Aku tidak pernah menulis mengenai beliau sebelum ini kerana ramai yang sudah menulis. Terlalu ramai. Namun bila beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir tengah malam tadi, aku rasakan aku perlu mengabadikan sesuatu sebagai tanda penghormatan atas pemergian beliau.
Aku mengenali beliau sejak beliau bertugas sebagai DJ di Time Highway Radio lagi dalam tahun 90-an. Waktu itu THR merupakan radio swasta yang paling popular. DJ Nasa, Abby Fana, Din Beramboi dan yang paling di ingati DJ Richie Rachman.
Dari THRlah aku banyak mengenali rakan-rakan atas talian. Elyana dari TTDI, Masrifah Idayu dari Rembau, Bonda dari Pekan Nenas, AbangDin, Aida, seorang sahabat lelaki cina yang buta dan ramai lagi. Kami saling menujukan ucapan antara satu sama lain.
DJ zaman-zaman dahulu bukan macam sekarang. Mereka amat 'low profile'. Kita hanya dengar dan tahu suara sahaja. Macam manalah rupa mereka agaknya. Memang seronok gila layan radio zaman-zaman remaja dulu.
Bila Din Beramboi suka buat pelbagai karektor di dalam radio, aku sering bertanya-tanya, orang ini wujud ke? Macam mana dia boleh sekejap jadi orang ini, sekejap jadi orang itu, dialah DJ, dia lah pemanggil. Dalam satu masa pelbagai lawak yang dia buat. Tidak kering gusi bila mendengarnya.
Namun bila melihat beliau buat kali pertama di kaca televisyen, 'Oh! Ini rupanya Din Beramboi. Wujud rupanya dia.' Memang teruja.
Semuanya hanya tinggal kenangan. Kawan-kawan yang saling mengenali juga sudah terputus hubungan. Dan hari ini kita di kejutkan dengan pemergian Allahyarham Din Beramboi yang sekarang sudah menjadi DJ Popular di Radio Era!
Kamu selalu menggembirakan hati ramai orang melebihi hati kamu sendiri. Semoga Allah menerima segala amalan-amalan kamu dan menempatkan kamu di kalangan hamba-Nya yang soleh. InsyaAllah. Terima kasih kerana kamu hadir mewarnai persada seni tanah air.
Al-Fatihah.
30 kUs-kUs:
al fatihah..tedi sama la aku mula kenal arwah masa dkt thr..masa tu aku keje kilang..keje mlm..hilang ngantuk bile dgr arwah wat lawak..hmm semoga rohnya ditempatkan di kalangan org yg beriman..amin..
AlFatihah Buat arwah Din ...Moga Rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan dikalangan Hambanya yang beriman!...Moga keluarga arwah tabah menerima ketentuan ini...Amin!
Betullah cik ted, zaman dulu kita selalu tertanya2 mcm mana agaknya rupa dj2 ni semua.
tapi, pak cik din memang best. dengan lawak dia, kita boleh ketawa sorang2 dalam keta, kita boleh gelak sendiri, tersengih sendiri. alfatihah buat allahyarham...
*al-Fatihah utk arwah Din Beramboi...
Al-Fatihah...semoga roh nya dcucuri rahmat dan ditempatkan dengan org beriman...
semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman
al-fatihah untuk arwah..
al fatihah..so sad
al fatihah.
tersentak giler bila dapat tau.
tapie ALLAH lebih mengetahuinya.
kita terimanya dengan redha.
hati sangatttt.
winduuuuuuuuuuuuuu kat din beramboiiii.
mmg terasa sgt rs mcm baru sgt dia dalam dunia hiburan...
kdg2 lawak selamba dia membuat kita tersenyum kecil.
sesungguhnya kuasa Allah tiada siapa mampu menghalangnya...
al fatihah
aku sangat sedih :(
rasa baru lagi tengok dia kt tv, dengar suara dia kt radio...
al-fatihah buat arwah mior ahmad fuad @ din beramboi.
Takziah dan AlFatihah..
alfatihah..
terkejut lagi ni,
tak tahu pun
hmmmm...
yang hidup pasti akan mati
Alfatihah buat beliau...
rase terkejut sgt2 pg ni bile mendengar kematiannye...
al-Fatihah utk arwah din beramboi..:(
aduhai...ni la salah 1 sebb aku suka baca blog ko...sebb tulisan ko..
pagi ni bila ko tulis pasal kematian ni aku rasa sedih :(
Allah maha mengetahui..alfatihah untuk arwah.
al-fatihah.hmm,sunyi la segmen pagi di era nnti..
al-fatihah :(
alfatihah
alfatihah..
cara aarin kenal DB sama dengan Tedi.. dia yang menghiburkan kita di kala sunyi..
terkejut kan.. ingat apa la.. dgrr2 da stabil
Paling lawak sekali semasa arwah buat voice-over untuk program TeleMatch@Astro Ceria. Dengan kenangan masa belajar dulu slalu sangat tengok video Along Bukit Beruntung dia tu.
Aku still ingat, dkat THR dulu arwah selalu sangat jadik David Arumugam, nyanyi lagu layang2 terputus talinya.
Sempat jugak aku baca tweeter arwah, "sesape nak ganti aku tahun depan. Dah x larat lg nak buat kelakar sbb dh berumur. Nak beribadah pula rasanya". Satu lagi "tanda2 ajal mula2 bahagian kaki berasa kebas2 kemudian beransur2 ke bahagian atas hingga ke nafas dan keluar selamanya.. aku insaf!"
Al-Fatihah. Today, we have lost another brother who has given such a huge impact to the industry. Semoga berbahagia di alam baru nanti, pastinya ada kehidupan yang lebih baik spt yg dijanjikansedang menunggu Kekanda Din. Amin.
-dJoe-
Alfatihah utk beliau...windu sgt dgn lawak spontan...
al-fatihah..
din beramboi dalam ingatan kita semua..
satu lagi bakat besar negara telah hilang~~
al fatihah..x sangka beliau pergi begitu cepat..ya Allah..
semoha rohnya dicucuri rahmat yang Maha Esa.. amin..
Al-Fatihah..
salam...
time tengah malam kat THR dengan suara shasanya..membuatkan hati cukup terhibur...kini semua jadi kenangan
al-fatihah..
pemergian yg tidak dijangka.
Post a Comment