Wednesday, June 02, 2010

JaGa JaraK. BiLa 'BonTot'suDah BerLaGa, 'Masak'Lah 'koranG!!!

cOrat cOret Oleh : myQza pada 1:45 PM
Punggung siapa yang perlu di jaga? Oh! Mari baca untuk tahu. Tiada klasifikasi untuk ini sebab kamu semua sudah besar panjang. Ha ha ha ha..

Kelmarin semasa mahu membawa Si Kurap ke Jabatan Haiwan Jasin (JHJ) berlaku satu insiden yang tidak di duga berhadapan dengan Sekolah Menengah Tun Perak. ( Bajet macam kamu tahu di mana!! Ha ha ha!)

Ini kes pemandu yang gelojoh dan tiada adab mungkin.

Empat kereta saling mencium 'bontot' sesama sendiri sementara menunggu lampu isyarat bertukar hijau. Syukur aku tidak terlibat walaupun 80% hampir termasuk sekali.

Empat kereta di belakang aku. Aku kereta yang ke 6 sebelum di langgar. Kereta yang ke 5 sebuah Viva biru juga selamat sempat elak. Aku tidak elak tapi ciuman itu yang tidak bergerak hingga ke 'bontot' kereta aku! Fuhhhh! Lega!!

Berkat bawa Si Kuraplah ini!!!

Bila aku toleh semua sudah berlaga dan pemandu sudah keluar. Oh! Lampu sudah hijau. Aku jalan dahulu macam tiada apa-apa yang berlaku. Si Pemandu Viva Biru belakang aku boleh tersenyum sambil geleng-geleng kepala. Tidak percayalah agaknya dia pun terselamat. ha ha ha ha!!

Kawan-kawan. Jagalah jarak kenderaan kamu ketika memandu. Syukur Viva belakang aku menjaga jaraknya dengan kereta aku. Jika tidak, masaklah Si Kurap mahu tunggu dalam kereta sehingga semuanya selesai. Silap-silap, esok keluar dalam suratkhabar 'Seekor kucing antara mangsa 'ciuman' kereta!!' Ekekekekeke...

Seriuslah. Potong barisan salah satu punca kemalangan. Kau mahu cepat sangat bina jalanraya sendirilah!! Tengok! Silap kau seorang, ramai yang jadi mangsanya. Di percayai apabila melihat sendiri, 4 kereta yang berlanggar itu memang cedera agak parah!

Nota kakitanganku : Ingatlah orang yang tersayang! Ehem! Ehem!







22 kUs-kUs:

meowwmania on June 2, 2010 at 11:45 AM said...

selalu ingat kat anak-anak bulus jew ngeh ngeh~

Miss Izah Mohamed on June 2, 2010 at 11:47 AM said...

biasela tu kt jalan raye.. masing2 nak berlumba pegi mane pon tak tahu.. nk cucuk2 kereta org je.. last2. sape susah.. hurm

Qib on June 2, 2010 at 11:51 AM said...

ehem??
wah.. kak tedi sudah ada. ehem3

hanie on June 2, 2010 at 11:54 AM said...

eh..kat pdg rengas, perak ade sekolah yg nama sama..

hahahaha..

yep..berhati2..tp kdg2..kita jd mangsa oleh kecuaian org lain.. =_="

d0tbl0gsp0td0tk0m on June 2, 2010 at 12:09 PM said...

"Ingatlah orang yang tersayang!"... patut la pakcik ingat kat kamu... huhuhuhuhu

mama affan on June 2, 2010 at 12:19 PM said...

bila dah kena , baru beringat..

nasib baik cik tedi x kena..huhu..

Hazzy Ishak on June 2, 2010 at 12:24 PM said...

rasanya ramai suka pecut sampai nak berlaga punggung kereta lain, nak cepat katakan...

Duniakuabstrak on June 2, 2010 at 12:38 PM said...

malang tdk berbau sperti bau bdn cik tedi..hmm

Unknown on June 2, 2010 at 12:38 PM said...

ouwwhh...amat panik.lalala

bylindakitchen on June 2, 2010 at 12:39 PM said...

erm...betollah tedi akibat terlalu mahu cepat memotong barisan.
diri sendire yang merana.
aduhai..risau jugak.
lin nie antara yang suka jugak memijak pedal minyak sampai jejak lantai.
hehhehe

Unknown on June 2, 2010 at 12:57 PM said...

salam tedi~

hehehe.. aku tgk keadaan.. kalo yg di depan tu laju laie siput babi berjalan, maka aku akan ikut dekat2 supaya dia tau ketepi.. :)

kalo yg di depan 2 ngalahkan ribut taufan, aku lak yg ketepi.. takut tetba dia break emergency dan aku xsmpat nak elak aku lak yg mencium bontot kete dia... :)

Sufi Asri on June 2, 2010 at 1:00 PM said...

berkat bawak tedi kot nie.. hehe..

bahaya betol kete skg nie.. suka "main bontot".. hahaha..

Softtouch [Hanim] on June 2, 2010 at 1:07 PM said...

yelah kene jaga jarak kete kita ngan kete org lain..

umi_e on June 2, 2010 at 1:17 PM said...

Salam...

Bontot kereta kak e juga kena cium - tepat pada ulang tahun tuannya! heheheheh :p

* berkat dicium... kereta yang seperti anak kedua itu telah mendapat cat baru ;)

Anonymous said...

dont sleep & drive..

pandu cermat..poket selamat :)

Ms.Lilies on June 2, 2010 at 1:51 PM said...

ntahnya..sorg punya silap bleh buat org lain susah

Fazleyatul Aini on June 2, 2010 at 2:14 PM said...

kat melaka ni selalu jadi excident ciom2 ni
ada sekali dlu kat highway bertam, 6 kete kot ciom2

Anonymous said...

betul3...ingat org trsayang huuuuuuu

a.z.r.i.n.a.03.07 on June 2, 2010 at 2:24 PM said...

nasib baik sumer dalam kurungan ek..

kalau bbdak yg tak pakai safety belt ...tentu2 terbang ke depan..

huissh..nasib baik takde pape.. kalau tak..lecheh !

al-mankaraqi on June 2, 2010 at 2:30 PM said...

"Nota kakitanganku : Ingatlah orang yang tersayang! Ehem! Ehem!"

ehem......ehem......

m4rilyn on June 2, 2010 at 2:33 PM said...

orang je ke? anak2 kaki empat pun kne ingat gak also ingat gak banyak uwang lari kluar dr poket/bank bila montok kne ium

Dee on June 2, 2010 at 2:38 PM said...

hati2 bila memandu tedi..

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting