Aku ada cerita dalam entry yang lepas komputer kegunaan harian rosak. Kelmarin ada juruteknik datang betulkan. Dia tukar dengan 'dekstop' lama yang ada dalam bilik aku.
Semalam aku begitu ghairah menggunakannya. Dalm 10 minit guna, tiba-tiba dia berbunyi macam meletup. Terus terpadam. Terperanjat gila! Nasib baik tidak meletup betul-betul dan terbakar. Macam mana juruteknik itu buat kerja. Dia tidak buka dan tunggu sekejap ke semasa pasang kelmarin? Aku memang tiada waktu itu. Jadi tidak tahu siapa punya idea guna 'dekstop' zaman tok kaduk ini.
Komputer di bilik bos pun rosak. Jadi tinggal satu komputer sahaja yang jadi rebutan.
Bila mahu buat kerja kau jadi terganggu sebab komputer itu tidak lekang dengan orang. Ada saja yang menggunakannya. Sudah ada giliran. Aku yang mahu buat kerja rasa terganggu. Mahu menaip surat segala tergendala. Semuanya kerana mereka yang HANTU FACEBOOK dan HANTU YOUTUBE!!!
Secara jujurnya sebelah pagi aku memang jarang gunakan untuk kegunaan peribadi. Sebelah petang jika semua orang sudah balik, sudah tiada kerja baru aku mengadap. Tapi sebelah pagi memang sibuk. Tapi bila ada kalangan mereka yang menggunakan komputer nan satu itu macam 'harta sendiri' memang boleh buat aku angin satu badan.
Oh Kerajaan,
sila dermakan sebuah komputer baru yang tidak rosak-rosak.
Nota kakitanganku : Ini sekolah jenis bantuan modal. Mahu komputer? Kau cariklah sendiri. Mintalah siapa-siapa sumbang! Tidak sama dengan sekolah bantuan penuh kerajaan yang kaya dengan kemudahan.
14 kUs-kUs:
tu yang susahnya bila harta awam dibuat harta sendiri.
He he suh dia orang beli laptop sendirilah jika nak buat komputer pejabat macam komputer peribadi..
alahai kesiannya cik ted. mesti rasa tertekan.
nak bawak laptop sendiri... JANGAN!!!
sekali bawak, berkali2 kita kena bawak nanti.
tu la kan...dah tahu pc kne share pendam le hasrat nak bukak yg merepek smua tu
kalau kat tpt pakcik nih... ada sesetengah tu.... 1 org guna 3 pc...
memang mewah ....
kdg2 mereka x terpikio kesusahan org lain........
nape tak leasing jek..? lebih snang mcm tu...sb nk beli dlm kuantiti byk..mmg byk modal dia.. =)
Korek tabung kebajikan.....beli computer baru.....ada ke tabung!!!Sian Dik Akak ni ya!
adeh.....
da memang lumrah manusia....
suke anggap semue harta kerajaan cam sendiri punye...
Tedi, kita senasib rasanya. saya sekolah jenis SABK.
asilahmuhajer.
HAK KERAJAAN MALAYSIA ler...
sabar2
tak boleh derma nanti negara boleh bankrap tau
ada yg x berapa pandai..memandai..
sabo ler cik ted..
alhamdulillah x meletop.. masyallh
Post a Comment