Kredit gambar kepada Google
Tengah hari tadi tidak pulang ke rumah tetapi membuat amal dengan membelanja dia makan Pizza Hut di Melaka Baru. Hik hik hik... Amat kenyang rasa mahu tidur sahaja di PizzaHut. Sebabnya mahu ke Public Bank jadi jika balik nanti ambil masa lagi, terus sahajalah gamaknya.
Untuk tidak membuat sesiapa cemburu, memang sengaja tidak mengambil gambar kuali pizza. Ha ha ha ha atau dalam nada sedihnya tahap kelaparan buat tidak ingat langsung mahu ambil gambar dan 'menunjuk-nunjuk' di blog. Ekekekeke..
Okey! Ceritanya penumbuk ini bermula bila aku mahu ke Public Bank Melaka Baru. Di simpang empat. Tersengguk-sengguk seorang bapa membawa motor dan anaknya duduk di hadapan. Perghh!! Besar gedabak pun kau nak duduk dalam bakul lagi ek?
Aku memang berhenti, tetapi si bapa ini teragak-agak mahu jalan sambil melihat-lihat aku. Gusar agaknya jika aku terlanggar dia.
Tiba-tiba si anak yang berpakaian sukan ungu sebab hari ini hari Rabu ada Koku mungkin, menunjukkan penumbuknya ke arah aku! Awwww!! Takutnya!!! Si ayah lantas menepis tangan si anak dan teruskan perjalanan. Si anak sempat menjeling tajam! Ngeri i , yu!!!
Aku terkesima. Keduan aku berakhir dengan gelak yang panjang! Aduhai anak!! Reaksi spontan budak itu memang melucukan aku!
Moralnya. Anak ini memang seorang anak yang penyayang terhadap bapanya. Dia mahu membela bapanya setelah di rasanya bapanya berada dalam keadaan yang genting.
Tetapi, negatifnya, kecil-kecil lagi kau sudah tunjuk perangai ganster ya?
Ekekkekekeke..
Nota kakitanganku : Tapi bahayalah budak-budak duduk dalam bakul depan. Lebih baik duduk di belakang! Kalau brek mengejuk ada hadangan dari jatuh!
21 kUs-kUs:
ganasss sungguh
waahh
kalo kty ..ade pun mesti kty gelak
budak tu mmg niatnya baik ..takut orang apa2 kan ayah dia
tapi si ayah lak .ltk anak dlm bakul .mmg bahaya..lagi kalo anak besar gabak,.
sib baik bapaknya x tunjuk penumbuk sama..tu baru bapak borek anak rintik..hahaha..
jgn tersungkur ke tanah dah lah
budak2 zaman skang.....
sangat2 nakal!
erm..
kelakar dan terkejut bersilih gantie
risau jugak perangai terbawa-bawa sampai ke alam remaja.
aduhai...di sekolah berapa puluh penumbuk yang sudah laku agaknya.
wah...
budak2 skang
huhu
xD
budak2 skrg matang cepat kan
wakakaka
budak2 zaman sekarang
amvoii garang beno budak tu ek.. jentik t*l*r baru tau.. hahahaha
hihi..nsib baik budak tu ats moto..if x..mesti da kene..ye la..bdk skang bukan ley caye..da brani wat bnda pelik2..
budak tu mmg tak sedar diri..lempang pala tu kang...hahaha
anak sape la tu
Budak budak..bagi peluku !baru dia rasa..
anak berani.. tapi berani x kena tempat.. wakakaka
hahaha.. jentik telur jer budak tue.. baru tergolek2.. ahhaa
aku rasa maybe pengaruh tv atau kawan2 lah nie.. huhu.. sebbek ayah dia tepis tgn.. hehe~
hahaha anak jantan mmg kena cantuh... PEACE...
tEDl....mesti keluarga mereka peminat gusti...heheheh
hahahaha...btul tu...ni mesti peminat setia WWE
nasib baik gak dia x tunjuk jari hantu
adeh.. bagus adik tu.. sayang ngn ayah dia.. tapi ganas woOo tunjuk penumbuk.. huhu..
moral value.. hati2 di jalan raya.. dak tu besar2 pun masih manja ngn ayah dia nak duk dalam bakul.. hihi =P
Post a Comment