Monday, April 05, 2010

HaRi InI GeNaP SaTu BuLan KamU PerGi. Aku MasiH RinDu. MasIh TerDenGar-DenGar Kamu Di Mana-Mana.

cOrat cOret Oleh : myQza pada 9:00 AM
Photobucket

Aku tidak pernah lupa kamu. Sungguh! Setiap detik aku ingat kamu. Kamu begitu istimewa. Mata akan berkaca tiap kali aku rindu kamu. Kaca akan pecah tiap kali aku tatap ratusan gambar kamu. Dan aku akan hanyut dalam kenangan yang tidak pernah padam.

Setiap saat aku rasakan kamu sentiasa ada. Berlari riang ke sana dan ke mari. Setiap saat aku terdengar-dengar kamu. Terasa bahang panas badan kamu di sisi. Aku rindu untuk peluk kamu erat-erat. Rindu untuk suap kamu makan. Rindu untuk tatap mata kamu.

Photobucket

Hati akan jadi begitu sakit bila ingatkan kamu. Perasaan bagai di hiris-hiris bila aku sedar yang kamu sudah tiada. Naluri terasa bagai di cakar-cakar kerana kamu pergi tanpa sebarang pesan.

Aku jaga kamu dari sebesar tapak tangan. Aku pertahankan kamu dengan pebagai alasan. Akhirnya kamu dewasa menjadi sesuatu yang indah sekali. Aku senyum kepuasan.

Namun Allah lebih sayang padamu.

Selalu aku adukan kepada-Nya tentang rasa kehilangan dan kekosongan ini. Aku mohon keampunan dari-Nya kerana airmata ini sering menitis tentang sesuatu yang tidak sepatutnya aku ratapkan. Bukan aku tidak terima Qada' dan Qadar ini Tuhanku, tetapi aku perlu masa yang panjang untuk betul-betul sembuh dari rasa ini. Maafkan aku atas kealpaan ini.

t1

Untuk kamu,
Aku sudah buat yang terbaik untuk kamu. Kamu tahu itu. Dari anak terbuang yang tiada berdaya kamu jadi sebegitu indah. Aku sudah buat yang terdaya untuk kamu. Aku sudah dewasakan kamu dengan sepenuh kasih sayang. Sudah beri kamu sepenuh perhatian. Sudah buat semuanya agar kamu rasa selesa mendiami bumi Allah ini.

Maafkan aku kerana tiada di sisi kamu saat kamu bertarung nyawa terakhir. Maafkan aku. Allah lebih mengetahui!

Aku pulangkan kamu kepada Pencipta-Mu dengan rasa yang hiba. Semoga kita bertemu lagi di Padang Masyar nanti buat kali yang terakhir.

p88

Aku sayang kamu. Rehat dengan tenang.....





20 kUs-kUs:

d on April 5, 2010 at 6:40 AM said...

sedih nye bce~ =(

sharamli on April 5, 2010 at 7:14 AM said...

:(

CATS 4 MEOWS on April 5, 2010 at 7:19 AM said...

We send to all friends Happy Easter wishes for the entire year!!!!!

Watierman on April 5, 2010 at 7:37 AM said...

Salam Dik Tedi.....setiap yg pernah singgah di sini..pasti merasai ketiadaannya.....terus tabah Dik....Dia pasti tenang di sana!

CITY® on April 5, 2010 at 8:19 AM said...

jadikan kenangan terindah...



:(

[z@ck] on April 5, 2010 at 8:59 AM said...

isk..diiringi pula dgn lagu pergi ni..mmg kena sgt la ngn mood sedih baca entry ko ni tedi.

Unknown on April 5, 2010 at 9:04 AM said...

sedih lah...aku teringat kat kucin2 aku yang lepas2...

Anisa on April 5, 2010 at 9:22 AM said...

sedihnyee,,
rindu jgk dak utih,

Dee on April 5, 2010 at 10:05 AM said...

rindu juga dgn dak utih..putih mulus betul dia kan..

bylindakitchen on April 5, 2010 at 10:06 AM said...

si tedi.
setiap yang berlaku ada hikmahnya.
kamu percaya itukan.
kamu sedey ..kami lagie.

ape2 jer on April 5, 2010 at 10:15 AM said...

sedih arr..comel giler gambo2 dia

MiYOKO SuKi on April 5, 2010 at 10:33 AM said...

sedihnye baca entry kamu ni, cik tedi..
be strong ye...aku pun rindu gak ngan dak utih niii...
it remind me to my PONGTEH.. :)

wanita mutalib on April 5, 2010 at 11:17 AM said...

ted|...

Unknown on April 5, 2010 at 11:22 AM said...

salam ted~

sedey beb aku bca entry yg nie... aku tumpang sedey atas kehilangan dia..
moga ko akan lbh tabah ted...

ps : g page aku n ambik award eik..
thanx atas sokongan ko...

Maiyah on April 5, 2010 at 11:30 AM said...

moga dia tenang..

Ms.Lilies on April 5, 2010 at 11:39 AM said...

aku yg tukang baca blog pun rindu dia inikan pulak ko yg jaga dia...
sedih n3 ko ni

Nadiene on April 5, 2010 at 11:58 AM said...

tunggu balasan baik di sana k,

mama affan on April 5, 2010 at 11:59 AM said...

rindu 2 manis bila kita ingat yg manis kan..

Softtouch [Hanim] on April 5, 2010 at 2:42 PM said...

alahai tedi...sedihnya sy bx n3 nie..menangislah tedi andai itu dpt melegakan sikit perasaan tedi tu...sy pun rindu kat dak utih..kerana dak utihlah sy kenal tedi n blog nie..sbb sy jatuh cinta ngan putih gebu dak utih..pmdai tedi jg dak utih..sabar yer

DramaQueen on April 5, 2010 at 4:11 PM said...

ted ... ko buat aku nanges arr T_T

 

KaDangKala D|am |tu AdaLah Leb|h Ba|k... Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting