Kehadapan emak,
Emak, seperti yang emak sedia maklum, kucing rasmi saya tinggal seekor sahaja iaitu Dak Itam. Si Kurap tidak kira ya emak, sebab kedudukan dia tidak rasmi di sini. Jadi jumlah sebenarnya hanya satu atau seekor.
Merujuk kepada tajuk di atas, adakah emak membenarkan saya membela seekor lagi anak kucing? Oh! Jangan jawab dulu ye emak. Sekejap. Sekejap. Saya bagi alasan mengapa saya perlu bela seekor lagi anak kucing.
Ini kerana saya kesunyian dan kesepian. Tiada teman untuk bergomol-gomol dan beramas mesra. Saya tidak boleh mengharapkan Dak Itam yang membuat rumah ini seperti hotel. Hotel pun tidak sebenarnya. Dia buat rumah ini macam kantin sekolah. Lapar, datang makan.
Dengan adanya anak kucing baru ianya dapat melupakan kesedihan saya kepada kucing-kucing kesayangan saya yang telah pergi.
Emak pun tahukan, betapa meroyannya saya tiap kali kehilangan kucing?
Mata bengkak-bengkak. Tidak keluar bilik. Tidak makan. Cakap sedikit menangis. Cerita sedikit hingus sudah meleleh. Macam orang mati 'laki' di buatnya.
Jadi, saya mengharapkan, dengan adanya anak kucing baru, semangat dan keyakinan saya akan pulih sepenuhnya. Insya-Allah.
Saya mengharapkan permohonan saya ini akan mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak emak. Saya menanti jawapan yang positif. Saya menanti sehingga emak berkata ya. Sementara itu, saya akur dengan arahan yang sedia ada bahawa tiada lagi kucing tambahan di rumah.
Sekian.
Yang menanti penuh harapan,
Si tedi.
21 kUs-kUs:
Moga hati emak terbuka untuk menerima waima seekor sahaja .
Berusaha memujuk . Jangan berputus asa sayang ..
makcikkk sile setuju hehe
Mudah2an permintaan cik ted akan diluluskan.
Mak tu bukan apa cik ted. Mulut saja berkata tidak.
Tapi bila kita dah ambil, bela dan ajar dgn cara yg betul, mak akan belajar terima dan menyayangi jgk.
Tambahan kalau kucing tu bijak dan mendengar kata... Mesti cair hati mak cik ted.
klu lah kita duduk berjiran..sudi2kanlah mengambilangkatkan si caramel @camel yg semakin nakal itu...mesti mak tedi sukakan dia...sbb caramelkan comey mcm gurlgirl...tu sbb mummy dia tersilap jantina...huhuhuhu
tedi, ape kata ko tepek kat fridge karangan surat rasmi nie kat rumah..tgk ape mak awak comment.
pape pun harap mak ko stuju ngan permintaan tu
~misty kem salam~
tedi,ini emak kamu ni..
mak pakai akaun si messy ni jap..
dia kasik pinjam jap utk komen...
mak bagi kamu bela kucen lagi sekor...
dengan syarat,kasik la komisen kat si messy ni..
dari td die lobi mak tau..
tedi,
nak aku btau kan mak ko tak?
hehehe
alahai ciannya tedi..
phm sgt perasaan tuh, dlu masa dok ngan nenek sedey sgt sbb xleh nak bela kucin..
sabar yer ;)
@ messyremo,
betol kah itu??? OMG.. im not believe it (-_-)"
@ si tedi,
perlu meminta kebenaran memelihara kuceng? huhu~
tedi sila print surat ni n pos...bg nampak mcm bersungguh2 sikit
KLU sy jadi mak akak..
kompem approve .. wakakakak
smoga permohonan dipertimbangkan..ehe..dh mcm nk mohon apa jekan..hehe..
wakakakka...akak ni kelaka la =)) den geget gak kang :))
smoga atie mak tedi lembot :)
permohonan KIV.......dibawa ke meeting bulan depan.
hakhakhak..gile sadis permohonan tu..
student aku ada janji nak kasik anak kucing parsi kat aku.dia cakap dia ada 6 ekor.sumer nak kasik orang sbb mak dia x larat dah nak bela.ko nak??kalo dia dtg bawak kucing tu,ley aku tanyekan dia nanti...
makcik tolong laa si tedi nie..
bgi laa dia bela seekor kucing..
kesian dia kesunyian..(:
mak kau tengah berkira kira tu.. aku tengok ramai dah pi jumpa dia merayu kat dia! termasuk aku! hehe.. lembutla kot hati dia tu nanti.. tapi terima jelah syarat2 nya tu nanti .. hehehe
ted, mak kau mesti lembut hati kalau rayu2..p print surat nih..kasi dia baca d meja makan sok pagi pastu p keje laju2..hehe..
si tedi
kalaulah lin jiran sebelah kan best
boleh saja terus bagitau mak tedi
aduhai emakkkk...bagilah kelonggaran kali ini saja untuk kawan kami tedi.
hehhehhe
bak sini num tep0n mak, kita pujuk sama2.
Post a Comment