'Kenapa?'
'Saya muntah-muntah dan sakit kepala.'
'Ohhh....' Sambil catat sesuatu.
'Sudah kahwin?'
'Belum.'
'Ok.' Dia tersengeh.
'Saya migrain lah Encik!'
'Cakaplah awal-awal. Muntah-muntah dan pening-pening tu simptom orang mengandung!'
'Saya belum bernikah, saya tidak tahu!' Aku berlagak lurus bendul.
Dia mencatat sesuatu. Tersenyum seorang diri.
'Mahu MC?'
'Tak payahlah Encik. Sudah tengah hari ni. Encik beri saya 'time-slip' boleh?'
'Ok! Ambil ubat di kaunter.'
Ini perbualan ringkas aku dengan mamat MA di klinik tadi. Orang muda. Mahu tanya aku sudah kahwin pun teragak-agak. Budak baru agaknya. Tidak pernah nampak sebelum ini.
Dari pagi perut memang kurang menyenangkan. Kepala bagai di cucuk-cucuk. Berdenyut. Gagahkah diri juga ke pejabat sebab fikirkan Bos yang tiada hari ini. Tapi tidak boleh juga. Akhirnya ke klinik.
Sekarang sedang berada di atas katil merehatkan diri. Tidak guna mahu ambil MC, petang nanti perlu ke AG untuk menghantar dokumen gaji sebab hari ini hari terakhir.
Aku mahu pengsan seketika.
Ada apa-apa petua tradisional yang dapat mengurangkan migrain? Penat kerana terlalu bergantung dengan ubat!
Nota kakitanganku : Mata makin menyepet menahan sakit.

17 kUs-kUs:
minum minyak kepala dara...yg botol hijau tu.
berbekam..
insyaALLAH sembuh..
oit..saya punye bf MA jugak ape...huhu..biasela...Ma ade gatai2 skit...sebab tu la melekat nie..hahaha
nasib baik dia tak ucap tahniah tedi
kalau tak makan penampor lah jawabnye
hehe
simptom yg anda alami saya seperti saya sekarang, tinggal lagi belum ke klinik pon lagi! huhuhu.. bos takde.. sayang pulak nak tinggalkan opis.. bukan selalu nak free cam nih..
hehe.. tapi jika ke klinik nanti doctor sahkan mengandung,allamak.. i'm happy! lama sudah mengunggu.. hmmmm.. alangkah..
Tidur kena di tempat yg selesa, tidur secukupnya...NO eating chocolate at all....I was cured dengan satu jap aje....dulu2 masa kat States...kalau kat sini...tak tahulah pulak!Dulu memang Akak serius sgt hadapi migrain...luckyly I was cured!Try ramas2 air daun bunga raya dan basuh kepala dengan air tersebut...cubalah!
betul lah tu tedi.. org ckap berbekam boley ilang kan migrain
ye..pernah dgr jgk berbekam leh ilangkan migrain.tp berani ke cuba cik Tedi?
cek mata gak..sbb bila penglihatan makin kabur..ianya boleh mengundang migrain..hehehe..
Salam,
elakkan juga hal-hal yang boleh sebabkan migrine, tiap orang berbeza penyebabnya. seterusnya nikmati hidup biarpun stress atau tengah problem.
Saya amalkan makan herba cina, tetapi kos dia tinggi sikit. Fungsinya untuk cuci darah n toksik. Awal-awal guna ambik masa sikit, dah lama guna...dah berani langgar pantang migrine. Akhirnya, tetap migrine jugak hu hu hu
Stress sangat ke Tedi...?
Moga sembuh cepat...
jgn makan ubat lew..
jgn mnum nescafe lagi dah...
berhenti minum tau...
ok... buat masa ni sbb tengah sakit, ambil ais - tuam kat kepala @ kat bhgian yg sakit, rasa sejuk ais membantu utk kurangkan rasa sakit, bole la nak bagi lega utk sementara... sambil2 tu cari la ubat nak bagi baik terus...
u ada migrain jugak...?sama lar...huhu..seksa...
akak pun bertahun2 migrain..tapi dia akan datang masa musim panas je..kalau cuaca o.k terkawal..itu pun selepas dr.suroh pakai cermin mata..jangan buka2..kecuali mandi dan tidor...tal leh minum nescafe, kopi katanya..semua tu akak takminum..
rasa tidur adalah ubat paling mujarab
Post a Comment