Sunday, April 04, 2010

BeTuLkah TinDakan akU aTau akU SeBenarnya MemanG TiaDa NaLurI KeIbuAn iTu?

cOrat cOret Oleh : myQza pada 4:30 PM
Petang semalam kakak tidak sihat lagi. Along tidak telefon aku terus tetapi telefon rumah beritahu. Abang ipar aku sudah pergi kerja. Jadi mahu minta hantar kakak ke hospital.

Aku bukan marah mengenai hal kelmarin. Aku cuma cakap sahaja. Mungkin aku agak emosional. Sebab itu kali ini Along tidak berani mahu beritahu aku sendiri.

Sebenarnya kakak tidak di bawa ke hospital kelmarin. Cuma pergi ke klinik swasta yang dia biasa pergi. Along tidak sanggup andainya kakak di suntik atau di masukkan air ke dalam badan. Tidak sampai hati tengok tangan di cucuk jika di bawa ke hospital kerajaan.

Aku agak marah bila tahu pasal itu kelmarin. Aduhai!! Memang aku agak terlebih-lebih di sini. Ataupun aku belum jadi ibu jadi naluri keibuaan itu tiada?

Aku mesej panjang-panjang pada Along kelmarin. Ayat yang paling aku ingat 'Kalau bawa klinik swasta ubat dos tinggi mana pun dia akan beri sebab kita bayar lebih. Sekarang, kita jangan cari ubat untuk tahan muntah, tapi cari punca dia muntah! Kalau perlu di masukkan air atau di suntik, jangan cakap tidak sampai hati, sebab budak tu sudah tidak mahu makan dan minum susu pun muntah. Memang di perlu air yang lebih. Sampai bila mahu bergantung dengan ubat tahan muntah?'

Mungkin ayat-ayat aku agak emosi. Tapi mungkin atas dasar kasih sayang aku terpaksa bertegas walaupun itu bukan anak aku.

Bila semalam ianya berulang, Along terus telefon Abah untuk tolong hantar ke hospital. Dia siap pesan, 'Jangan beritahu Tedi dulu, nanti dia marah.' Mungkin Along tidak mahu aku cakap begini 'Itulah, semalam tidak mahu bawa!!'

Aduhai kakakku! Dia tahu aku memang seorang yang tegas!

Aku bukan anti klinik swasta. Aku sendiri pergi ke sana jika demam. Cuma aku kurang setuju bila dia terlalu banyak tidak sampai atau kasihan dalam hal ini.

Betul ke tindakan aku ini.?Betul ke kata-kata yang aku mesejkan kepada Along? Atau aku memang tiada sifat naluri keibuan?

Tapi selalunya Along tidak pernah ambil hati dengan sikap tegas aku dan kaka balik sahaj dari hospital sudah ceria seperti biasa. Aku bukakan You Tube lagu kanak-kanak dan dia hadap sampai dia tidur.....

Nota kakitanganku : Atau aku terlebih emo?






24 kUs-kUs:

ezzati on April 4, 2010 at 9:49 AM said...

betul la tu tindakan ko tu...

Nadiene on April 4, 2010 at 10:07 AM said...

rasenye tak da masalah di situ.

Nadiene on April 4, 2010 at 10:11 AM said...

rasenye tak da masalah di situ.

sekamrrindu on April 4, 2010 at 10:27 AM said...

salam..kak..

kak penuh dengan sifat keibuan..

zhrhtoodem on April 4, 2010 at 10:37 AM said...

tedi,
betul tuh tindakan kau tedi
kau buat cenggitu sebab kau sayang dia
penuh dengan keibuan..

norliza_osman on April 4, 2010 at 10:43 AM said...

salam Tedi.. betul lah tu.. anak liza hari tu pun macam tu gak.. bawak gi klinik swasta asyik bagi ubat demam, antibiotik & ubat tahan muntah.. dah dekat seminggu tak de perubahan. duit dah beratus habis. Last-last liza Bawak G GH check tambah air sume.. actually dah lame dia tak makan ubat cacing.... thats Y..

Lucy S. on April 4, 2010 at 11:11 AM said...

lu dah buat yg terbaik der. kalau betul2 kesian, kita kne bagi dye cpt sembuh! :D

Ibu Ammar on April 4, 2010 at 11:16 AM said...

what u did is much better. seyes!

ISZA on April 4, 2010 at 12:14 PM said...

tindakan yg tepat.. kata org bab anak sakit jgn main2 or berlengah2.. takut menyesal nanti...

nj on April 4, 2010 at 12:21 PM said...

sitedi...
semoga anak buah mu itu segera sembuh dan ceria kembali...

Unknown on April 4, 2010 at 12:33 PM said...

salam tedi~

huhuhu... tegas sungguh ko ted... kalo aku jd kakak ko pun aku takut nak khbaq psl tu ngan ko.. :)

semoga dak kakak akan cepat sembuh seperti dulu... :)

nich on April 4, 2010 at 1:15 PM said...

tedi.. emo.. tapi takpe.. kau betul jugak.. huhu sabar taw teddy.. biasa la kalau kite sayang orang tu kan.. nak2 dia adalah kakak kite.. berhak la kite untuk emo.. =)

Acik Erna on April 4, 2010 at 1:18 PM said...

sesiapa pun yang membaca disini tidak akan menyalahkan..tedi..semua itu diucapkan kerana kerisauan dan kasih sayang...

sharamli on April 4, 2010 at 1:56 PM said...

em0?
mungkin la makcik sedikit em0
:P

Chenta on April 4, 2010 at 2:19 PM said...

Bertindak secara waras . Itu yang tepat .

Nur Suaidah Bachok on April 4, 2010 at 2:50 PM said...

sabar yer cik tedi.. bisalah kita syg kn.. ;D

white rose on April 4, 2010 at 2:58 PM said...

btul laa tu kak...
mende2 ni kena betul2 kita serius, jgn main2 bab sakit nih...

beautiful_rose on April 4, 2010 at 4:59 PM said...

nilai kasih sayang dn keibuan masih ada di situ... cuma cara kau berbeza.

chekdenoor on April 4, 2010 at 5:04 PM said...

Salam,

Kasih dan sayang adalah apabila kita prihatin ...so...kira-kira tindakan tedi ti oklah....hmmm...dah boleh ada anak ni....heheheheh

CITY® on April 4, 2010 at 5:15 PM said...

penyanyang...

grrrrrrr

jAck ALvin buKAn suPErpoRnstAR on April 4, 2010 at 5:51 PM said...

aku sokong indakan tegas kau..
apapun aku harap kau terus tegas..
supaya kau boleh didik anak kau kelak dgn baik..



go tedi go>>>>

Maiyah on April 4, 2010 at 5:52 PM said...

betullah tindakan tu tedi, utk kebaukkan jugak kan

ILA HonEyBuNNy on April 4, 2010 at 6:45 PM said...

iya..tedi xsalah..btol dah tindkn tegas tedi tu...;-)

bulatkocik on April 5, 2010 at 1:43 AM said...

semua iyakan jer..tpksa ikut lar..hehe

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting