kredit gambar kepada Utusan Online. Berita di sini.
Hiba melihat wajah yang nyenyak tidur. Al-Fatihah buat Allahyarham adik Nazrul Hakim Nasir. Hanya sempat 7 bulan menikmati bahagia sebelum di jemput Ilahi.
Menurut akhbar, pengasuhnya bukan hanya mengasuh 3 orang anak kecil termasuk Nazrul, tetapi mempunyai 5 orang anak lagi. Kamu mengasuh di rumah, lakukan seorang diri, apa perlunya tamak sehingga sanggup menjaga anak kecil ini bersama dengan 2 lagi anak kecil yang kamu asuh?
Jika seorang di ambil RM 250.00 , 3 orang sudah RM 750 sebulan. Duitkah yang kamu kejar sehingga sanggup berlaku cuai sehingga menyebabkan kematian?
Aduhai. Aku tahu. Kes ini masih dalam siasatan. Aku tidak menuduh. Cuma tertanya-tanya. Bagaimanakah seorang pengasuh mengasuh di rumah sediri dengan di keliling oleh 8 orang mungkin 4-5 orang antaranya bayi atau kanak-kanak? Termampukah kudrat 4 keratnya? Terkejar-kejar? Adakah kesabaran di situ andainya 2 atau 3 daripadanya membuat 'hal'?
Tidak salah mahu mengasuh anak jiran tetangga. Tetapi berpadalah. Ikut kemampuan. Berikan perhatian. Asuhalah kerana kasih sayang dan upahnya adalah satu bonus. Bukan kerana upah tanpa kasih sayang. Jika tidak, kita akan leka dan sambil lewa.
'Itu bukan anak aku. Ala kadar pun tidak apa. Asalkan cukup bulan, masyukkk!!"
Nyawa tiada galang gantinya. Memang kita tidak mahu ini semua terjadi. Tetapi dengan perhatian dan rasa tanggungjawab, InsyaAllah kecuaian dapat di elakkan.
Al-Fatihah buat adik Nazrul.
Nota kakitanganku : Di mana yang selamat?
18 kUs-kUs:
innalillahiwainna ilahhi rajiun.
xde tempat yang selamat da sekarang.
innalillah..
tak tau nak salahkan siapa. mak ayah atau pengasuh..
tengok la siasatan & pengakhiran pengadilan kes ni nanti.. mak saudara dia terus menuduh salah pengasuh.. hurmm..
al-fatihah.....mcm2 kes sekarang bila dgn pengasuh...risau tol..
innalillahiwainna ilahhi rajiun.
dunia akhir zaman!
jgn segan silu untk "kongsi blog" kat cni
tatau dah nak kate ape..bagi akak la kan..banyak mane pon duit tu..tapi kalau hati tak bahagia..tak guna jugak..betol tak?
kami pernah terima nasib yg hampir sama .. kecuaian pengasuh . Cuma kami masih bernasib baik baby kami masih selamat.
http://yantimatisa.blogspot.com/2009/04/alhamdulillahgembira-dan-sedih.html
mak saya pernah menjaga 6 adik-beradik dari 2 famili...
bkn sbb tamak tapi atas kepercayaan. sampai skrg mereka dah besar...masih lagi datang tido di umah mak..dan masih memanggil mak saya tu "MAK". Kesemua mereka lelaki dan mak saya takde anak lelaki...Manja mereka kalahkan anak sendiri...
kesian baby tu innocent jee :((
kesian baby yg tak bersalah tu
innalillah
takziah kepada keluarga adik tu..
innalillah.
tak de tempat yang selamat sekarang nie
kecuaian..
alfatihah...
AlFatihah
Al Fatihah . Kenapa perlu diperlakukan sampai begitu jadinya :'(
tulah tedi..kat mana2 pun kalu kita cuai mesti xselamat...risau saya nak anta anak kecik nie lagi2 kat taska...mcm mak saya pesan..tawakal jer..sbb sy nk mencari rezeki..doa2 insyaAllah takde apa2
salam . semalam ada lagi kes bayi 7 bulan mati kat rumah pengasuh .. pengasuhnya jaga 11 org lagi termasuk arwah . belum tahu punca sebenar . salam takziah buat keluarga arwah baby tersebut .. al fatihah .
Post a Comment