:14 PM said...

apek tu x 1Malaysia la...die dgn dunia kasut die je..huhuhuhu

Syazni Rahim on July 1, 2010 at 8:14 PM said...

haiya apek..manyak khusyuk baca ar..haha

cik panadol on July 1, 2010 at 8:20 PM said...

mungkin kita sume boleh ramai2 g serang kedai apek tu cakap nk tumpangkan kucing kita kt situ kejap haha...!

Dyla Dahlan on July 1, 2010 at 8:20 PM said...

apek tu x fhm melayu kot..ade lg kt mesia ni cina yg x fhm bm..susah seh nk berckp ngn org cmni..

Anonymous said...

aku rasa dia pekak tediii

-proffy-

Anonymous said...

maybe dia x dengar,x faham,or dia mengantok kot....

Unknown on July 1, 2010 at 8:43 PM said...

salam tedi~

huhu.. melampau... tapi mgkin dia ada sebab.. :)

KiFli MaLLy on July 1, 2010 at 8:51 PM said...

hahahha sabar je la kak...orang tua cina ni mmg payah nak dibawa berbincang....
Entry terkini : Umie kalau boleh mahukan anak perempuan!!!

zsmy on July 1, 2010 at 9:02 PM said...

wah semua dengan assumption sendiri....
jom kite tuan punye badan (apek)..
ha apek jawab2....

e.t.t.y on July 1, 2010 at 9:08 PM said...

hek eleh apek ni, aku lesing kang. okay, kang boikot kedai tu. kt jasin kan. haha.

eh,ntah ntah dia pekak tuli kot.

zsmy on July 1, 2010 at 9:11 PM said...

kat jasin ke???adakah name kedai ini bermula dengan huruf S dan akhir ngan huruf T..

zns on July 1, 2010 at 10:03 PM said...

jarang sangat ada peniaga yang pekak

KM7 on July 1, 2010 at 10:06 PM said...

sabar je lah yer

Dee on July 1, 2010 at 10:09 PM said...

tua kot..tu sengal sket..

Anonymous said...

kasi flying kick je kt apek tu. hahaha xD

meowwmania on July 1, 2010 at 10:45 PM said...

zalim betul la apek tuh!

niat yg baik tu pasti akan dibantu oleh-Nya, alhamdulillah si kurap baik2 saje :)

ISZA on July 1, 2010 at 11:00 PM said...

apa agaknya aksi apek kalau dia baca alat last yang hujung? :)

cikAfro said...

hmmm....ape la apek tuh...kesian c kurap,sakitnye x baik lg... :'(

yoro okino on July 1, 2010 at 11:19 PM said...

aku xsuke gak biler aku mintk tolong orng wat xthu jer..sakit ati..aku xnak orng rase aper aku rase so aku selalu ingt kn diri sendiri.."orng xkan mintk tolong klu betol2 dier memerlukn"..

Nur Suaidah Bachok on July 1, 2010 at 11:50 PM said...

oraite!! sombong betul unlce tuh. aishhh. mungkin die pekak? emmM~

JMR on July 2, 2010 at 12:03 AM said...

pemalu jugak ye si tedi nih..hikhik..

Yatre Hayati on July 2, 2010 at 12:18 AM said...

naseb bek salah keta. ingat ilang tadi. apek tu tak paham bm kot.

nIsYa on July 2, 2010 at 1:27 AM said...

apek tu tak reti bahasa melayu la tu. dia dah salah negara nih heheee

daun kesum on July 2, 2010 at 3:00 AM said...

ntah2 si apek x paham bahasa melayu ..


tp mujurla kucing tu slamat aje duk dlm kete,.

mujur bernyawe agi kan

Hazzy Ishak on July 2, 2010 at 8:00 AM said...

dia tak paham kot.

.::WaNiE::. on July 2, 2010 at 8:01 AM said...

dia tengah tido tak. pegang jek suratkabo tu :P

dL on July 2, 2010 at 8:16 AM said...

aku pun rase dia tak paham...

:)

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ on July 2, 2010 at 8:41 AM said...

muke macam asam keping ???...hihihihi...xdapat nak bayangkan ...

Asma on July 2, 2010 at 9:03 AM said...

ngeh3..apek ni negara chino mari kot..tu yg xphm..=)

Shaizul Sapar on July 2, 2010 at 9:09 AM said...

cian penulis ni,xde org tlg.nsib baik xde apa2.
tpi reaksi commentator lg cian,kata apek pekak la,nk boikot la,x fhm BM la,slh negara la,bg flying kick la..etc..ciannya.
kesilapan manusia selalu bermula bila kita x pnh bertnya pda org yg kita salahkan.dn apek tu xtau pun kewujudan blog ni utk dia komen balik bela diri.

-salam perdamaian semua-

d0tbl0gsp0td0tk0m on July 2, 2010 at 9:15 AM said...

salah kete... huhuhu.. sib baik ko tak pecahkan cermin kete org tu....

Softtouch [Hanim] on July 2, 2010 at 9:20 AM said...

sian tedi...mesti nk cpt2 nk dptkan si kuning tu smpai salah kete..nasib tedi xcube bukak kete tu kalu tidak berbunyi2...

xsuka apek mcm tu...meyampah lah...mcm krg ajar..

Tuah on July 2, 2010 at 10:53 AM said...

dah nampak perut dak kuning boroi hehehe.

cik ted, satu cara lagi kalau nak elak seat kereta kena muntah atau kotoran, boleh letak kotak/plastik alas meja sebelum letak sangkar.

kella on July 2, 2010 at 10:54 AM said...

apek tu tak paham bahasa melayu kot.. hmm.. apek..apek.. sombong benar kau!

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ tinieƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ on July 2, 2010 at 11:31 AM said...

takper la hari ni hari kau besok dan lusa dan tulat hari apek tu

bylindakitchen on July 2, 2010 at 11:31 AM said...

apek itu jahat.
benciiiiiiiii kat apek tua tue.

tedi..
hahhhahha..salah kereta.
syukur takde lin time tue..kalo tak dah terbaring lin atas jalan, gelak punya pasal.
hihihi..ampun tedi.

Aujinz on July 2, 2010 at 11:04 PM said...

dier tak paham bahasa melayu kot?


lenkali..
lempangkan jer..

muahahhahaha

Qib on July 3, 2010 at 11:58 AM said...

ingat orang kite je perangai camtu..


Jum singgah belog Pink!

Jeles dengan PINK !

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting