Tuesday, July 06, 2010

BiLa aDa 'anOn' yanG senTaP aku TiDak kOmen BLoG Dia : kamU siLaP seBaB akU BoLeH 'TracE' kamU! TerimA kasIh seBaB kamU PriHaTin keTiDakHaDiraN akU!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 8:08 PM
Photobucket

'Entry' ini untuk kamu,
kamu pasti sudah dapat agak aku akan dedikasikan satu 'entry' istimewa untuk kamu sempena komen kamu yang menyentuh hati aku dalam 'entry' ini. Serius. Tersentuh sampai buat airmata aku bertakung di kelopak.

Aku telah buat kamu berjauh hati dengan tidak datang seperti biasa membaca dan mengomen kamu. Terima kasih kerana mengingatkan aku tentang itu.

Kamu pasti terlepas pandang entry aku yang ini. Maaf Dan Terima kasih.

Aku terharu kerana kamu menghargai kehadiran aku di blog kamu. Terharu kerana kehadiran aku membaca dan mengomen di blog kamu sebelum ini mendapat perhatian kamu kerana bila aku tidak datang kamu perasan itu.

Aku tidak berlagak Diva sebab pengikut aku hanya 1000 orang, bukan 10 000 orang. Tapi jika cecah 10 000 orang pun doakanlah aku agar tidak lupa diri.

Aku selalu taipkan di sini dan nasihatkan kepada semua pembaca aku, jangan sesekali mengadap 'lappy' , 'blogwalking' sampai muntah hijau semata-mata mahu orang balas lawatan kamu. Ini kerana di alam yang nyata banyak lagi komitmen yang lebih penting untuk kita urus dan selesaikan. Sebab itulah, aku hanya 'blogwalking' setakat kemampuan aku. Tidak memudaratkan kehidupan aku di luar dan kesihatan diri.

Aku tidak dapat mahu jaga hati semua orang. Aku tidak dapat mahu jaga hati kamu sahaja.

Aku percaya kepada pembaca blog aku yang datang bukan atas paksaan. Yang datang bukan kerana aku memaksa mereka datang. Seingat aku sehingga kini, aku belum pernah lagi pergi satu blog ke satu blog dan meninggalkan pesan supaya datang dan mengomen di blog aku. Belum pernah lagi. Jadi aku anggap, mereka yang datang atas kemahuan sendiri tanpa mahu meminta balasan atas setiap lawatan dan komen.

Jika aku punya kelapangan dan kesihatan yang baik, aku pasti akan berjalan-jalan juga walau bukan sepenuhnya.

Komen kamu betul-betul buat aku tersentuh. Sumpah! Ada airmata yang hampir menitis. Aku harap komen kamu hanya mewakili diri kamu seorang dan bukan orang lain. InsyaAllah, jika aku ada kelapangan, aku akan ke blog kamu membaca dan mengomen seperti biasa. Cuma akhir-akhir ini, aku kekurangan masa untuk diri sendiri.

Terima kasih kerana dalam marah pun kamu masih sudi datang, membaca dan mengomen di blog aku. Itu tandanya kamu 'Benci Tapi Rindu' pada aku. :)

Aku harap kamu baca 'entry' ini dari ayat pertama hingga nokhtah terakhir kerana 'entry' ini memang untuk kamu.

Terima kasih atas teguran walau kamu nampak sedikit pengecut dengan berselindung di sebalik 'Anonymous'.

Harap maaf dan terima kasih.

Nota kakitanganku : Aku dapat 'trace' kamu dari FeedJit Live dan Statcounter. Kotak komen tidak di buka. Harap maaf. :))






 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting