Tuesday, June 08, 2010

MeseJ Di 'shOuTBox : 'MunTah TeLur Di siNi', 'TuMPanG KenTuT', 'BerJoGet-JoGet Di siNi'. Dan LaGi Dan LaGi.....

cOrat cOret Oleh : myQza pada 11:13 AM
Photobucket

Apakah langkah dan sapaan pertama kita bila mahu memperkenalkan diri kepada seseorang yang masih belum kita kenal? Datang dan terus tumbuk muka dia kemudian cakap 'Maaf, saya mahu kenal dengan awak sebenarnya.'

Begitukah?

Aku pernah menegur seorang blogger yang meninggalkan pesanan di 'shoutbox' berbunyi begini ' Tumpang kentut di sini.' Aku bukan terlalu skema hingga tidak dapat menerima hakikat yang ada orang mahu tumpang kentut di blog aku. Tapi bagi aku, sebagai kali pertama kau tegur aku, kita tidak saling kenal, gunalah ayat yang beradap dan beretika.

Jangan kerana kau menaip tanpa wajah, kau boleh mengeluarkan apa-apa perkataan untuk tatapan orang lain. Setiap apa yang jari kau tarikan di papan kekunci, itu adalah tanggungjawab. Bukan baling batu sembunyi tangan.

Untuk memperkenalkan diri kepada tuan rumah, tegurlah secara beradap, sopan dan gunakan ayat yang tidak akan buat orang lain memandang rendah pada cara kamu berkomunikasi.

'Hai, salam singgah.' 'Saya intai kamu', 'Salam ziarah'. Apa-apa sahajalah yang tidak terlalu sensitif untuk orang lain terima.

Nota kakitanganku : Sekarang, macam trend blogger baru buat 'blogwalking' ayat 'copy and paste'. Semua 'shoutbox' terima ayat sama. Hentam sajalah labu!!





25 kUs-kUs:

bylindakitchen on June 8, 2010 at 9:31 AM said...

hai tedi.
salam ziarah...
bangga jugak jadik org pertama.hhehhehhe

CITY® on June 8, 2010 at 9:43 AM said...

salam tedi,
hahahhahahah...
tak kisah sangat apa ayat yg dia org tinggalkan janji bukan memaki dan menghina ku,
lain2... layan jer
lalallaa

[s][u][e][h][a][n][n] on June 8, 2010 at 9:43 AM said...

fuh...xde budi bahasa langsung..

Unknown on June 8, 2010 at 9:50 AM said...

dah jadik trend dah tuh...

ejaMaria on June 8, 2010 at 9:52 AM said...

ala... cam ade artis tu autograf 'Awak Busuk'... sama konsep la tuh... kalau tak bole kawan, bior je la...

Pojiepooh Abdullah on June 8, 2010 at 9:56 AM said...

Garang gak Tedi.. Segan la ;p

Love,
PojiePooh Abdullah

KiFli MaLLy on June 8, 2010 at 9:57 AM said...

hehhehe tak berani dah nak komen kat shout box takut :P...tumpang lalu yer kak tedi....

wanita mutalib on June 8, 2010 at 9:59 AM said...

kentut pun nk bgtau orang kan ted|...


diam diam sudah heee :D

Ibu Ammar on June 8, 2010 at 10:02 AM said...

saja la tu nak tarik perhatian. padahal kalau akulah. terus malas nak klik nama dia. haha

d0tbl0gsp0td0tk0m on June 8, 2010 at 10:39 AM said...

ntah apa gile nye blogger yang macam tu.... pacek pun x paham....

ctpayong on June 8, 2010 at 10:40 AM said...

bagus jugak ted sesekali jadi cikgu ngaji bawak rotan...garang cam ayam bawak anak. skang bkn mudah nak betolkan yg salah. aku sokong.

Liliyuli on June 8, 2010 at 10:40 AM said...

ada eh orang mcm tu? dah la baru nak berkenal-kenalan. mcm pelik je org tu..ish ish

Amieynna Amin on June 8, 2010 at 10:57 AM said...

saya pun tak kesah kalau blogger yg da kenal..
so far blog sy xpnah kene kentut n baling telur lg..
hehe

Blog Eazy Izzuddin on June 8, 2010 at 11:05 AM said...

hi..
layans kan aja...
=D

Chenta on June 8, 2010 at 11:06 AM said...

ermm... geram gak .

lainlah kalau kita dah kenal dan biasa ..

sarah shafie on June 8, 2010 at 11:17 AM said...

huhu..btul la..klau ckp snyum kt cni tkpe kn??cik tedi dh knal kita kn??hehe

Dina Zakaria on June 8, 2010 at 11:27 AM said...

konon nak suh nampak unik ler tuh..huhu

Relevan on June 8, 2010 at 11:35 AM said...

Salam akak Tedi..

Nak numpang tido sini yer..he he!

Alimaz-Kembara Terasing on June 8, 2010 at 11:40 AM said...

salam tedi...hahahahah mmg org zaman sekarang sudah kekurangan adap da tatasusila..... entah la....

Softtouch [Hanim] on June 8, 2010 at 11:45 AM said...

nak tunjuk mesra pun jgnlah guna ayat tumpang kentut tu...mcm krg ajar plak...
nasib sy xde shoutbox...

Hazzy Ishak on June 8, 2010 at 11:52 AM said...

saya tak kisah..
he he he

janji ada yang mau singgah

nich on June 8, 2010 at 12:00 PM said...

awak tahu..?
saya pernah kena maki2 kena kutuk2 dekat chatbox saya tuh..
saya tak tahu nape budak tu maki saya..
seyes saya tak kenal dan ase sedey sangat...
pengecut kan? kerana link tak ditinggalkan..
saya ase cam dia nak menjatuhkan maruah saya je..
huhuhuhu

N@zihah on June 8, 2010 at 12:28 PM said...

Salam.Yes!!! akhirnya terluah jugak apa yang terbuku di hati ni bila TeDi dapat buat post sebegini dlm blog ek. memang ada certain bloggerz buat camtu.hehe, saya tak berani skit nak suarakan, tapi sometimes, menggeletar jugak tangan ni sampai ke bulu2 roma sekali bila diorang buat ayat hampeh lagi 'disgusting' cam gitu. he he he he..bravo TeDi~!

@_~

Unknown on June 8, 2010 at 12:56 PM said...

copy and paste lebih baik drp menggunakan ayat2 yang melampau mcm tu... betul x?? :)

a.z.r.i.n.a.03.07 on June 8, 2010 at 1:44 PM said...

wat tak layan jer kalau camtu..

tumpang kentut?

mengarut betul !

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting