Dia menangis. Masuk ke pejabat mahu menggunakan telefon. Aku tidak mahu bertanya. Mungkin di marahi guru. Aku memandang. Dia masih tersedu-sedu.
'Kenapa Aliff?' Dia mengesat airmata. Menahan tangis untuk bersuara. Mengambil masa. Aku tunggu.
'Lapar.' MasyaAllah. Ayat itu betul-betul menyentap hati aku. Menangis kerana lapar? Ini bukan di Afrika. Bukan di tepi jalan. Ini di Malaysia. Di sekolah.
'Kenapa pula lapar?' Aku tanya soalan yang tidak perlu tanya. Mestilah sebab tidak makan. Dia tidak menjawab tetapi terus mendail nombor ibunya.
Dia keluar dari pejabat. Telefon berbunyi. 'Saya ibu Aliff. Dia tidak makan lagi. Dia lapar.'
Kelakar. Mengapa mengadu kepada aku. Ini bukanTASKA. Bukan TADIKA.
'Boleh tidak tolong belikan makanan untuk dia? Kedai depan tu kan sudah tutup. Minta tolong ye cik?' Aku tidak tahu mahu jawab apa. Waktunya pukul 10.20 pagi. Jika aku keluar, memandu kereta mencari kedai patah balik, pasti waktu P & P sudah bermula.
Okey! Aku kasihan. Aku keluar dari pagar menuju ke deretan kedai runcit. Membeli 2 bungkus roti dan sekotak air. Aku cari dia dan aku beri. Aku pesan padanya ' Lain kali minta ibu buatkan bekal. Bekal roti pun tidak apa. Biskut ke.' Dia angguk.
Ini SJKC bukan SK. Kamu hantar anak kamu ke sekolah yang mana kantinnya di uruskan oleh bukan Islam. Bekalkanlah apa-apa yang boleh di makan. Tidak perlu berat-berat jika tidak punya waktu, roti 'sandwich' pun sudah cukup. Ini bukan kali pertama. Sampai bila mahu lepas tanggungjawab menyerahkan 'kelaparan' anak kamu kepada pihak sekolah?
Prihatin.
Nota kakitanganku : Petang ada sukan. Aku jadi pengadil acara perbarisan. He he he he...

36 kUs-kUs:
muehehehe...
acara perbarisan???
wow, hebat tuh...
ngeh, ngeh...
arini pun ade kes budak tak dapat makan sebab sikap moody cikgu...
teruk kan???
wah pengadil tu..mesti pandai kawat ni..kesian budak tu ya
Mak ai..sianY bdk tu..
apela mak dia ni..kang dibuatY bdk tu mkn kat kantin sek cina tu..da satu hal..
sabar je la..isk..isk..
cik... pakcik tak makan lagi... boleh tolong order pizza... dan bayar kan lah sekali ye...huhuhu
haisss...
sian pulak budak tu..
budak lapo mmg tak bleh tahan
Apa alasan sekali pun ....I am speechless.....ini kat malaysia....bukan negara2 miskin yang tak ada kemewahan hidup...MALAYSIA ....!
Sesibuk mana sekali pun...banyak alternatif....sebagai bekalan untuk anak2 ke sekolah....
roti....nasi lemak bunjut....beli la nugget frozen tu simpan stok kat peti ais....
Isssshhhhh.....5...6x
Sarapan pagi tu Wajib....sangat penting untuk mulakan harian anak2 & suami ....sekeluarga!!!
Marah & emosi sungguh Akak!
huhuhu... mmg xprihatin.. tp kat PD nie, kantin SRKJC atas urusan org melayu.. sbb kebyakkan cikgunya adalah cikgu melayu... :)
kalau xde makanan macam mana otak budak tu nak menerima pelajaran. perut lapar, tentu apa yang diajar tak masuk kat otak. kesian budak tu.
mcm cik ted kata tadi lah, kalau malas nak masak pagi2(atau mungkin ada masalah kewangan), bekalkan saja dengan roti krim yg harga 60 sen dan air kosong pun tak pe.
paling koman, lauk makan malam masak la lebih2 utk dijadikan bekal anak ke sekolah.
Sila bawa bekal..
salam....kak,
sah memang kak seorang guru yg sangat bertanggungjawab dan perhatin..saya bangaa membaca kisah kak tu..
sukan?....selamat bersukan ye kak..
hari2 bawa bekal sebb x mo lapar :p
perbasrisan???
dulu aku sgt suka pegang sepanduk :)
salam tedi..
aduihh mak bapak nihh.. anak sorg pun xleh bagi makan.. bukan kat SJKC jer... kat SK pun begitu.. itu alasan aper nak bagi?
Sakit perut atau lapar tak makan pagi.. kadang2 cikgu lah yang belanja.. sebgai guru pun saya bawa bekal utk anak dr rumah atau berhenti beli d tepi jalan..
sian..sebagai ibu bapa..anak2 la keutamaannya..kalau dah tau SRJKC saperti kata tedi..hari2 bekalkan anak..tak sempat masak beli..tak sempat beli..roti atau biskut..sentiasa dibekalkan...
aduhh..
kesian sama itu budak..
knapa ibunya bersikap demikian ye?
ish~
*geleng kpala*
^__^
salam kenal.. saya selalu jalan2 baca blog..
nanti singgahla di blog saya ambil award! sudi sudikan...
tengkiu..
emmmm.. apalah perangai si ibu jadi begitu.. tak patot sungguh!!
yelah, sian dia, ibu tu nk kene prihatin le
cik tedi...
akak pun lapar... pagi tadi masak nugget utk bekalkan anak skolah, dia rembat sume masuk dlm tupperware dia...
errr... nak roti gak ngan air kotak milo, bole? :)
hehehe...
ada lak orang macam tu..
nyampah nyer!!!!
dah la tgh emo terlebih nih!!!!
macam tu la plk..da byk kali sgt ke jdik?mak aliff xsempat sgt2 k0t..
hmm
kesian la adik tuu
zaman skrg ni org macam2 jeniss
hmm
ape punya mak la...dah tau masukkan anak SKJC, kene uruskan lah makan si anak, geram tol!!
kesian si anak..
lorh ada gak org mcm ni ekk..adeh bz sgt la tu org lain x bz ke hehe
terkedu aku membaca..
macam2 ye perangai orang ni..huhu
ada logik gak citer ni...pandainyer bercerita hehe
Hmm... ada banyak sebab sebenarnya. Tak boleh nak salahkan ibunya..
Antaranya, macam anak kak tie laa, ada masa suka bawa bekal, ada masa malas, kita dah buatkan, tapi tak nak bawa. Makan nak disuruh, sampai dapat gastrik. Kak tie dah jadi makcik bebel, sebab nak selalu ingatkannya supaya makan.
Tapi, ada juga ibu yang jenis mak ngah, jenis lembab... buat kerja serba lambat. Mana sempat nak buat bekal anak dengan perangai gitu...
la tedi jadi pengadil perbarisan?? macam best je..
kasihan budak itew,,,x buat bekal, ko preparekan lah mende lain..beli nasik lemak kat tepi jalan ke ape...bongok r mak die tuh...huhu
yala...cian dak tu...dah lma xberbaris neh...hehehhe
lama x tengok perbarisan huhuu
ingatkan rumah kebajikan tadi..hikhik
tEDl...dulu anak akak pun ayah dia kata nak antar sekolah SRJKC...tapi akak takmo...takut menyusahkan anak2 bila saat2 macam2 ni...kesian kat bebudak...
xpe kak. tolong orang tambah pahala.. :)
Post a Comment